Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Melaka

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Melaka

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat atau nama ringkasnya SK Simpang Empat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Simpang Empat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpang Empat memiliki 178 pelajar lelaki dan 171 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 349 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Melaka

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat adalah merupakan sekolah rendah terawal yang didirikan penduduk-penduduk kampung. Idea pembinaan sekolah ini tercetus dari minda Yang Amat Mulia Datuk Naning Hassan dan beliau adalah pengasasnya. Sekolah ini telah dibinapada tahun 1900 dan dinamakan Sekolah Melayu Simpang Empat diatas tanah Lot 614 Mukim Taboh Naning, Simpang Empat.
Bangunan ini telah dibuat daripada papan beratap Rumbia dan tidak bersekat. Peringkat awal sekolah ini telah mewujudkan 3 aliran kelas iaitu bermula dari darjah satu hingga darjah 3. Guru Besar pertama  ialah cikgu Abu Hasan bin Yusof. Beliau dibantu oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Agam Bin Lembak dan cikgu Hashim bin Abdullah. Pada tahun 1922, jumlah muridnya seramai 70 orang. Sekolah lama dirobohkan dan di gantikan dengan bangunan baru. Ianya berbentuk empat segi, bertiang batu. Dinding dibuat dari papan, berlantaikan papandan beratapkan genting. Aliran kelas telah bertambah iaitu dari tahun 1 hingga tahun 5.
Pada tahun 1934, kerajaan Inggeris telah mendirikan bangunan tambahan untuk menampung bilangan  pelajar yang seramai 120 orang. Bangunan tersebut telah didirikan diatas tanah lainiaitu di lot 640 dengan keluasan 2 ekar 3 rode 34 pole. Prasarana yang didirikan oleh kerajaanInggeris ialah bangunan 2 tingkat yang bertiangkan batu, berdindingkan papan dan beratap genting.Di tingkat bawah tidak bersekat dan berdinding.
Dalam usaha pembangunan, sekolah Kebangsaan Simpang Empat lagi sekali berlaku perubahan. Kawasan sekolah lot 614 terpaksa dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lain.Peristiwa ini berlaku pada tahun 1960. Bangunan baru telah dibina diatas tanah Lot PWD 2169 iaitu tapak tanah yang sama dan bersebelahan dengan bangunan sekolah yang didirikan padatahun 1934. Bangunan ini terdiri daripada 2 buah bilik. Bangunan ini dibina dari simen, ardek,dan dindingnya daripada batu. Pembukaan dirasmikan pada 2 Januari 1961 dan diberi no. PWD 2169.

Nah...Baca Lagi Info Berkaitan Di Bawah

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara. Pada 2009, ...
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak Melaka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak atau nama ringkasnya SK Pengkalan Balak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pengkalan Balak. Pada 2009,...