Sejarah Nama Melaka Malacca Asal Usul Sebenar-Benarnya Apa?

sejarah nama melaka

Sejarah Nama Melaka Malacca Yang Sebenar -benarnya?

Minggu ini heboh di mana kerajaan Melaka telah sebulat suara untuk tukar nama Malacca yang jadi siulan dan sebutan terutamanya pelancong luar negara kepada nama Melaka semata.

Semuanya dilakukan dengan harapan segala bentuk promosi dan pemasaran pelancongan negeri Melaka diseragamkan kepada nama Melaka semata.

Siap masih ingat lagi penulisan buku teks sejarah zaman-zaman sekolah dahulu. Cikgu ajar apa? Siapa yang letak nama Melaka ini? Tidak lain tidak bukan Parameswara pengasas negeri Melaka.

Daripada kisah kancil aka pelanduk menendang anjing perburuannya di tepi Sungai Melaka aka sekarang dah ada (Melaka River Cruise), sehingga terkeluar idea untuk meletakkan nama Melaka

Tercatat sejarah nama Melaka Malacca adalah berpunca dari nama pokok Melaka sedang disandar Parameswara ketika menonton dan menyaksikan insiden kancil dan anjing tersebut.

Senarai Sumber Asal Usul Sejarah Nama Melaka Malacca

Sumber Nama Maksud
Suma Oriental Malaqa Tempat perlindungan
Gasper Correa (Penulis Sejarah Portugis) Malagas Tempat membuat ikan masin
Pedagang Arab Malakat Perhimpunan segala dagang
Malaqah Pertemuan
Bahasa Sanskrit (mengikut mitos pokok ini adalah yang pertama hidup di Bumi Amalaka aka Pokok Amalaka Buah yang masam

Ya benar nama Malacca adalah sebutan dalam bahasa Inggeris. Dan bagi MyMelaka sendiri ia adalah satu keputusan yang bijak terutamanya dalam menyeragamkan sebutan dikalangan pelancong asing yang pulang semula ke negara masing-masing.

Bukankah itu nanti akan menyebabkan ada yang ‘konfius’ terutamanya yang tidak dapat menjelaskannya dengan baik? Melaka ker Malacca? Setuju?

Ia juga baik dari perancangan bahan-bahan promosi pelancongan selepas ini.

Apa Yang Boleh Kami Bantu Anda?

Hubungi kami. Kami sedia membantu memberikan khidmat nasihat bagaimana cara untuk anda mengembangkan bisnes anda di MyMelaka.co.

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Bahasa Melaka. Belajau Slanga Ayat Orang Melaka. Meh Sini !! Bahasa Melaka. Belajau Slanga Ayat Orang Melaka. Meh Sini !! Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, kalau tak kenal maka tak cinta. Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu...

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Bahasa Melaka. Belajau Slanga Ayat Orang Melaka. Meh Sini !! Bahasa Melaka. Belajau Slanga Ayat Orang Melaka. Meh Sini !! Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, kalau tak kenal maka tak cinta. Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu...