Home Blog Page 11

Bas Panorama Melaka

panorama melaka bas melaka

Bas Panorama Melaka. Perkhidmatan Pengangkutan Awam Utama. Terima kasih buat kerajaan Melaka kerana prihatin dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di negeri ini.

Syarikat Panorama Melaka

Menggantikan bas Melaka yang boleh dikatakan usang dengan bas yang baru adalah satu langkah yang bijak. Tidak saja hanya kepentingan untuk penduduk setempat malah ianya juga untuk kemudahan pelancongan untuk pelancong yang berkunjung ke Melaka.

Bas ini akan melalui semua laluan di Bandar Melaka sekaligus menjadi bas yang menjadi tumpuan. Bas ini juga akan memberi kemudahan kepada pelajar Utem kerana bas ini akan memasuki kampus Utem.

PERKARABUTIRANNYA
Nama SyarikatPanorama Melaka Sdn Bhd (dahulu PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd)
Alamat & Lokasi SyarikatLot 19B & 19C Zone B, Bangunan Terminal , Melaka Sentral, JalanTun Abdul Razak, Peringgit, 75300 Melaka
Contact Number06-288 2525
06-282 6466
Emel[email protected]
Waktu OperasiIsnin – Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang)
Sabtu – Ahad (9:00 pagi – 1.00 petang)

Bas Panorama Melaka Route

PERKARABUTIRANNYA
Jadual Perjalananhttp://panoramamelaka.com.my/routes

Melaka Sentral ke Batang Melaka

  • Peringgit
  • Simpang Bukit Sebukor
  • Batu Berendam
  • Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka
  • Durian Tunggal
  • Tambun
  • Gading
  • Machap Baru
  • Kampung Nelayan
  • Selandar & Tebong

Melaka Sentral ke Ujong Pasir

  • Mata Kucing
  • Pengkalan Rama
  • Jalan Bendahara
  • Bangunan Merah
  • Mahkota Parade
  • Banda Hilir
  • Ujong Pasir
  • Taman Hilir Garden
  • Elements Mall Melaka

Melaka ke Tangkak

  • Ocean
  • Bukit China
  • Balai Polis Kandang
  • Ayer Molek
  • Bemban
  • Taman Maju Jasin

Melaka Sentral ke Tampin

  • Ayer Keroh
  • Padang Keladi
  • Durian Tunggal
  • Pulau Belimbing
  • Melaka Pindah
  • Pengkalan
  • Alor Gajah

Melaka Sentral ke Tampin

  • Ocean
  • Balai Panjang
  • Bertam Malim
  • Cheng
  • Paya Rumput
  • Rembia
  • Alor Gajah

Melaka Sentral ke Pulau Gadong + Pantai Kundur + Bukit Rambai

  • Ocean
  • Tengkera
  • Limbongan
  • Klebang Kecil
  • Pulau Gadong
  • Bertam Perdana

Melaka Sentral ke Muar (Panorama Sentral Sungai Rambai)

  • Bukit Serindit
  • Ujong Pasir
  • Padang Temu
  • Telok Mas
  • Umbai
  • Merlimau
  • Sungai Rambai

Melaka Sentral ke MITC

  • Hospital
  • Batu Berendam
  • Melaka Baru
  • Sungai Putat
  • Bukit Beruang
  • Ayer Keroh Lama

Melaka Sentral ke Masjid Tanah

  • Ocean
  • Tengkera
  • Limbongan
  • Klebang
  • Batang Tiga
  • Tanjong
  • Kampung Gelam
  • Tangga Batu
  • Sungai Udang
  • Solok Duku

Melaka Sentral ke Jasin

  • Hospital Melaka
  • Kolej Yayasan Melaka
  • Jaya Jusco
  • Ayer Keroh
  • Seri Negeri
  • Gapam
  • Ulu Duyong
  • Air Panas
  • Kesang

Melaka Sentral ke Bukit Katil

  • Bukit Baru
  • Jaya Jusco
  • JPJ Melaka
  • LLP
  • Kampung Tun Razak
  • RKSK Rumahku Syurgaku

Melaka Sentral ke Bertam Ulu + Krubong

  • Ocean
  • Balai Panjang
  • Malim Jaya
  • Tanjong Minyak

Melaka Sentral ke Batu Berendam (Taman Merdeka)

  • Ocean Melaka
  • Plaza Soon Seng
  • Taman Nam Seng
  • Bakar Batu
  • Pasir Putih
  • Bachang Baru
  • Pasar Borong
  • Taman Merdeka
  • Airport Melaka
  • Taman Jati

Tempat-tempat yang dilalui dan masa termausk kemudahan Bas Panorama Melaka…kini lebih baik

Bas Melaka ini akan mula beroperasi pada awal pagi iaitu seawal 6.30 pagi. Setiap perjalanan adalah FREE dan PERCUMA sehingga 31 Disember 2020.  Bas Melaka ini juga hanya mempunyai 31 buah tempat duduk sahaja.

Dengan kedudukan ini, ianya lebih selesa dan tidak perlu bersesak-sesak di dalam bas seperti di dalam bas yang dahulu. Bas ini juga mempunyai 10 buah yang akan beroperasi syarikat yang bertanggungjawab untuk menguruskannya ialah Bas Panorama milik PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT).

Soalan Lazim

1. Adakah benar Panorama melaka free bus atau bas melaka percuma ditawar sekarang ini?

Ya. Benar. Sehingga 31 Disember 2020

Semoga apa yang diberi kemudahan bas Panorama Melaka ini akan memberi manfaat kepada semua. Selamat berkunjung ke Melaka.

Ranking Sekolah Terbaik Melaka 2021

ranking sekolah terbaik di melaka 2020

Senarai Ranking Sekolah Terbaik Melaka bagi sekolah menegah dan sekolah rendah tahun 2021

Baru-baru ini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka atau nama glamornya MOZAC tersenarai antara sekolah terbaik di Malaysia berdasar keputusan spm.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada wakil sekolah dari Melaka yang boleh dijadikan contoh daripada kalangan 9 Sekolah Berasrama Penuh dan 4 Sekolah Menengah Harian yang lain untuk senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Senarai Ranking Sekolah Terbaik di Melaka

NONAMA SEKOLAHKATEGORI SEKOLAH
1.Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC)SBP
2.Kolej Yayasan Saad KYSSWASTA
3.Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi SelandarSBPI
4.SMKA Sharifah Rodziah atau Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah SHARODSMKA
5.SMKA Sultan Muhammad atau Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sultan Muhammad
6.SMK Tinggi Perempuan Melaka (STPM)SEKOLAH MENENGAH HARIAN
7.SMT Melaka atau Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu MelakaSEKOLAH TEKNIK
8.SMK Iskandar ShahSEKOLAH HARIAN
9.SMK Ghafar BabaSEKOLAH HARIAN
10.SMA (Jaim) Assaiyidah KhadijaSEKOLAH MENENGAH AGAMA
11.SMA (Jaim) Al-AsyrafSEKOLAH AGAMA
12.Kolej Vokasional JasinVOKASIONAL
13.SMKA Tun PerakSEKOLAH AGAMA
14.SMA (Jaim) Al-Ehya El KarimSEKOLAH AGAMA
15.SMA Tahfiz al-QuranSEKOLAH AGAMA

ranking sekolah terbaik di melaka 2021Keputusannya yang diperolehi MOZAC boleh dikatakan konsisten tidak kira dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 atau pun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah-sekolah lain pun handal-handal jugak.

MOZAC tidak jauh daripada tol Ayer Keroh. Sekitar 5 km  daripada sana. Kedudukan sekolah ini yang berada di atas bukit membuat sekolah ini cukup nyaman dan suasana belajar jauh daripada kesibukan dan riuh rendah dunia luar.

Rakan MyMelaka sendiri yang pernah belajar di sana ada juga pengalaman perit masa di Mozac. Dulu punya cerita. Masa air tiada.

Budak-budak Mozac kena turun bukit untuk ambil air yang dibekalkan. Haha. Azab diaorang kata. Kadang-kadang pagi-pagi dah kena exercise. Kalau diikutkan lagi banyak yang diceritakan kepada kami.

Tapi itu dulu, sekarang ini masalah air telah berjaya diselesaikan dengan baik

Bekas-bekas pelajar Mozac mesti ada cerita menarik sepanjang mereka mengaji di sini. Bukan?

Sekolah Asrama di Melaka

Ada banyak tawaran sekolah berasrama di melaka untuk anda masuk. Antaranya ialah:

  1. SMK Munsyi Abdullah Melaka
  2. Malacca Girls High School STPM Melaka
  3. SMKA Sultan Muhammad Melaka
  4. SMKA Sharifah Rodziah Melaka
  5. Sedang dikemaskinikan

Sekolah Swasta di Melaka

NAMA SEKOLAHKATEGORI SEKOLAH
Kolej Yayasan Saad KYS MelakaMenengah
Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab MelakaMenengah
Sekolah Rendah I-Musleh MelakaRendah
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D’MerlimauMenengah

Sekolah Rendah di Melaka

  1. SK Tanjung Bidara atau sekolah kebangsaan tanjung bidara
  2. SK Simpang Empat atau sekolah kebangsaan simpang empat
  3. SK Batu Berendam atau sekolah Kebangsaan batu berendam
  4. SK Bandar Hilir atau sekolah kebangsaan bandar hilir
  5. SK Pengkalan Balak atau sekolah kebangsaan pengkalan balak
  6. SK Duyong atau sekolah kebangsaan duyong
  7. Sedang dikemaskinikan…..

Sekolah Menengah Harian di Melaka

  1. KV Melaka Tengah Bukit Katil atau kolej vokasional melaka tengah
  2. SMK Bukit Baru atau sekolah menengah kebangsaan bukit baru
  3. SMK Bukit Katil atau sekolah menengah kebangsaan bukit katil
  4. SMK Munshi Abdullah atau sekolah menengah munshi abdullah
  5. SMK Ayer Keroh atau sekolah menengah kebangsaan ayer keroh
  6. SMK Klebang Besar atau sekolah menengah kebangsaan klebang besar
  7. SMK Tinggi St David atau sekolah menengah kebangsaan st david
  8. SMK Seri Tanjong atau sekolah menengah kebangsaan seri tanjong
  9. SMK Tinggi Perempuan atau sekolah menengah tinggi perempuan melaka
  10. Sedang dikemaskinikan…

Soalan Lazim & FAQ

1. Boleh kongsikan juga senarai sekolah rendah terbaik di Melaka?

Kami akan kongsikan senarai LENGKAP tidak lama sahaja lagi

2. Apakah sekolah menengah terbaik di melaka?

Ada dikongsikan di jadual atas

P/S : Lepas ini, kalau boleh lebih banyak lagi sekolah-sekolah dari Melaka yang tersenarai untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Tak ghitu orang Melaka? 

PP/S: Kepada yang ingin SHARE artikel ranking sekolah terbaik melaka di Group Facebook & Whatapps rakan-rakan sekolah lama anda dahulu, dipersilakan!

Perigi Hang Tuah Melaka

perigi hang tuah melaka

Cuti sekolah dah dekat. Kalau korang nak tambah dalam senarai tempat bersejarah di Melaka yang mahu anda terjah atau nak tambah maklumat untuk cerita & misteri perigi Hang Tuah di Melaka ini boleh la.

Sejarah Perigi Hang Tuah

Masa pergi dulu seronok la jugak sebab kena buat report pasal perigi ni. Kalau nak tau best ke tak kena la datang sendiri untuk tau sendiri suasana kat sini ye. Ni ada serba sedikit pasal perigi yang menjadi bualan ramai selama ini:

misteri dan sejarah perigi hang tuah melaka

  • Mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 1511).
  • Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Jambatan Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
  • Asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam.
  • Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang.
  • Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
  • Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Sehingga popularnya istilah ‘buaya putih perigi hang tuah’. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.
  • Kata orang, air perigi ini boleh dibuat ubat. Wallahualam

SUMBER: http://www.malacca.ws/attractions/perigi-hang-tuah.htm

Lokasi

  •  Terletak di Kampung Jambatan Duyong, Melaka
  •  Jaraknya lebih kurang 7 km dari Bandar Melaka

Waktu Operasi dan Bayaran

  • Ditanggung percuma.
  • Boleh datang bila-bila masa. Asal waktunya sesuai.

Soalan Lazim & FAQ

1. Berapa harga tiket perigi hang tuah

FREE dan PERCUMA

Rumah Melayu Melaka

rumah melayu melaka

Rumah Melayu Melaka. Seni Rekabentuk Asli Orang Lama

Pada zaman sekarang ni payah dah untuk kita lihat atau nampak rumah yang original tradisi nih sebab banyak dikatakan ketinggalan zaman dan faktor kayu yang mahal serta tukang membuat rumah sebegini payah ditemui..

Pun begitu, rumah sebegini tidak boleh di dibuang begitu sahaja kerana jika tidak ada yang mewarisinya sudah pasti anak-anak kita tidak berpeluang untuk melihat sendiri rumah seperti itu..

1. Pengenalan

Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin. Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.

2. Pelan Rumah

Rumah Tradisional Melaka.Mari Tengok.Gambar di atas adalah pelan di mana rumah tradisional melaka di bina.Setiap rumah menggunakan ciri-ciri yang sama tetapi dengan corak pahatan yang berlainan mengikut kehendak tuan rumah.Reka bentuk ini membezakan rumah-rumah tradisional di negeri lain

3. Tangga

Gambar tangga rumah Melaka yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional..Lantai yang berwarna merah dengan jubin yang bercorak bunga..Ianya menaikkan lagi keceriaan rumah

4. Tingkap

Tingkap yang mempunyai pahatan yang menarik dan unik sudah sukar untuk di temui pada masa kini..

5. Serambi

Sesuai untuk berkumpul pada waktu petang beramai-ramai

6. Ruang Ibu

DALAM Rumah Tradisional Melaka..Mari Tengok..

Ruang dalam rumah ini di panggil ruang ibi kerana ianya ruang yang besar dan mempunyai bilik tidur

7. Tebar Layar Dan Bumbung

Bumbung dan tebar layar juga melambangkan bentuk rumah Melaka

P/S: Tempat-tempat yang masih mengekalkan Rumah Tradisional Melaka di Melaka adalah di kawasan-kawasan kampung di sekitar Melaka.. Ianya di Kampung Merlimau, Berisu dan lain-lain..Tetapi kebanyakkan kampung sudah membina rumah batu sepenuhnya kerana harga pasaran bagi kayu melambung tinggi.

Bahasa Melaka

bahasa melaka

Jom Belajar Bahasa Melaka atau Belajau Slanga Ayat Orang Melaka sampai kahau macam Nek Sapiah, Dak Senah, Dak Ayu & Dak Syafiq. Meh Sini !! Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, kalau tak kenal maka tak cinta.

Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan.

Senarai Popular Bahasa Melaka

Contohnya, yang sekarang kami nak cakap berkenaan Istilah dan bahasa Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla. Kalau ada yang tertinggal, tolong maklumkan kepada kami. Nanti kami kemaskinikan daripada masa ke semasa. Contoh ayat dan bahasa Melaka :

  1. Kensal : Tuala
  2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan tak guna betul kau ni
  3. Kahau : Cakap kasar
  4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See.sebut betul-betul GODAK. Pandai.
  5. Lahanat, Lahabau dan Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, Usin lahabau kau, ingat dah mati (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
  6. Berboko, barah, cekik : Makan
  7. Kepau : Sepah (contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
  8. Kumbah : (contoh ayatnya, aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
  9. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman << Terima Kasih kepada pengkomen Ray kerana berkongsi
  10. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
  11. Gobok : Almari
  12. Membongkang : tidur yang amat lena.
  13. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
  14. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
  15. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.
  16. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
  17. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan antu. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
  18. Lopak : Pencil box
  19. Beledi : Baldi
  20. Lemari : Almari
  21. Lebang : Pemalas

BACA SINI JUGA: Semak bagaimana dapat nama negeri Melaka melalui sejarah negeri Melaka yang sahih

Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane..Yele Ikut suka hati ko leeeeerrr

Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

Cakap Kasar Tapi Hati Orang Melaka Baik

Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya menggunakan bahasa Melaka sebegitu rupa. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza.

Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :

Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos ! (Sabar dengan bahasa Melaka sebegitu, tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)

Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka sampak sahaja kahau, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.

Ramai yang dok mengadu terutamanya orang yang tak masak lagi dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Orang melaka Cakap Lepas Kerana Suka Berterus Terang

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra. Berkenaan dengan senarai bahasa Melaka akan kami kongsikan di artikel yang alan datang. Nantikan.

Macam kami katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak orang Melaka celop yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu

  • Masuk kandang kambing mengembek
  • Masuk kandang rimau kena la mengaummm

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Sumber: https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/info-melaka

Video Bahasa Melaka Pekat Nau

Semasa era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka, telah riuh satu Malaysia apabila viral satu audio yang memperdengarkan coleteh kahau orang Melaka seperti video di bawah ini. Boleh dengarkan sekali lagi apabila banyak nau bahasa Melaka yang digunakan oleh ‘orang lama Melaka’ ini.

Baru-baru ini, kerajaan Melaka telah memanggil watak-watak utama dalam audio yang tular itu termasuk Nek Sapiah, Dak Syafik, Dak Senah dan juga Dak Ayu dalam satu majlis kerajaan negeri Melaka.

P/S: Kepada yang rindukan bahasa Melaka atau Slanga Melaka boleh kongsikannya di Facebook & group Whatapps anda. Dipersilakan

Bank Islam Melaka

bank islam melaka

Waktu operasi dan cawangan untuk buat urusan di Bank Islam Melaka Malacca

Waktu Operasi Bank Islam Melaka

bank islam melakaAda banyak bank di Malaysia.

Tetapi bank islam ini cukup istimewa dan popular dikalangan pelajar apabila wang pendidikan pelajar akan dimasukkan ke akaun Bank Islam masing-masing.

Jadi mana-mana kalangan anda yang mahu semak senarai ATM ataupun cawangan yang terdekat dengan anda termasuk urusan di kaunter yang boleh semak senaraian seperti di bawah ini :

WAKTU OPERASIMASA
Isnin – Khamis9.30 pagi – 4.30 petang
Hari Jumaat9.30 pagi – 12.30 tengahari
Hari Jumaat2.30 petang – 4.30 petang
Hari SabtuTUTUP
Hari AhadTUTUP
buka pukul berapa, waktu rehat dan masa tutup operasi dikongsikan di jadual ini
PERKARABUTIRANNYA
Bank islam melaka contact numberno tel akan dikemaskinikan

Untuk yang menggunakan Bank Simpanan Nasional boleh semak sini: BSN Melaka

Daftar Bank Islam Online

Kepada anda yang mahu menggunakan perkhidmatan bank islam biz online untuk melakukan pelbagai urusan dengan mudah terus dari telefon pintar termasuk transfer, bayar loan dan sebagainya boleh daftar melalui pautan di bawah:

ATM & Cawangan Bank Islam Melaka

Ini adalah mesin atm dan cawangan yang terdekat dengan anda

  1. Kolej Yayasan Melaka
  2. Uitm Melaka
  3. Dataran Pahlawan
  4. Bank Islam Durian Tunggal
  5. Bank Islam Masjid Tanah
  6. Aeon Bandaraya
  7. Melaka Sentral
  8. Bank Islam Merlimau
  9. Bank Rakyat Melaka
  10. Bank Islam Jalan Hang Tuah
  11. Bank Islam Alor Gajah
  12. Bank Islam Ayer Keroh
  13. Bank Islam Jasin

Soalan Lazim

1. Saya sudah ada akaun bank, bolehkah mohon secara online kad atm

Boleh. Sila rujuk sini, https://www.bankislam.com/online-application/

2. Bagaimana cara untuk saya daftar akaun Al-Awfar

Senang sahaja. Dengaaan simpanan serendah RM100 pun anda sudah layak untuk menang hadiah lumayan dari peraduan. Terus pergi ke cawangan terdekat bank ini sekarang

3. Mana branch bank islam yang buka hari sabtu

Maaf tiada buat masa ini

Freeport Melaka Premium Outlet (MURAH)

freeport melaka premium outlet

Freeport Melaka Premium Outlet MPp Melaka.

Jikalau di Johor ada Johor Premium Outlet. Manakala berdekatan dengan Sepang, Kuala Lumpur International Airport KLIA, ada satu lagi premium outlet yang dikenali dengan Mitsui Premium Outlet.

Info Freeport Melaka Premium Outlet Melaka

Shopping di Melaka Premium Outlet atau juga dikenali dengan Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak berdekatan dengan Taman Tema Air A’famosa Melaka di Alor Gajah melaka.

PERKARAPAUTANNYA
Waktu OperasiBermula pukul 12 tengahari hingga 10 malam
Alamat & LokasiJalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Nombor Telefon06-552 8961
Portal Rasmihttps://freeportafamosa.com

Ada banyak jenama dan brand terkenal seperti G2000, Hush Puppies, Forever 21, Crocs, Nike, Timberland, Rip Curl, Triumph, Clarks dan banyak lagi tawaran hebat dan diskaun yang ada di sana.

Di bawah ini dikongsikan pautan untuk anda semak butiran untuk semua outlet yang tersenarai termasuklah butiran mengenai promosi yang terkini yang ditawarkan kepada anda jika datang ke sana.

Anda boleh semak setiap jenama yang ada dijual di pusat membeli belah ini untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan kepada anda bagi memudahkan perancangan anda shopping di sana kelak.

MyMelaka sendiri ada pengalaman shopping di sini, kami boleh katakan pakaian, baju, selur, kasut lebih murah berbanding shopping di Bandar Melaka. Cubalah. Sebelum pergi jalan jalan tempat menarik di Melaka, boleh singgah di sini dahulu. Berbaloi-baloi!

Melaka Premium Outlet Review

1. Zon Melaka bebas cukai yang berpatutan. Bukannya semua menawarkan jenama yang berkelas tinggi. Kebanyakan kedai adalah sesuai untuk M40 & B40
2. Harap ada lebih banyak tandas di shopping complex ini supaya kita semua tidak perlu berjalan jauh. Jikalau pada musim perayaan, boleh lihat banyak kedai menawarkan diskaun, sale, dan juga potongan harga. Terdapat juga persembahan tarian singa hari ini! Terbaik!
3. Semasa saya berkunjung ke sini, terdapat banyak potongan harga dan sale. Saya berjaya beli blaus, 2 helai seluar dan sepasang kasut sukan! Surau di sini berada dalam keadaan baik tetapi saya merasakan kedudukan paip di tempat wudhu agak rendah, jadi sukar untuk mengambil wudhu. Tandas di sini juga berada dalam keadaan baik dan bersih

Soalan Lazim & FAQ

1. Ada jenama & brand Braun Buffel di Freeport Melaka?

Tiada

2. Ada outlet NIKE & PUMA?

Ada

3. Ada jenama & brand Burberry ataupun Micheal Kors?

Tiada

4. Ada disediakan kemudahan surau di sini?

Ada. Bersih dan selesa untuk anda gunakan

5. Ada outlet Hugh Puppies?

Ada

6. Ada kedai aksesori gadjet atau telefon bimbit atau smartphone?

TIADA

7. Adakah sama antara Freeport A Famosa dan Melaka premium Outlet ?

Ya. Sama

8. Ada atau tidak out kasut Clarks?

Ada

Pejabat dan Jabatan Pendidikan Melaka

jabatan pendidikan melaka

Portal Jabatan Pendidikan Melaka dan pejabat pendidikan melaka

Info Jabatan Pendidikan Melaka

1. Pejabat Pendidikan Melaka Ayer Keroh

PERKARABUTIRANNYA
Alamat Jabatan Pendidikan Negeri MelakaJalan Istana 75450 Bukit Beruang Melaka
Nombor pejabat @ Contact Number06-232 3776
06-232 3777
06-232 3778
06-232 3779
No Faks06-2320500

2. Cawangan JPN Melaka Bukit Baru

PERKARABUTIRANNYA
Alamat (Cawangan Bukit Baru)Jalan Bukit Baru, Bukit Baru, 75150 Melaka, Malaysia
Nombor telefon pejabat bagi sektor pembangunan06-232 6957
No Faks06-231 2326
No pejabat bagi sektor pendidikan Islam jabatan pelajaran06-232 6301
No Faks06-233 2949

Ada banyak maklumat yang boleh anda perolehi melalui portal jpn melaka, antaranya ialah:

pejabat jabatan pendidikan melaka

  1. Urusan pertukaran guru melaka
  2. Pengumuman terkini sebutharga tahun 2020 dan juga keputusan undi
  3. Borang permohonan ke luar negara bagi kalangan guru Melaka dan pendidik di negeri melaka
  4. Info terkini tawaran biasiswa dan pinjaman pelajaran peringkat master (sarjana), atau doktor falsafah (PHD) dikalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPP Melaka
  5. Info cuti belajar
  6. Info terkini untuk kalangan guru melaka dan pendidik sepanjang PKP, PKPB atau PKPD di melaka
  7. Info Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah PPSR
  8. Permohonan murid bukan warganegara untuk masuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di melaka
  9. Penempatan dan pertukaran murid dan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di melaka
  10. Soalan lazim Sekolah seni malaysia
  11. Kemasukan pelajar tingkatan 6 form 6 di Melaka
  12. Home Schooling di Melaka
  13. Senarai dokumen apabila pulang dari luar negara untuk sekolah di melaka
  14. Permohonan kemasukan murid ke prasekolah kpm di melaka
  15. Takwim sekolah melaka

Selain itu, segala info lanjut berkaitan carta organisasi jabatan pendidikan melaka boleh dapatkan di portal rasmi jpn melaka, moe.gov.my/

Untuk butiran berkaitan Pejabat Pendidikan melaka, boleh semak ppd melaka

11,223FansLike