Senarai Bazar Ramadhan Melaka 2021 di sepanjang bulan puasa yang best dan bazaar yang mesti pergi.

Di Bulan Puasa Ramadhan jangan sama sekali terlepas dengan kemeriahan pasar Ramadhan aka PARAM ataupun juga dikenali dengan Bazaar Ramadhan Melaka.

Pasar Ramadhan sebenarnya mampu dijadikan produk pelancongan buat Melaka memandangkan pada masa inilah bermacam jenis kuih dan juadah yang jarang kedapatan di hari-hari biasa.

Dan kerajaan negeri Melaka sudah pun beri kebenaran untuk operasi bazaar pada tahun ini dengan mengikut sop yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negeri MKN

Senarai Bazar Ramadhan Melaka Yang Wajib Terjah

Para pelancong, khasnya yang datang dari luar negara pastinya tertarik untuk menikmati makanan dan masakan kita. Masa itulah anda akan melihat pesta juadah dan menu berbuka puasa yang boleh anda pilih.

Berdasarkan pengamatan MyMelaka.co antara senarai bazar Ramadhan Melaka yang paling best di bulan puasa Ramadhan boleh anda semua semak di bawah ini :

SEMAK SINI: Jadual waktu berbuka puasa melaka

senarai bazaar bazar bramadhan melaka

  1. Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah [MEGA Aidilfitri]
  2. Bazar Ramadan di MITC [MEGA Aidilfitri]
  3. Bazar Taman Merdeka (dekat dengan SK Taman Merdeka)
  4. Bazar Dusun Datuk Murad (tempat parking berhadapan tempat cucian)
  5. Bazar Taman Cempaka
  6. Bazar Peringgit Jaya
  7. Bazar Taman Seri Duyong
  8. Bazar Bukit Baru
  9. Bazar Semabok
  10. Bazar Ramadan Masjid Tanah
  11. Bazar Ramadan Jasin
  12. Bazar Telok Mas
  13. Bazar Bemban
  14. Bazar Alor Gajah
  15. Bazar Bukit Katil (Jalan Merak Mas dan satu lagi di Kampung Tun Razak)
  16. Bazar Bukit Beruang Utama (di bahagian parking di hadapan restoran Windmill)
  17. Bazar MITC Ayer keroh (di hadapan masjid al-alami mitc)
  18. Bazar Merlimau
  19. Bazar Ramadhan Pantai Klebang / Dataran 1Malaysia [MEGA Aidilfitri]
  20. Bazar Jasin Bestari
  21. Bazar KIP Mart Melaka [MEGA Aidilfitri]
  22. Bazar Melaka Baru (di hadapan Pizza Hut Batu Berendam Putra)
  23. Bazar Ayer Keroh Height
  24. Bazar Kampung Tun Razak
  25. Bazar Durian Tunggal (depan Masjid dan satu lagi di tempat parking Taman Enggang)
  26. Bazar Stadium Hang Jebat
  27. Bazar Mahkota Parade (parking)

P/S : Kebanyakannya dibuka bermula sekitar pukul 4 petang hinggalah ada yang tutup sehingga lewat malam

P/S : MyMelaka sarankan anda datang pada waktu di malam raya. Lagi meriah dengan pesta tawar menawar untuk mendapatkan kelengkapan last minit pada harga runtuh. Cubalah..

PPP/S : Untuk maklumat lanjut berkaitan bazar ramadhan melaka baik kawasan melaka tengah, alor gajah dan juga jasin, boleh semak pautan majlis di bawah ini