fbpx
Home Blog Page 14

Melaka Sentral

melaka sentral

Melaka Sentral Station adalah Terminal Utama Pengangkutan Awam di negeri Melaka. Ingat lagi dahulu apabila balik cuti sekolah dengan menaiki bas, akan turun terminal bas di The Store Melaka depan pusat membeli belah Ocean yang akan menjadi tumpuan. Naik pula bas M.O.S takpun bas SKA.

Melaka Sentral Eticketing

Sekarang ini anda sudah boleh tempah tiket bas secara online.

PERKARABUTIRANNYA
Pautan Tempahan Melaka Sentral Secara Onlinehttps://eticketing.melakasentral.com.my/
Melaka Sentral Car Parking Rate 2020RM2 untuk 24 jam pertama
RM10 untuk setiap 24 jam seterusnya
Waktu Operasi Kaunter Tiket Melaka Sentral5 pagi hingga 12:15 pagi malam
No Telefon Kaunter Tiket Melaka Sentral+06-2881321
+019-6621342

Sejarah Melaka Sentral

Sekarang pusat Ocean sudah jadi sarang untuk ‘pekerja asing’ melepak dan jadi hub untuk kalangan yang mencari telefon bimbit yang baru. Dahulu punya cerita.

Sekarang ini Pusat dan Terminal Pengangkutan Awam di Melaka Sentral daripada bas panorama Melaka, bas ekspres sehingga ke teksi Melaka sudahpun dipindahkan ke kawasan yang lebih selesa dan luas iaitu di Melaka Sentral Station yang terletak di berhadapan dengan Pasar Besar Melaka.

PERKARABUTIRANNYA
Lokasi Melaka Sentral Bus TerminalJalan Tun Abdul Razak dan Jalan Panglima Awang
Kos PembinaanRM610,000
Tahun Siap PembinaanFebruari 2003
Tarikh Perasmian14 Mei 2004
Keluasan46.6 hektar

RUJUK SINI: Boleh cuba bas panorama Melaka ketika anda ingin pusing-psuing dan jalan jalan di negeri Melaka

Harga Tiket Bas Melaka ke TBS

BASHARGA
KKKL Express RM13.40
Delima VisionRM10
Melor Interline ExpressRM10
City ExpressRM9.30
TranasionalRM13.60
Mayang SariRM10
Eltabina Jaya ExpressRM11
Kesatuan ExpressRM13

Harga Tiket Bas ke Melaka Sentral

BASHARGA
KKKL Express RM13.40
Delima VisionRM10
Melor Interline ExpressRM10
City ExpressRM9.30
TranasionalRM13.60
Mayang SariRM10
Eltabina Jaya ExpressRM11
Kesatuan ExpressRM13

Soalan Lazim & FAQ

1. Ada disediakan shower room di sini?

Maaf. Tiada

2. Ada surau disediakan di Melaka Sentral?

Ya. Ada. Ia terletak bersebelahan tandas

3. Ada disediakan kemudahan locker di sini untuk meletakkan beg luggage saya?

Ya. Ada. Caj dan rate yang dikenakan pada kadar RM5 untuk setiap 1 jam. Walaubagaimanakan, ruang locker yang ada hanya boleh memuatkan beg kecil sahaja

4. Adakah terminal bas Melaka Sentral buka 24 jam?

Ya betul 24 jam untuk kaunter dan kioks Melaka Sentral. Manakala kaunter bas ekspress akan dibuka bermula seawal 5 pagi hingga 12.15 pagi

Taman Rama Rama Melaka

taman rama rama melaka

Taman Rama Rama Melaka Ayer Keroh

Sebelum anda menerjah masuk ke Bandar Melaka atau tempat menarik di Melaka yang lain anda boleh singgah sebentar di Taman Rama-rama Melaka.

Jikalau anda dari pintu masuk melalui tol Ayer Keroh, tidak jauh sebenarnya daripada situ. Dalam 5 minit perjalanan dah boleh sampai.

Nama sahaja taman rama-rama ia ada terdapat juga haiwan reptilia lain termasuklah ada lebih 200 serangga di sana.

Semak Bayaran Masuk Taman Rama Rama Melaka

PERKARABUTIRANNYA
Harga tiket masuk taman rama rama melaka bagi dewasaRM22
Harga tiket kanak-kanakRM16
Waktu operasiDari 8:30 pagi hingga 5:30 petang (Buka setiap hari)
Portal rasmihttp://www.butterflyreptile.com/

Review

Kami sarankan anda yang datang bercuti dan melancong ke Melaka atau orang melaka yang mahu menghabiskan cuti hujung minggu dan cuti sekolah di Melaka singgah datang ke sini, snagat berbaloi.

harag tiket taman rama rama melaka
  • Tempat terjaga dengan bersih dan selesa
  • Persekitaran yang menarik
  • Banyak pilihan binantang yang terjaga dengan baik
  • Tips, jangan lupa beli makanan ikan untuk diberikan kepada lambakan ikan koi yang memang ternanti nanti buah tangan daripada anda di di bahagian masuk taman rama rama melaka

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka 2021

jadual waktu berbuka puasa melaka 2020

Jadual Waktu Berbuka Puasa melaka 2021. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 13 April 2021, Selasa yang bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442H.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka dan Imsak 2021

Buat panduan warga Melaka, berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Waktu Imsak Melaka 2021 yang juga bersamaan dengan 1442 Hijrah.

PERKARAPAUTANNYA
Negeri Melakahttp://www.islam.gov.my

BACA SINI: Tawaran promosi early bird buffet ramadhan melaka

jadual waktu berbuka puasa melaka 2021Seperti biasa, Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka mengeluarkan jadual rasmi masa buka puasa untuk rujukan kita semula di sepanjang bulan Ramadhan.

Maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu buka puasa, Imsak negeri Melaka dan seluruh kawasan yang sewaktu dengannya boleh didapati pada jadual berbuka puasa / Imsak.

Rukun islam yang ketiga adalah berpuasa di bulan Ramadhan.

Berikut kami kongsikan kepada anda Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka 2021 / 1442H yang melibatkan seluruh kawasan dan zon di negeri Melaka.

Bagi umat Islam yang ingin mengetahui masa buka puasa pada bulan puasa Ramadhan di negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya boleh merujuk jadual waktu berbuka puasa 2021 melaka yang dikongsi di bawah sebagai panduan anda.

TARIKHHARIWAKTU BUKA PUASA MELAKA
13 April 2021
1 Ramadhan 1442 H
Selasa7:18 pm
14 April 2021
2 Ramadhan 1442 H
Rabu7:18 pm 
15 April 2021
3 Ramadhan 1442 H
Khamis7:18 pm 
16 April 2021
4 Ramadhan 1442 H
Jumaat7:17 pm
17 April 2021
5 Ramadhan 1442 H
Sabtu7:17 pm 
18 April 2021
6 Ramadhan 1442 H
Ahad7:17 pm 
19 April 2021
7 Ramadhan 1442 H
Isnin7:17 pm
20 April 2021
8 Ramadhan 1442 H
Selasa7:17 pm 
21 April 2021
9 Ramadhan 1442 H
Rabu7:17 pm 
22 April 2021
10 Ramadhan 1442 H
Khamis7:17 pm 
23 April 2021
11 Ramadhan 1442 H
Jumaat7:16 pm 
24 April 2021
12 Ramadhan 1442 H
Sabtu7:16 pm 
25 April 2021
13 Ramadhan 1442 H
Ahad7:16 pm
26 April 2021
14 Ramadhan 1442 H
Isnin7:16 pm 
27 April 2021
15 Ramadhan 1442 H
Selasa7:16 pm 
28 April 2021
16 Ramadhan 1442 H
Rabu7:16 pm 
29 April 2021
17 Ramadhan 1442 H
Khamis7:16 pm 
30 April 2021
18 Ramadhan 1442 H
Jumaat7:16 pm 
1 Mei 2021
19 Ramadhan 1442 H
Sabtu7:16 pm 
2 Mei 2021
20 Ramadhan 1442 H
Ahad 7:16 pm
3 Mei 2021
21 Ramadhan 1442 H
Isnin 7:16 pm
4 Mei 2021
22 Ramadhan 1442 H
Selasa 7:16 pm
5 Mei 2021
23 Ramadhan 1442 H
Rabu 7:16 pm
6 Mei 2021
24 Ramadhan 1442 H
Khamis 7:16 pm
7 Mei 2021
25 Ramadhan 1442 H
Jumaat7:15 pm
8 Mei 2021
26 Ramadhan 1442 H
Sabtu7:15 pm
9 Mei 2021
27 Ramadhan 1442 H
Ahad7:15 pm
10 Mei 2021
28 Ramadhan 1442 H
Isnin7:16 pm
11 Mei 2021
29 Ramadhan 1442 H
Selasa 7:16 pm
12 Mei 2021
30 Ramadhan 1442 H
Rabu 7:16 pm
Jadual masa dan waktu berbuka puasa melaka tahun 2021

Adab-Adab dan Sunat Berpuasa

Menahan diri daripada makan dan minum bukanlah hanya yang perlu dilakukan ketika berpuasa, tetapi juga perlu menahan diri daripada buat perkara-perkara yang ditegah Allah SWT sama ada dalam bentuk pertuturan, perbuatan dan iktikad.

Berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa sebagai panduan bersama : 

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Amalan sunat bersahur adalah berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Anas RA.

  • Sahur itu sesungguhnya berkat kerana ia dapat membantu menguatkan orang yang berpuasa.
  • Bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar adalah waktu bersahur namun mengakhirkan waktu bersahur adalah disunatkan. (Rujuk jadual waktu berbuka puasa 2021 melaka seperti di atas)

Walaupun dengan minum seteguk air, seseorang itu sudah dikira bersahur. Sabda Nabi SAW bermaksud

  • “ Sahur itu berkat. Maka jangan ditinggalkannya walaupun seorang antara kamu hanya meneguk seteguk air sahaja.

ii) Apabila terbenamnya matahari, mempercepatkan berbuka puasa

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • “Umatku kekal dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Berbuka puasa dengan tamar juga disunatkan. Maka sunat dengan air sekiranya tiada tamar.

Ketika masa buka puasa di melaka contohnya, juga disunatkan untuk berdoa. Antara doa Nabi SAW ketika berbuka adalah :

iii) Memeriahkan majlis Tadarus Al-Quran

Pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan, Jibrail AS bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah SAW.

Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh rakyat Malaysia dan warga Melaka. Moga-moga kita semua mendapat manfaat untuk bulan Puasa Ramadhan 2021 kali ini.

Kami doakan supaya amalan kita diterima oleh Allah Yang Maha Besar. Amin.

Kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa 2021 Melaka

P/S: Kongsikan jadual waktu berbuka puasa 2021 melaka di Facebook & Group Whatapps keluarga dan kawan2 terdekat anda

Senarai Pasar Malam Melaka 2021

Pasar Malam Melaka

Semak senarai Pasar Malam Melaka 2021 terdekat dengan anda hari ini, mari lerrr singgah

Jadual Pasar Malam Melaka 2021

Kalau ada pasar malam yang selalu anda pergi dan berada dekat dengan kawasan kediaman anda, kongsikanlah bersama di sini.

Apa yang best ada di pasar malam tersebut. Bolehlah nanti mereka-mereka cuba terjah lain kali kan?

Bersama-sama ini dikongsikan yang dibuka mengikut hari untuk pasar malam hari isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu dan ahad di melaka.

Buka Hari Ahad

  • Pantai Jaring, Bukit Darat
  • Taman Cergas Batu Berendam
  • Pasar malam dekat Rumah Awam Bandar Hilir
  • Taman Bemban Jaya, Bemban
  • Spring Garden, Lereh
  • Taman Muhibah Merlimau
  • Pekan Umbai
  • Alor Gajah
  • Pasar malam ayer keroh heigth
  • Pasar Malam di Taman Seri Duyong Seksyen 2

Buka Hari Isnin

senarai jadual pasar malam melaka 2021

  • Taman Spring Garden
  • Telok Mas
  • Pasar Malam di Bandar Baru Sungai Udang
  • Taman Bukit Melaka Bukit Beruang
  • Depan IKS Selandar
  • Taman Tanjung Minyak Setia
  • Taman Malim Jaya
  • Musai
  • Pekan Sungai Rambai
  • Taman Mewah, Kelemak
  • UiTM melaka, Lendu
  • Taman Paya Rumput Indah

Pasar Malam Buka Hari Selasa

  • Taman Merdeka Batu Berendam
  • Taman Kesang Damai
  • Bukit Terendak
  • Pasar Malam di UiTM Lendu
  • Kampung Gelam, Tanjung Keling
  • Taman Pengkalan Indah
  • Lendu
  • Kampung Lapan
  • Taman Bertam Jaya
  • Taman Seri Duyong

Pasar Malam Buka Hari Rabu

  • Pasar malam Taman Kerjasama Bukit Beruang
  • Pasar malam Kampung Tun Abdul Razak, Bukit Katil
  • Taman Bachang Baru
  • Pasar malam Taman Bertam Perdana
  • Taman Bachang Baru, Bachang
  • Plaza Sungai Udang
  • Taman Peringgit Jaya
  • Taman Rambai Utama
  • Pasar malam Bandar Baru Merlimau
  • Kampung Jus
  • Depan Sekolah Pendidikan Khas Semabok
  • UiTM Lendu
  • Taman Sri Naning
  • Pasar malam Depan Masjid Durian Tunggal
  • Jelatang Alor Gajah

Pasar Malam Buka Hari Khamis

  • Kampung Tampoi
  • Ayer Molek
  • Pasar Malam Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Taman Serkam Baru atau Taman Maju
  • Taman Peruna, Sungai Udang
  • Taman Merbok, Bukit Baru
  • Taman Harta Pertama

Pasar Malam Buka Hari Jumaat

  • Taman Limbongan Permai
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Merdeka Batu Berendam
  • Peringgit
  • Taman Bukit Serindit
  • Kawasan Industri Merlimau
  • Taman Rambai Jaya
  • Pekan Nyalas
  • Taman Seri Telok Mas
  • Plaza Sungai Udang
  • Jasin Bestari
  • Rembia dekat Simpang Lendu
  • Taman Melaka Perdana, Alor Gajah

Pasar Malam Buka Hari Sabtu

  • Taman Kota Laksamana
  • Taman Seri Bayan Bukit Katil
  • Kampung Serkam Pantai
  • Taman Muhibbah Bandar Jasin
  • Tapak Utama Alor Gajah
  • Taman MGBM, Bachang
  • Taman Cheng Perdana
  • Kampung Paya Ikan
  • Kawasan Industri Bukit Rambai
  • Pasar malam klebang

DAH CUBA: 10+ tempat makan best di Melaka Yang Menarik dan Sedap

Sumber untuk pasar malam melaka di kawasan Jasin: http://www.mpjasin.gov.my

P/S : Kalau ada kesilapan atau pertukaran harinya, jangan segan-segan tegur ye. Jikalau tiada di sini, boleh ingatkan dan perbetulkan kami untuk kami kemaskinikan senarai pasar malam Melaka yang terkini daripada masa ke semasa dengan memberikan mesej di facebook rasmi kami.

Bas Panorama Melaka

panorama melaka bas melaka

Bas Panorama Melaka. Perkhidmatan Pengangkutan Awam Utama. Terima kasih buat kerajaan Melaka kerana prihatin dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di negeri ini.

Syarikat Panorama Melaka

Menggantikan bas Melaka yang boleh dikatakan usang dengan bas yang baru adalah satu langkah yang bijak. Tidak saja hanya kepentingan untuk penduduk setempat malah ianya juga untuk kemudahan pelancongan untuk pelancong yang berkunjung ke Melaka.

Bas ini akan melalui semua laluan di Bandar Melaka sekaligus menjadi bas yang menjadi tumpuan. Bas ini juga akan memberi kemudahan kepada pelajar Utem kerana bas ini akan memasuki kampus Utem.

PERKARABUTIRANNYA
Nama SyarikatPanorama Melaka Sdn Bhd (dahulu PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd)
Alamat & Lokasi SyarikatLot 19B & 19C Zone B, Bangunan Terminal , Melaka Sentral, JalanTun Abdul Razak, Peringgit, 75300 Melaka
Contact Number06-288 2525
06-282 6466
Emeladmin@panoramamelaka.com.my
Waktu OperasiIsnin – Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang)
Sabtu – Ahad (9:00 pagi – 1.00 petang)

Bas Panorama Melaka Route

PERKARABUTIRANNYA
Jadual Perjalananhttp://panoramamelaka.com.my/routes

Melaka Sentral ke Batang Melaka

  • Peringgit
  • Simpang Bukit Sebukor
  • Batu Berendam
  • Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka
  • Durian Tunggal
  • Tambun
  • Gading
  • Machap Baru
  • Kampung Nelayan
  • Selandar & Tebong

Melaka Sentral ke Ujong Pasir

  • Mata Kucing
  • Pengkalan Rama
  • Jalan Bendahara
  • Bangunan Merah
  • Mahkota Parade
  • Banda Hilir
  • Ujong Pasir
  • Taman Hilir Garden
  • Elements Mall Melaka

Melaka ke Tangkak

  • Ocean
  • Bukit China
  • Balai Polis Kandang
  • Ayer Molek
  • Bemban
  • Taman Maju Jasin

Melaka Sentral ke Tampin

  • Ayer Keroh
  • Padang Keladi
  • Durian Tunggal
  • Pulau Belimbing
  • Melaka Pindah
  • Pengkalan
  • Alor Gajah

Melaka Sentral ke Tampin

  • Ocean
  • Balai Panjang
  • Bertam Malim
  • Cheng
  • Paya Rumput
  • Rembia
  • Alor Gajah

Melaka Sentral ke Pulau Gadong + Pantai Kundur + Bukit Rambai

  • Ocean
  • Tengkera
  • Limbongan
  • Klebang Kecil
  • Pulau Gadong
  • Bertam Perdana

Melaka Sentral ke Muar (Panorama Sentral Sungai Rambai)

  • Bukit Serindit
  • Ujong Pasir
  • Padang Temu
  • Telok Mas
  • Umbai
  • Merlimau
  • Sungai Rambai

Melaka Sentral ke MITC

  • Hospital
  • Batu Berendam
  • Melaka Baru
  • Sungai Putat
  • Bukit Beruang
  • Ayer Keroh Lama

Melaka Sentral ke Masjid Tanah

  • Ocean
  • Tengkera
  • Limbongan
  • Klebang
  • Batang Tiga
  • Tanjong
  • Kampung Gelam
  • Tangga Batu
  • Sungai Udang
  • Solok Duku

Melaka Sentral ke Jasin

  • Hospital Melaka
  • Kolej Yayasan Melaka
  • Jaya Jusco
  • Ayer Keroh
  • Seri Negeri
  • Gapam
  • Ulu Duyong
  • Air Panas
  • Kesang

Melaka Sentral ke Bukit Katil

  • Bukit Baru
  • Jaya Jusco
  • JPJ Melaka
  • LLP
  • Kampung Tun Razak
  • RKSK Rumahku Syurgaku

Melaka Sentral ke Bertam Ulu + Krubong

  • Ocean
  • Balai Panjang
  • Malim Jaya
  • Tanjong Minyak

Melaka Sentral ke Batu Berendam (Taman Merdeka)

  • Ocean Melaka
  • Plaza Soon Seng
  • Taman Nam Seng
  • Bakar Batu
  • Pasir Putih
  • Bachang Baru
  • Pasar Borong
  • Taman Merdeka
  • Airport Melaka
  • Taman Jati

Tempat-tempat yang dilalui dan masa termausk kemudahan Bas Panorama Melaka…kini lebih baik

Bas Melaka ini akan mula beroperasi pada awal pagi iaitu seawal 6.30 pagi. Setiap perjalanan adalah FREE dan PERCUMA sehingga 31 Disember 2020.  Bas Melaka ini juga hanya mempunyai 31 buah tempat duduk sahaja.

Dengan kedudukan ini, ianya lebih selesa dan tidak perlu bersesak-sesak di dalam bas seperti di dalam bas yang dahulu. Bas ini juga mempunyai 10 buah yang akan beroperasi syarikat yang bertanggungjawab untuk menguruskannya ialah Bas Panorama milik PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT).

Soalan Lazim

1. Adakah benar Panorama melaka free bus atau bas melaka percuma ditawar sekarang ini?

Ya. Benar. Sehingga 31 Disember 2020

Semoga apa yang diberi kemudahan bas Panorama Melaka ini akan memberi manfaat kepada semua. Selamat berkunjung ke Melaka.

Ranking Sekolah Terbaik Melaka 2021

ranking sekolah terbaik di melaka 2020

Senarai Ranking Sekolah Terbaik Melaka bagi sekolah menegah dan sekolah rendah tahun 2021

Baru-baru ini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka atau nama glamornya MOZAC tersenarai antara sekolah terbaik di Malaysia berdasar keputusan spm.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada wakil sekolah dari Melaka yang boleh dijadikan contoh daripada kalangan 9 Sekolah Berasrama Penuh dan 4 Sekolah Menengah Harian yang lain untuk senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Senarai Ranking Sekolah Terbaik di Melaka

NONAMA SEKOLAHKATEGORI SEKOLAH
1.Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC)SBP
2.Kolej Yayasan Saad KYSSWASTA
3.Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi SelandarSBPI
4.SMKA Sharifah Rodziah atau Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah SHARODSMKA
5.SMKA Sultan Muhammad atau Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sultan Muhammad
6.SMK Tinggi Perempuan Melaka (STPM)SEKOLAH MENENGAH HARIAN
7.SMT Melaka atau Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu MelakaSEKOLAH TEKNIK
8.SMK Iskandar ShahSEKOLAH HARIAN
9.SMK Ghafar BabaSEKOLAH HARIAN
10.SMA (Jaim) Assaiyidah KhadijaSEKOLAH MENENGAH AGAMA
11.SMA (Jaim) Al-AsyrafSEKOLAH AGAMA
12.Kolej Vokasional JasinVOKASIONAL
13.SMKA Tun PerakSEKOLAH AGAMA
14.SMA (Jaim) Al-Ehya El KarimSEKOLAH AGAMA
15.SMA Tahfiz al-QuranSEKOLAH AGAMA

ranking sekolah terbaik di melaka 2021Keputusannya yang diperolehi MOZAC boleh dikatakan konsisten tidak kira dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 atau pun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah-sekolah lain pun handal-handal jugak.

MOZAC tidak jauh daripada tol Ayer Keroh. Sekitar 5 km  daripada sana. Kedudukan sekolah ini yang berada di atas bukit membuat sekolah ini cukup nyaman dan suasana belajar jauh daripada kesibukan dan riuh rendah dunia luar.

Rakan MyMelaka sendiri yang pernah belajar di sana ada juga pengalaman perit masa di Mozac. Dulu punya cerita. Masa air tiada.

Budak-budak Mozac kena turun bukit untuk ambil air yang dibekalkan. Haha. Azab diaorang kata. Kadang-kadang pagi-pagi dah kena exercise. Kalau diikutkan lagi banyak yang diceritakan kepada kami.

Tapi itu dulu, sekarang ini masalah air telah berjaya diselesaikan dengan baik

Bekas-bekas pelajar Mozac mesti ada cerita menarik sepanjang mereka mengaji di sini. Bukan?

Sekolah Asrama di Melaka

Ada banyak tawaran sekolah berasrama di melaka untuk anda masuk. Antaranya ialah:

  1. SMK Munsyi Abdullah Melaka
  2. Malacca Girls High School STPM Melaka
  3. SMKA Sultan Muhammad Melaka
  4. SMKA Sharifah Rodziah Melaka
  5. Sedang dikemaskinikan

Sekolah Swasta di Melaka

NAMA SEKOLAHKATEGORI SEKOLAH
Kolej Yayasan Saad KYS MelakaMenengah
Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab MelakaMenengah
Sekolah Rendah I-Musleh MelakaRendah
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D’MerlimauMenengah

Sekolah Rendah di Melaka

  1. SK Tanjung Bidara atau sekolah kebangsaan tanjung bidara
  2. SK Simpang Empat atau sekolah kebangsaan simpang empat
  3. SK Batu Berendam atau sekolah Kebangsaan batu berendam
  4. SK Bandar Hilir atau sekolah kebangsaan bandar hilir
  5. SK Pengkalan Balak atau sekolah kebangsaan pengkalan balak
  6. SK Duyong atau sekolah kebangsaan duyong
  7. Sedang dikemaskinikan…..

Sekolah Menengah Harian di Melaka

  1. KV Melaka Tengah Bukit Katil atau kolej vokasional melaka tengah
  2. SMK Bukit Baru atau sekolah menengah kebangsaan bukit baru
  3. SMK Bukit Katil atau sekolah menengah kebangsaan bukit katil
  4. SMK Munshi Abdullah atau sekolah menengah munshi abdullah
  5. SMK Ayer Keroh atau sekolah menengah kebangsaan ayer keroh
  6. SMK Klebang Besar atau sekolah menengah kebangsaan klebang besar
  7. SMK Tinggi St David atau sekolah menengah kebangsaan st david
  8. SMK Seri Tanjong atau sekolah menengah kebangsaan seri tanjong
  9. SMK Tinggi Perempuan atau sekolah menengah tinggi perempuan melaka
  10. Sedang dikemaskinikan…

Soalan Lazim & FAQ

1. Boleh kongsikan juga senarai sekolah rendah terbaik di Melaka?

Kami akan kongsikan senarai LENGKAP tidak lama sahaja lagi

2. Apakah sekolah menengah terbaik di melaka?

Ada dikongsikan di jadual atas

P/S : Lepas ini, kalau boleh lebih banyak lagi sekolah-sekolah dari Melaka yang tersenarai untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Tak ghitu orang Melaka? 

PP/S: Kepada yang ingin SHARE artikel ranking sekolah terbaik melaka di Group Facebook & Whatapps rakan-rakan sekolah lama anda dahulu, dipersilakan!

Perigi Hang Tuah Melaka

perigi hang tuah melaka

Cuti sekolah dah dekat. Kalau korang nak tambah dalam senarai tempat bersejarah di Melaka yang mahu anda terjah atau nak tambah maklumat untuk cerita & misteri perigi Hang Tuah di Melaka ini boleh la.

Sejarah Perigi Hang Tuah

Masa pergi dulu seronok la jugak sebab kena buat report pasal perigi ni. Kalau nak tau best ke tak kena la datang sendiri untuk tau sendiri suasana kat sini ye. Ni ada serba sedikit pasal perigi yang menjadi bualan ramai selama ini:

misteri dan sejarah perigi hang tuah melaka

  • Mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 1511).
  • Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Jambatan Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
  • Asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam.
  • Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang.
  • Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
  • Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Sehingga popularnya istilah ‘buaya putih perigi hang tuah’. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.
  • Kata orang, air perigi ini boleh dibuat ubat. Wallahualam

SUMBER: http://www.malacca.ws/attractions/perigi-hang-tuah.htm

Lokasi

  •  Terletak di Kampung Jambatan Duyong, Melaka
  •  Jaraknya lebih kurang 7 km dari Bandar Melaka

Waktu Operasi dan Bayaran

  • Ditanggung percuma.
  • Boleh datang bila-bila masa. Asal waktunya sesuai.

Soalan Lazim & FAQ

1. Berapa harga tiket perigi hang tuah

FREE dan PERCUMA

Rumah Tradisional Melayu Melaka

rumah tradisional melaka

Rumah Tradisional Melayu Melaka. Seni Rekabentuk Asli Orang Lama untuk tangga batu dan keunikan serambi kampung

Pada zaman sekarang ni payah dah untuk kita lihat atau nampak rumah yang original tradisi nih sebab banyak dikatakan ketinggalan zaman dan faktor kayu yang mahal serta tukang membuat rumah sebegini payah ditemui..

Pun begitu, rumah sebegini tidak boleh di dibuang begitu sahaja kerana jika tidak ada yang mewarisinya sudah pasti anak-anak kita tidak berpeluang untuk melihat sendiri rumah seperti itu..

1. Pengenalan

rumah tradisional melakaRumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.

Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.

Halaman Rumah Tradisional di Melaka ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga yang menarik dan cantik yang menyerikan suasana disekeliling.

2. Pelan Rumah Tradisional Melaka

Rumah Tradisional Melaka.Mari Tengok.Gambar di atas adalah pelan di mana rumah tradisional melaka di bina.Setiap rumah menggunakan ciri-ciri yang sama tetapi dengan corak pahatan yang berlainan mengikut kehendak tuan rumah.Reka bentuk ini membezakan rumah-rumah tradisional di negeri lain

3. Tangga Batu Rumah Tradisional Melaka

Gambar tangga rumah Melaka yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional..Lantai yang berwarna merah dengan jubin yang bercorak bunga..Ianya menaikkan lagi keceriaan rumah

4. Tingkap

Tingkap yang mempunyai pahatan yang menarik dan unik sudah sukar untuk di temui pada masa kini..

5. Rumah Serambi Melaka

Sesuai untuk berkumpul pada waktu petang beramai-ramai

6. Ruang Ibu

DALAM Rumah Tradisional Melaka..Mari Tengok..

Ruang dalam rumah ini di panggil ruang ibi kerana ianya ruang yang besar dan mempunyai bilik tidur

7. Tebar Layar Dan Bumbung

Bumbung dan tebar layar juga melambangkan bentuk rumah Melaka

P/S: Tempat-tempat yang masih mengekalkan Rumah Tradisional Melaka di Melaka adalah di kawasan-kawasan kampung di sekitar Melaka.. Ianya di Kampung Merlimau, Berisu dan lain-lain..Tetapi kebanyakkan kampung sudah membina rumah batu sepenuhnya kerana harga pasaran bagi kayu melambung tinggi.