Ayer Keroh merupakan sebuah bandar yang terletak di Melaka. Ianya adalah sebuah pusat pentadbiran bagi negeri Melaka. Bukan itu sahaja, ia juga terletak di sempadan Bukit Katil dan Bukit Beruang.

Dulunya, ia hanya merupakan bandar yang kecil dan sunyi.
Namun, kini ia telah berkembang menjadi sebuah bandar yang maju dan menjadi tempat tarikan pelancong tempatan dan pelancong asing.
Rajah di sebelah ini menunjukkan peta kawasan Ayer Keroh di Melaka.
Bandar Ayer Keroh hanya pekan kecil yang jarang menjadi tumpuan pelancong pada ketika dahulu. Kini, ia telah menjadi sebuah bandar yang maju dan tumpuan pelancong. Kemudahan-kemudahan yang disediakan sangat banyak, antaranya dataran.
Di kawasan Dataran Ayer Keroh, terdapat banyak kemudahan seperti tempat makan, basikal untuk bersiar-siar, pengangkutan awam seperti bas dan banyak lagi. Ini menjadikan bandar Ayer Keroh meriah dengan pengunjung. Bukan itu sahaja, semua kemudahan yang disediakan sangat efektif dan dapat memudahkan pelancong yang melancong ke sana.
BACA SINI >> Apa yang best di bandar hilir melaka
Isi Kandungan (KLIK):
Shopping Mall di Ayer Keroh Melaka
Walaupun ia hanya bandar yang kecil, namun terdapat juga beberapa pusat beli belah di Ayer Keroh, antaranya ialah;
1. Aeon Ayer Keroh
Jusco ini juga dikenali sebagai Jusco Melaka yang mana sekarang telah ditukar nama kepada AEON ayer kerohh. Ianya dibuka pada Oktober 1991 dan sangat popular dalam kalangan penduduk Melaka.
Ini kerana terdapat beberapa lagi pusat beli belah yang lain di dalamnya. Jusco Ayer Keroh ini juga besar dan barang-barang yang dijual di sana adalah lebih tertumpu kepada barangan harian.
SUMBER: TRIPADVISOR
2. Mydin Mall MITC Melaka
Pusat Beli Belah mydin ini juga terletak di Ayer Keroh. Mydin mall ini banyak menjual pakaian harian, barangan keperluan harian dan makanan harian dengan harga yang murah.
Barangan yang dijual juga lebih kepada secara borong.
Mydin mall ini menjadi tumpuan para penduduk Melaka sahaja secara amnya kerana mereka datang untuk membeli barangan keperluan harian. Pelancong luar sangat jarang untuk berkunjung ke pusat beli belah ini.
3. Melaka Mall
Melaka Mall ini sangat terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar.
Ini kerana terdapat banyak lot kedai di pusat beli belah ini.
Terdapat bermacam-macam jenis kedai seperti kedai makan, kedai pakaian, kedai serbaneka, pawagam, kedai cermin mata dan boleh dikatakan ia merupakan “one-stop centre”, di mana pengunjung boleh mendapatkan banyak barang pada satu tempat sahaja.
10 Aktiviti Menarik di Ayer Keroh Melaka
1. Melawat Kampung Buku Malaysia
Pelancong ke sini berpeluang untuk melawat ke Kampung Buku Malaysia di mana ianya merupakan satu perkampungan yang sesuai untuk ulat buku.
Ia lebih kepada kawasan taman untuk pembaca buku. Terdapat banyak buku untuk dibaca.
2. Melawat Taman Mini Malaysia
Taman Mini Malaysia merupakan muzium yang menempatkan 13 jenis buah rumah tradisional untuk para pengunjung melihat adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk Malaysia.
Pengujung boleh mempelajari banyak sejarah dan adat orang zaman dahulu apabila berkunjung ke sini.
3. Melawat ke Taman Mini Asean
Taman Mini Asean pula mempamerkan rumah-rumah yang terdapat di negara Asean. Setiap rumah membawa identity dan sejarah yang berbeza. Pengunjung boleh melihat sendiri dan belajar tentang rumah-rumah di negara-negara Asean.
4. Melawat ke Zoo Melaka
Zoo Melaka merupakan tarikan utama bagi pelancong apabila berkunjung ke Melaka.
Zoo ini merupakan zoo kedua terbesar selepas Zoo Negara. Terdapat lebih 200 ekor haiwan yang ada di zoo ini yang terdiri daripada pelbagai spesis.
5. Melawat ke Taman Botanikal Melaka
Taman Botanikal Melaka merupakan taman rekreasi yang terdapat di Melaka. Taman ini dibuka untuk pelancong dan juga penduduk Ayer Keroh secara percuma untuk menikmati suasana yang jauh dari bandar.
Banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, antaranya ialah taman permainan, tandas, taman bunga, taman dinasour yang menunjukkan 15 jenis replika dinasour dan banyak lagi.
Perkhidmatan buggy juga disediakan untuk memudahkan pengunjung menyelusuri taman botanikal tersebut.
6. Melawat ke Taman Buaya Melaka
Taman buaya ini menempatkan pelbagai jenis buaya dari pelbagai spesis.
Pengunjung akan berpeluang untuk melihat pertunjukkan memberi makan kepada buaya dan banyak lagi pertunjukkan lain yang melibatkan buaya
7. Melawat ke Taman Budaya Melaka
Taman Budaya Melaka ialah satu taman yang terdapat rumah-rumah tinggalan warisan budaya Melaka.
Banyak budaya Melaka yang dipertontonkan untuk pengunjung melihat dan mempelajari sejarah Melaka pada zaman dahulu.
Barang-barang tinggalan zaman dahulu juga ada dijadikan pameran. Masuk adalah percuma untuk semua.
8. Melawat ke Muzium Orang Asli
Muzium orang asli ialah satu muzium yang terletak di Ayer Keroh untuk pengunjung melihat sejarah perkembangan penduduk orang asli di Melaka.
Ia merupakan muzium yang kecil yang mempamerkan rumah replika orang asli Temuan, tempat menyimpan warisan dan budaya orang asal negara Malaysia.
Harga tiket yang dikenakan adalah dewasa rm3 dan kanak-kanak rm2. Pengunjung boleh belajar tentang adat dan budaya orang Asli di negara kita.
9. Melawat ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka merupakan taman yang menjadi tumpuan utama pelancong yang dibuka pada tahun 1991 dan dibina di kawasan hutan seluas 11 hekta.
Taman tersebut terbahagi ke 5 bahagian iaitu Lembah Sungai Koi, Taman Rama-Rama, Reptilia Aviary, Wild Photo Lane dan Nature Art Centre.
Ianya bukan sahaj terdapat rama-rama, tetapi terdapat reptilia lain juga seperti katak, burung-burung, iguana dan banyak lagi. Pengunjung juga dikenakan harga tiket masuk ke taman tersebut.
10. Berehat di Dataran Ayer Keroh
Dataran Ayer Keroh adalah merupakan antara dataran Melaka yang menjadi tumpuan pelancong sejak dahulu lagi. Kebiasaannya pada waktu petang pelancong akan duduk rehat di kawasan dataran sambil makan-makan dan menikmati waktu petang.
Walaubagaimanapun, waktu malam juga meriah di dataran tersebut.
Di kawasan dataran itu juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan, buah tangan dan sebagainya.