Ranking Sekolah Terbaik Melaka. Semak Senarai DI SINI

Ranking Sekolah Terbaik Melaka. Semak Senarai DI SINI

Baru-baru ini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka atau nama glamornya MOZAC tersenarai antara sekolah terbaik di Malaysia.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada wakil sekolah dari Melaka yang boleh dijadikan contoh daripada kalangan 9 Sekolah Berasrama Penuh dan 4 Sekolah Menengah Harian yang lain untuk senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Senarai Ranking Sekolah Terbaik di Melaka?

Kedudukan Senarai Sekolah Jenis Sekolah
1.,Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC),Sekolah Berasrama Penuh
2.,Kolej Yayasan Saad KYS,Sekolah Swasta
3.,Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Selandar,SBPI
4.,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah (SHAROD),SMKA
5.,SMK Tinggi Perempuan Melaka,Sekolah Harian
6.,SMK Teknik Bukit Piatu Melaka,Sekolah Teknik
7.,SMK Iskandar Shah,Sekolah harian
8.,SMK Ghafar Baba,Sekolah Harian
9.,SMA (Jaim) Assaiyidah Khadijah,Sekolah Agama
10.,SMA (Jaim) Al-Asyraf,Sekolah Agama
11.,SMK Teknik Jasin,Sekolah Agama
12.,SMKA Tun Perak,Sekolah Agama
13.,SMA (Jaim) Al-Ehya El Karim,Sekolah Agama
14.,SMA Tahfiz al-Quran,Sekolah Agama

Keputusannya yang diperolehi MOZAC boleh dikatakan konsisten tidak kira dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 atau pun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah-sekolah lain pun handal-handal jugak.

MOZAC tidak jauh daripada tol Ayer Keroh. Sekitar 5 km  daripada sana. Kedudukan sekolah ini yang berada di atas bukit membuat sekolah ini cukup nyaman dan suasana belajar jauh daripada kesibukan dan riuh rendah dunia luar.

Rakan MyMelaka sendiri yang pernah belajar di sana ada juga pengalaman perit masa di Mozac. Dulu punya cerita. Masa air tiada.

Budak-budak Mozac kena turun bukit untuk ambil air yang dibekalkan. Haha. Azab diaorang kata. Kadang-kadang pagi-pagi dah kena exercise. Kalau diikutkan lagi banyak yang diceritakan kepada kami.

Tapi itu dulu, sekarang ini masalah air telah berjaya diselesaikan dengan baik

Bekas-bekas pelajar Mozac mesti ada cerita menarik sepanjang mereka mengaji di sini. Bukan? Kongsikanlah di sini

P/S : Lepas ini, kalau boleh lebih banyak lagi sekolah-sekolah dari Melaka yang tersenarai untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Tak ghitu orang Melaka?

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan STPM Melaka Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan STPM Melaka Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari Bandar Melaka. Kawasannya iaitu di Ja...
Kolej Vokasional Melaka Tengah KV di Bukit Katil Kolej Vokasional Melaka Tengah KV di Bukit Katil Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bukit Katil, Melaka, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1984, ia adal...