Buah Potong Melaka. Usahawan Wan Fruities Hanya Jual Yang Segar

buah potong melaka

Buah Potong Melaka. Usahawan Wan Fruities Hanya Jual Yang Segar

Usahawan buah potong Melaka ini namanya Norredzuan Ahmad atau dengan panggilan mesra Wan ataupun juga Wan Janggut semakin dikenali ramai apabila bisnes dan perniagaan buah potong yang diusahakannya semakin berkembang maju.

Dengan label Wan Fruities, saudara Wan jual buah yang baru dan segar setiap hari seperti buah jambu, betik, nanas, tembikai, mangga dan juga tembikai susu. Sama sekali tidak dikitar semula bagi memberikan kualiti buah yang terbaik kepada pelanggannya. Malah saudara Wan akan mula proses bekalan buah yang diterimanya setiap hari seawal pukul 4 pagi.

Lokasi di hadapan Bank CIMB Melaka Baru telah dipilih bagi menjalankan bisnes buah potong Melaka sejak 4 tahun lalu. Selain daripada buah-buahan yang segar, kekuatan dan kesedapan rasanya terletak pada adunan serbuk asam yang dibuatnya sendiri.

Hasilnya, serbuk asam Wan Fruities sudah pun mula mendapat permintaan sehingga ke Shah Alam, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan hasil daripada hebahan pelanggan yang sudah merasai sendiri keaslian dan kesedapan serbuk asam ciptaannya itu.

FREE DELIVERY

Untuk tempahan 10 bungkus dan ke atas, Wan Fruities sedia hantar di kawasan  anda secara PERCUMA untuk hari isnin hingga Jumaat bermula dari 12 tengahari hingga 5 petang.

Tempahan untuk Majlis

Wan fruities ada menerima tempahan dan membekalkan buah potong segar untuk majlis perkahiwnan ataupun kenduri. Hubungi kami.

Galeri Gambar Usahawan Buah Potong Melaka

Di hadapan Bank CIMB Melaka Baru

Filter by

Waktu Operasi
  • Isnin – Jumaat : 10 pagi – 10 malam
Nama,Nombor
Wan Fruities,019-6496006
logo wan fruities
Apa Yang Boleh Kami Bantu Anda?

Hubungi kami. Kami sedia membantu memberikan khidmat nasihat bagaimana cara untuk anda mengembangkan bisnes anda di MyMelaka.co.

Demos

Layout

Wide
Boxed
error: