APDM Login Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
Kami akan berkongsi dengan anda panduan lengkap tatacara dengan menggunakan sistem APDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid.
Sistem ini dibangunkan untuk tujuan merekod apdm kehadiran murid ke sekolah.
Setiap sekolah sebelum tamat sesi persekolah, data berikut perlu dikemaskini oleh pihak sekolah.
- Nama murid
- Kaum
- Status warganegara
- Jantina
- Agama
- Maklumat penjaga seperti pekerjaan, pendapatan, maklumat majikan, alamat dan nombor telefon.
Bacaan lanjut boleh anda perolehi di portal mypt3 mengenai sistem apdm kpm 2021 login kehadiran murid
Buat murid Tahun 5, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun berikutnya adalah diutamakan untuk melakukan proses kemaskini.
Menerusi sistem SAPS Ibu Bapa, semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan.
Murid berkelayakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) tidak akan dapat menerima bantuan tersebut jikalau guru kelas gagal / lewat mengemaskini data murid apdm.
Panduan APDM KPM
Sebelum itu, anda boleh rujuk guru APDM sekiraya terdapat sebarang masalah untuk lakukan langkah berikut :
- Kad sekolah digunakan untuk Login (contoh id pengguna =QWE1234)
- Pendaftaran kelas diklik, cari nama guru / kelas yang dimasukkan.
- Kemaskini diklik
- Akhir sekali, butang Kemaskini Maklumat Kelas diklik.
Anda boleh ajukan ke emel apdm.team@moe.gov.my jika masalah masih tidak selesai.
Bermula tahun ini, kata laluan baharu perlu ditukar oleh setiap pengguna untuk memastikan id pengguna tidak disalahguna.
Di bawah ini adalah cara-cara kemaskini maklumat murid oleh guru-guru.
Sila rujuk di bawah untuk manual operasi pengurusan bantuan :
- SPK Biasiswa Kecil Persekutuan
- APB Biasiswa dan KWAPM – Daftar Guru di eOperasi
- APB Biasiswa Sukan
- APB KWAPM – Permohonan KWAPM Pengetua & Guru Besar
- APB KWAPM – Permohonan KWAPM Guru KWAPM
- APB EMK – Pengesahan Guru EMK
- APB KWAPM – Pengesahan Permohonan KWAPM PPD
SUMBER: https://apdm.moe.gov.my
MANUAL SISTEM APLIKASI DATA MURID
Berikut kami kongsikan manual penggunaan sistem kehadiran murid apdm tersebut bagi anda yang belum mahir
- Manual Kemaskini Maklumat Murid Berkeperluan Khas (OKU)
- Manual Penetapan Subjek
- Kemaskini Maklumat Bantuan Murid
Sila rujuk infografik di bawah untuk padam data murid secara online :
SOALAN LAZIM
Bagaimana mahu tambah / daftar rekod murid kerana rekod belum wujud atau berpindah masuk?
Melalui menu ‘Data Murid’, guru kelas masing-masing boleh mendaftarkan murid-murid.
- A. Semakan dilakukan sekiranya murid tersebut telah sedia ada dalam senarai kelas tersebut, klik nama murid tersebut. Kemaskini boleh dilakukan terhadap profile murid dan profile ibubapa murid sistem apdm online.
- B. Klik ‘Daftar Murid’ sekiranya murid tiada dalam senarai kelas dan identiti murid dimasukkan sama ada no. KP, no passport, no. Sijil lahir atau tiada dokumen.
- C. ‘Kemaskini Maklumat’ diklik apabila selesai mengemaskini malumat
Bagaimanakah ingin mengemaskini maklumat murid?
Melalui menu ‘Data Murid’, guru kelas masing-masing boleh mendaftarkan murid.
- A. Klik nama murid, sekiranya murid tersebut telah sedia ada dalam senarai murid kelas tersebut.
- B. Klik ‘Daftar Murid’ sekiranya murid tiada dalam senarai kelas, dan identiti murid dimasukkan sama ada no. sijil lahir, no. KP, no passport atau tiada dokumen.
- C. Apabila selesai mengemaskini maklumat, klik pada ‘Kemaskini Maklumat’.
Bagaimana mahu padam / buang rekod murid, kerana rekod bertindih atau berpindah keluar?
Melalui menu ‘Data Murid apdm’, guru kelas boleh buang / padam rekod murid dari APDM sekolah.
- A. Nama murid daripada dalam senarai murid kelas tersebut disemak. ‘Padam’ diklik di hujung nama murid tersebut.
- B. Sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda dipilih.
- C. Klik pada ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut apabila selesai memilih sebab padam.
Sila hubungi mana-mana pegawai meja mengikut negeri masing-masing untuk rujukan lanjut. Untuk senarai lengkap nombor telefon pegawai boleh rujuk sini.