Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir memiliki 656 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 656 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka

Malacca Government Preparatory School itulah nama pertama yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir (SKBH) pada tahun 1908. Miss Isabella William & Clive William telah ditugaskan untuk menubuhkan darjah 1. Miss Isabella dilantik menjadi guru besar kepada 26 orang murid. Manakala, Miss Clive ditugaskan sebagai Penolong Kanan.

Yuran sebanyak RM 1.00 dikenakan kepada semua murid. Namun, setahun kemudian, Mr. R.C. Dredge mengambil alih jawatan Miss Isabela yang meletak jawatan sebagai guru besar. Tahun 1915 pula memperlihatkan Mr. Richards menjadi guru besar. Pada tahun berikutnya, bilangan murid bertambah ke 105 orang.

Pada 1920, murid-murid terpaksa dibahagikan kepada empat kelas memandangkan jumlah murid mencapai 123 orang. Pada 1922, bangunan Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPMM) iaitu bangunan lama SKBH sekarang ini telah diserahkan kepada “Malacca Government Preparetory School “ kerana maktab tersebut telah dipindahkan di Tanjung Malim. Yuran sekolah pada 1923 dinaikan sebanyak RM 2.00 apabila murid mencecah 324 orang. Pada waktu ini nama sekolah ditukar kepada Bandar Hilir English School (BHES). Yuran sekali lagi dinaikkan sehingga RM 2.50 pada 1926.

Pada tahun 1927, apabila Captain O.G. Williams menjadi Guru Besar, kelas khas untuk pelajar Melayu (Special Malay Class) ditubuhkan. Kebanyakan murid di seluruh negeri Melaka datang belajar di BHES. Dalam tahun ini juga pertukaran murid-murid dari BHES ke Tengkera Engliah School – untuk ke sekolah menengah semua murid BHES telah dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka. Apabila Mr. E.A.H. Ellis menjadi Guru Besar, pentadbiran sekolah lebih teratur dengan penggunaan rekod pendaftaran dan jadual kedatangan yang lengkap.

Pada 1941, jawatan Guru Besar dipegang oleh P.F. Pereira (sebelum itu ia dipegang oleh En. E.W. Reeve). Pada 1951, 2 blok bangunan bawah yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah dibina di hujung padang berdekatan Jalan Chan Koon Cheng. Satu blok mengandungi 5 buah bilik darjah telah dibina berdekatan bangunan asal. Bilangan murid adalah 608 orang.

Pada 1960, akibat daripada peningkatan murid kepada 1671 orang dan kelas yang tidak mencukupi, sekolah terpaksa dibahagi kepada dua sesi (pagi & petang). Ia juga digelar BHES1 (sesi pagi) & BHE2 (sesi petang). Malah, Guru Besar juga berlainan untuk kedua-dua sesi. Bahasa penghantar yang selama ini dikuasai Bahasa Inggeris bertukar menjadi Bahasa Melayu pada 1970. Pada 1972, pembinaan 2 blok 1 tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah lengkap beserta bilik Guru Besar, pejabat, tandas dan kantin.

Sekarang bangunan sekolah ini mengandungi 7 blok yang didirikan dalam kawasan 2 ekar 3 rd 25 pole termasuk padang. Pada 1976, BHES ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir (kini Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir).

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Melaka Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Melaka Sekolah Kebangsaan Simpang Empat atau nama ringkasnya SK Simpang Empat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Simpang Empat. Pada 2009, Sekolah...
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak atau nama ringkasnya SK Pengkalan Balak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pengkalan Balak. Pada 2009,...