Bandar Melaka: Aktiviti Menarik di Bandar Hilir
Melaka merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia yang dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kedudukannya yang strategik yang berada di tengah-tengah Selat Melaka menjadikan Melaka sebuah negeri yang terkenal dengan hasil bumi dan aktiviti perdagangan dalam kalangan pedagang pada masa dahulu.
Ia bukan sahaja kaya dengan hasil perdagangan, akan tetapi juga terkenal dengan pelbagai budaya dan sejarah.
BACA SINI >> Senarai hotel bajet melaka

Sejarah Melaka bermula pada zaman Kesultanan Melayu yang diasaskan oleh Parameswara. Beliau merupakan bangsawan Srivijaya dari Palembang yang membangunkan negeri Melaka menjadi sebuah negeri yang kaya dengan sejarah yang masih terpahat diri rakyat Malaysia. Pengaruh sejarah dan penjajahan British, Belanda dan Portugis menjadikan Melaka sebuah negeri yang unik.
Bandar Hilir merupakan bandar pelancongan negeri Melaka yang menjadi tumpuan para pelancong sejak dahulu kala lagi. Bandar ini diiisytiharkan sebagai “Bandaraya Bersejarah” pada tahun 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohammad.
Khazanah-khazanah silam menjadikan Melaka sebuah negeri yang penuh dengan sejarah tokoh-tokoh hebat dan penjajah-penjajah yang cuba menakluki Tanah Melayu.
Di Bandar Hilir ini juga, terdapat satu sungai yang dikenali sebagai Sungai Melaka yang berada di tengah-tengah bandar. Tuntasnya, ini menunjukkan keistimewaan dan keunikan Melaka berbanding negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.
Isi Kandungan (KLIK):
Info Menarik Bandar Melaka

Negeri Melaka sangat terkenal dengan tempat pelancongan yang diiktiraf oleh dunia. Ianya bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong tempatan, bahkan termasuklah pelancong asing. Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Kota A Famosa dan Dataran Pahlawan menjadi tarikan utama para pelancong.
Di kawasan-kawasan tarikan pelancong ini, terdapat kemudahan-kemudahan seperti tempat duduk di Dataran Pahlawan, di mana pelancong boleh duduk bersantai di kawasan dataran tersebut.
Selain itu, bas tidak berbumbung disediakan untuk para pelancong untuk mengelilingi bandaraya Melaka. Seterusnya, pelancong juga berpeluang untuk menaiki beca mengelilingi bandar Malacca melihat sejarah tinggalan penjajah dan tokoh pejuang negara.
Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan oleh Kerajaan Melaka bagi menarik pelancong ke negeri mereka. Pastinya, kemasukan pelancong ke Melaka sentiasa rancak terutamanya pada cuti umum.
BACA SINI >> Apa yang best di Ayer Keroh melaka
Shopping Mall di Bandar Hilir
Di Bandar ini juga terdapat beberapa pusat beli belah yang terkenal dalam kalangan pelancong yang datang ke Melaka. Antara pusat beli belah yang menjadi tumpuan pelancong adalah seperti berikut;
1. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Dataran Pahlawan Melaka Megamall ini terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Ianya dikelilingi dengan bangunan bersejarah seperti A Famosa dan Bukit St Paul.
Pusat beli belah ini sangat besar yang terdiri daripada 9 tingkat merangkumi pusat hiburan seperti panggung wayang, kedai-kedai makan, kedai pakaian berjenama antarabangsa dan lokal serta kedai cenderamata untuk para pelancong dari negeri lain yang melancong ke Melaka.
Pusat beli belah ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam pada setiap hari. Ianya juga meriah dengan para pengunjung.
2. Mahkota Parade
Mahkota Parade merupakan pusat beli belah pertama ditubuhkan di Melaka. Terdapat lebih 200 kedai yang ada di dalam pusat beli belah ini. Ianya termasuklah kedai pakaian berjenama, kedai makanan dan minuman dan pusat hiburan.
Mahkota Parade ini mula dibuka pada tahun 1994 yang terdiri daripada 4 tingkat.
Pusat beli belah ini terletak berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti A Famosa, Menara Taming Sari dan Bukit St Paul. Ianya juga menjadi salah satu pusat tarikan yang utama bagi pelancong pada hari cuti umum dan hari minggu.
3. Aeon Mall
Aeon Mall ini terletak di Bandaraya Melaka. Ia merupakan pusat beli belah yang paling baru ditubuhkan di Bandar ini. Pusat beli belah yang terdapat lebih kurang 50 buah kedai di dalamnya yang menjual barangan dapur, pakaian dan beberapa buah restoran.
Pusat beli belah ini merupakan pusat beli belah yang menawarkan barangan dengan harga berpatutan. Pengunjung yang datang ke sini lebih tertumpu untuk membeli barangan keperluan harian.
Aktiviti Menarik di Bandar Melaka
Para pelancong yang datang ke Melaka sudah pasti akan merasa seronok kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Bandar ini ialah;
SUMBER: KLOOK
1. Menerokai Kota A Famosa
Pengunjung atau pelancong boleh berjalan-jalan sekitar Kota A Famosa untuk melihat tapak tinggalan sejarah tokoh dan penjajah dahulu.
Kota A Famosa yang merupakan kubu penjajah masih lagi ada dijadikan tempat sejarah untuk dikenang oleh anak muda pada zaman kini.
2. Melihat Permandangan Melalui Menara Taming Sari
Pelancong boleh menaiki Menara Taming Sari untuk melihat permandangan Bandaraya Melaka dari ruang udara.
Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ianya adalah satu-satunya menara yang berpusing 360 darjah secara perlahan yang terdapat di Melaka.
3. Melawat Muzium Kapal Selam (Submarine Museum)
Pelancong yang berminat untuk merasai pengalaman berada di dalam kapal selam, mereka digalakkan untuk berkunjung disini.
Kapal sela mini dibina pada tahun 1979 tersimpan pelbagai sejarah di dalamnya.
4. Bersiar-siar di Pantai Klebang
Pantai Klebang ini sangat terkenal kerana pantainya yang luas dan berpasir putih. Pantai Klebang merupakan tempat wajib untuk dilawati bila berada di Melaka.
5. The Stadthuys
Bangunan merah yang berkonsepkan seni bina Belanda dan Portugis yang terletak di tengah-tengah Bandar menjadi fokus utama pelancong kerana disana terdapat kedai yang menjual kraftangan dan buah tangan.
Bukan itu sahaja, ianya juga merupakan muzium yang wajib dilawati.
6. Berjalan-jalan di Jonker Walk
Jonker Walk merupakan tempat barang-barang terpakai dijual dengan harga yang murah. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makan yang menjual makanan jalanan yang menarik seperti cendol.
7. Menaiki Beca
Pelancong akan berpeluang untuk menaiki beca yang dihiasi dengan bunga-bunga dan lagu yang menarik menjadi tumpuan para pelancong di Bandar Hilir.
Pelancong akan dibawa mengelilingi melihat Bandar ini dengan menaiki beca.
8. Menaiki Kereta Lembu
Pelancong akan berpeluang untuk meraasai menaiki kereta lembu mengelilingi kawasan A Famosa dan melalui The Stadthuys.
9. Melawat Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka
Bagi pelancong yang ingin mengetahui sejarah Melaka dengan lebih mendalam, mereka boleh melawati Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, di mana banyak tinggalan sejarah yang dipaparkan di muzium tersebut.
Banyak cerita-cerita Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dipelajari oleh pengunjung.
10. Menaiki Cruise di Sungai Melaka
Ini merupakan pengalaman yang paling menarik bagi setiap pelancong. Ini kerana pelancong boleh menaiki cruise di Sungai Melaka sambil mendengar cerita hikayat Melaka yang diceritakan oleh pengemudi cruise. Cruise tersebut akan melalui kawasan-kawasan yang mempunyai sejarah zaman dahulu.