Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak atau nama ringkasnya SK Pengkalan Balak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pengkalan Balak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak memiliki 346 pelajar lelaki dan 303 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 649 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka

Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Pengkalan Balak. Mula didirikan pada tahun 1905 dan terletak di hadapan Masjid Jamek Pengkalan Balak. pada tahun 1982, sekolah ini dipindahkan ke tapak yang ada sekarang. Bangunan asal sekolah ini adalah dua tingkat dan diperbuat daripada kayu. Pengasasnya ialah Datuk Tambi Chik Bin Ab Karim. Luas kawasan sekolah adalah 5 ekar 1 rod 19 pol.

Pada tahun 1981, bangunan kayu telah diganti bangunan kekal konkrit dua tingkat. Ianya dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik. Perasmian bangunan ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Hj Ab Rahim Bin Datuk Tamby Chik pada 13 Mac 1986. Pada tahun 1993, sebuah bangunan tambahan separuh kekal 1 tingkat didirikan. Bangunan tersebut mengandungi 3 bilik darjah.

Pertambahan pelajar dari masa kesemasa telah menghasilkan sebuah bangunan baru 8 bilik darjah pada tahun 1994. Kepesatan pembangunan menjadikan bilangan pelajar bertambah pada tahun 2006. Sebuah blok baru 4 tingkat telah didirikan dan mula beroperasi pada Ogos 2008

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Sekolah Kebangsaan Duyong Melaka Sekolah Kebangsaan Duyong Melaka Sekolah Kebangsaan Duyong atau nama ringkasnya SK Duyong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 6 Duyong. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Duyong memi...
Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara. Pada 2009, ...