Kolej Vokasional Melaka Tengah KV di Bukit Katil

Kolej Vokasional Melaka Tengah KV di Bukit Katil

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bukit Katil, Melaka, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1984, ia adalah salah sebuah sekolah aliran teknik dan vokasional yang menawarkan beberapa kursus kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.

Namun mulai tahun 2011 ia telah ditukarkan sepenuhnya menjadi sekolah aliran vokasional. Kini ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil, Melaka.

Sejarah Kolej Vokasional Melaka Tengah KV

Kolej Vokasional Melaka Tengah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah. Sekolah ini dibina pada Januari 1984 di atas sebidang tanah yang keluasannya ialah 15.46 hektar melalui pinjaman dari Bank Pembangunan Asian 1.

Projek ini menelan kos sebanyak RM32 juta di mana RM24 juta disalurkan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur dan yang selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan dan perkakasan sekolah. Projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan Disember 1985 dan pengambilan pelajar bagi sesi pertama sekolah untuk jurusan vokasional telah diadakan pada 20 April 1986.

Sejak pembukaan sekolah ini, banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 1988, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysian Vokasional (SPMV). Perubahan ini telah memberi peluang kepada pelajar vokasional untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti Politeknik. Dalam tahun yang sama, kursus sijil asas kemahiran juga diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang sewajarnya untuk memenuhi permintaan pasaran industri.

Pada tahun 1995, Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dengan menawarkan aliran baru iaitu Aliran Teknik dan masih mengekalkan aliran vokasionalnya. Pelajar-pelajar ini mengambil Peperiksaan SPM pada tahun ke-2 persekolahan. Semenjak penukaran ini, kursus sijil asas kemahiran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar baru sesi-sesi seterusnya.

Pada tarikh 1 Januari 2013, Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah telah melalui proses penjenamaan menjadi Kolej Vokasional Melaka Tengah yang menawarkan 8 kursus vokasional dan 2 kursus kemahiran. Pelajar-pelajar vokasional akan dinilai berdasarkan kompitensi modul dan akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) setelah berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun (8 semester).

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Sekolah Menengah Teknik SMT Bukit Piatu Melaka Sekolah Menengah Teknik SMT Bukit Piatu Melaka Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM) terletak di Bukit Piatu iaitu lebih kurang 5 km dari Bandar Melaka. Sejarah Sekolah Menengah Teknik SMT Bukit P...
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh Melaka Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh Melaka Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (dikenali sebagai SMKAK) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka...