Sekolah Kebangsaan Duyong Melaka

Sekolah Kebangsaan Duyong Melaka

Sekolah Kebangsaan Duyong atau nama ringkasnya SK Duyong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 6 Duyong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Duyong memiliki 250 pelajar lelaki dan 214 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 464 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru

Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Duyong Melaka

Mengikut keterangan yang diberi , sekolah asal Kampung Duyong didirikan pada 1907 dan diberi nama Sekolah Rakyat. Malangnya sekolah ini terbakar setelah beberapa lama didirikan. Selepas itu Sekolah Rakyat dibina lagi di tapak yang lama. Bangunan ini juga telah terbakar pada 1912. Semenjak sekolah ini terbakar , tiada usaha di jalankan untuk membangunkannya semula. Anak-anak kampung ini terpaksa pergi belajar di Sekolah Semabok yang jauhnya lebih kurang 2 km.

Atas kesedaran betapa pentingnya pelajaran, maka timbullah kesedaran penduduk setempat untuk mendirikan lagi sekolah di Duyong. Atas keazaman dan daya usaha penduduk setempat dengan sokongan dan galakan seorang hartawan Kampung Duyong iaitu Tuan Haji Abdul Wahab bin Hassan yang banyak mengorbankan tenaga dan wang ringgit. Sekolah ini didirikan dengan kerjasama dan gotong-royong penduduk Kampung Duyong.

Ciri-ciri Pembangunan Sekolah

Sekolah Rakyat yang dibina pada tahun 1952 mempunyai dua bangunan dan dua aliran darjah iaitu darjah 1 dan 2 yang menampung seramai 125 orang murid.

1954 – Pihak RIDA telah mendirikan sebuah banguanan yang lebih sempurna dan selesa. Bangunan ini beratapkan zing. Memandangkan pertambahan murid dari semasa ke semasa pada tahun 1958, kerajaan telah mendirikan sebuah lagi bangunan kekal yang mempunyai 4 bilik dengan kemudahan asas yang perlu.

1969 – Kementerian Pelajaran telah mendirikan sebuah lagi bangunan yang lengkap dengan perabut, tandas, pejabat dan lain-lain keperluan.

1981 – Sekolah Kebangsaan Duyong dengan rasminya mencapai Gred B kerana bilangan pelajarnya mencapai 390 orang. Pada 1983, bangunan ini telah siap diduduki dan digunakan hingga sekarang.

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka Sekolah Kebangsaan Batu Berendam atau nama ringkasnya SK Batu Berendam, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 7.2, Batu Berendam. Pada 2009...
Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara. Pada 2009, ...