10-12g agar-agar (saya menggunakan agar-agar bertali)
1 biji telur
3 helai daun pandan
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220g sahaja)
1 sudu gula pasir
1 sudu besar gula merah thai
½ sudu kecil garam
Cara Masak Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka
Telur dipukul bersama santan pekat, dan seterusnya ditapis dan diketepikan. Ini bagi mengelakkan ketulan telur putih yang tidak sekata apabila dimasak nanti.
Gula merah Thai, gula Melaka dan gula pasir dimasak sekali sehingga larut dan kemudian ditapis. Agar-agar dimasak sekali bersama air gula tadi dan daun pandan hingga cair.
Santan cair dan garam dimasukkan dan dikacau sebati.
Bancuhan santan pekat dimasukkan dan dikacau hingga mendidih. Selama 2-3 minit teruskan mengacau sehingga mendidih supaya akan terbentuk cantik gumpalan hakus.
Akhir sekali, dituang ke dalam loyang dan sejukkannya.
Kehebatan kuih keria gula Melaka Antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka telah menyebabkan Resepi Keria Gula Melaka sangat viral di media sosial.
Ramai yang sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya semata-mata untuk membeli kuih keria yang sedap dan sangat istimewa itu.
Anda boleh cuba mengikuti resepi di bawah ini jika teringin untuk cuba buat sendiri di rumah kerana kami sudah cuba berkali-kali untuk menghasilkan resepi keria yang sedap dan memikat selera.
Untuk ubi keledek pula, keledek putih atau kuning lebih sesuai digunakan berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih enak dan tidak lembik apabila direbus.
Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tidak memerlukan tepung yang banyak. Baking powder pula digunakan untuk menghasilkan kuih yang lebih gebu dan montok. Keistimewaan kuih ini seperti yang kita maklum terletak pada 3 jenis gula iaitu:
800g ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar ubi keledek)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
Bahan Untuk Salutan Sira / Gula Melaka
1 sudu besar gula putih
1 sudu besar gula batu
1 ketul gula melaka
½ cawan air
Cara Masak Kuih Keria Melaka
Ubi direbus hingga empuk dan airnya ditoskan. Tumbuk halus ubi dengan menggunakan lesung batu apabila ubi sudah sejuk dan tarik keluar urat-urat kasar daripada ubi keledek. Untuk menghancurkan keledek, anda boleh menggunakan ‘potato masher’.
Tepung ditambah sedikit demi sedikit sehingga doh kurang melekat.
Bebola doh dileperkan dan buat lubang di tengah.
Ulangi proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga warna perang.
Kuih keria yang digoreng tadi digaul atau dikacau dalam gula yang pekat yang sedang mendidih hingga sekata.Cara Untuk
Cara Salutan Sira / Gula Melaka
Gula ditumbuk halus dan dimasak di dalam kuali sehingga pekat dan mendidih.
Sedia untuk digaul kuih keria anda.
Tips
Tidak mengapa sekiranya doh melekat sedikit. Sebelum anda menggentel doh, tepung boleh disapukan sedikit pada tangan anda dan bentukkan menjadi bulat.
Dinasihatkan untuk tidak terlalu kerap terbalikkan kuih semasa menggoreng kuih keria kerana ia akan menyerap minyak lebih banyak.
Resepi Buah Melaka atau Kuih Onde Onde Melaka yang sedap dan lembut sangat sehingag cair di mulut
PERKARA
BUTIRANNYA
Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
10 minit
Jumlah Hidangan
4 orang
Hai semua, kali ini kami akan berkongsi resepi kuih legend kegemaran ramai iaitu buah melaka ataupun mesra dipanggil kuih onde-onde melaka.
Buah melaka atau onde-onde yang sedap dimakan haruslah sedikit kenyal, tidak terlalu keras, apabila digigit gula di tengahnya akan pecah cair dan rasa sedap daripada lemak masin salutan kelapa parut.
Daun pandan digunting kasar, kisarkan dengan air dan tapis, kemudian, airnya diambil.
Masukkan tepung beras dan tepung pulut.
Air daun pandan dituangkan sedikit demi sedikit.
Pewarna hijau pun boleh dimasukkan (pilihan)
Kemudian, uli hingga menjadi doh dan ketepikan.
Potong kepada kiub kecil gula melaka atau gula nisan.
Sementara itu, kepala parut digaulkan dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (kelapa parut boleh dikukus terlebih dahulu untuk tahan lebih lama).
Seterusnya, secubit doh diambil, uli bulat dan leperkan.
Gula diletakkan di tengah, ditutup rapat dan dibulatkan secara sekata.
Panaskan air dan kuantiti air perlulah banyak untuk mengelakkan ia menjadi sangat padat dan mempunyai ruang untuk buah melaka timbul apabila masak nanti.
Api perlulah sederhana sahaja, tidak perlu kuat sangat kerana takut inti gula masih keras apabila sudah terapung di atas.
Anda boleh angkat apabila sudah terapung dan gaul bersama kelapa parut ketika masih lagi panas.
Tips: Dinasihatkan doh jangan terlalu sedikit kerana khuatir akan pecah keluar air gula apabila rebus nanti.
Tadika bukanlah sekadar tempat belajar ABC, mengeja atau belajar suku kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia lebih kepada persediaan ke sekolah rendah pada umur 7 tahun nanti dan untuk membentuk sahsiah diri anak.
Anak anda perlu belajar Bahasa Mandarin dan Kantonis jika ada yang mahu hantar ke tadika Cina.
Sebenarnya dalam pemilihan tadika anda perlu mengambil kira banyak faktor. Kami sertakan panduan dan tips pilih tadika yang terbaik untuk anak-anak kita. Antara kriteria yang penting adalah seperti berikut:
1. Guru Bertauliah
Pastikan yang mengajar anak kita adalah guru yang benar-benar bertauliah. Perangai pelajar cilik berbeza dengan pelajar dewasa.
Guru dan tenaga pelajar yang bertauliah sudah semestinya yang telah menjalani kursus khas untuk menangani dan menguruskan kanak-kanak.
Pastikan kelayakan yang diiktiraf dimiliki oleh guru taska. Mereka lebih memahami psikologi kanak-kanak.
Rancangan pengajian harian perlu dilakukan oleh guru untuk tadika mereka. Perlu diingatkan tugas guru tadika bukanlah mudah. Bukan asal boleh sahaja untuk menjadi guru tadika.
2. Modul Pengajaran & Kurikulum
Pengajaran dan aturan pembelajaran mengikut umur kanak-kanak bergantung pada kurikulum. Kurikulum yang sama kebiasaannya dimiliki untuk setiap francais.
Tetapi ada juga yang mempunyai kurikulum sendiri. Sila baca dan fahamkan dengan jelas pengajaran yang ditawarkan dan bakal diajar pada anak kita.
Dinasihatkan untuk tidak tangkap muat sahaja. Modul pembelajaran tadika mestilah dengan latihan yang sepatutnya bagi membantu meningkatkan pengetahuan anak-anak kita.
3. Penerapan Agama Islam
Kita sebagai ibu bapa bukan hanya sekadar mengajar anak mengenai perkara duniawi sahaja. Tidak salah jika fasih dan pandai Berbahasa Inggeris.
Cuma tambah lebih nilai dengan memasukkan anak ke tadika yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam pembelajaran. Sesetengah tadika menawarkan pembelajaran Iqra’ seawall umur 4 tahun selepas sesi pembelajaran.
Oleh yang demikian, janganlah lepaskan peluang ini. Lebih baik mereka belajar ilmu agama daripada masa terbazir dengan permainan yang bukan-bukan.
4. Lokasi
Mungkin tiada tadika yang menarik minat kita dalam satu taman itu. Jadi, mungkin terpaksa pergi ke taman sebelah. Tadika yang sesuai dan berdekatan dengan tempat kerja mesti bijak dipilih oleh ibu-bapa.
Ini kerana mudah untuk kembali ke tadika untuk melihat anak jika ada apa-apa masalah.
5. Yuran Bulanan Tadika
Ada juga tadika yang harganya melampau-lampau. Ada juga yang sederhana harganya dan juga yang murah harganya. Jadi, tepuk seluar anda, tanya poket! Tadika yang murah tidak semestinya tidak bagus.
Sama juga seperti tadika yang yurannya mahal belum tentu bagus. Ada juga yang sanggup habis ribuan ringgit dengan membayar ikut semester di tadika swasta. Katanya, “Alaaaaa. Ini satu pelaburan untuk anak-anak juga”.
Seperkara lagi yang perlu anda ambil fikirkan juga adalah jumlah keseluruhan kos kerana adakah sudah termasuk kos penghantaran dari rumah ke tadika dan juga dari tadika ke sekolah?
Adakah mengaji perlu bayar dibayar berasingan? Adakah yuran ‘daycare’ juga dibayar asing? Yang paling penting di sini adalah anda mestilah mengikut kemampuan anda. Setakat ini tiada organisasi yang memantau harga yuran bulanan tadika. Oleh itu, rajinkan mulut untuk bertanya.
6. Pemilik Tadika Melaka
Tadika kerajaan seperti tadika kemas sudah tentulah pemiliknya merupakan Kerajaan Malaysia. Mengapakah pilih tadika swasta?
Cuba anda bertanya dan berkenalan dengan pemilik tadika. Adakah semata-mata beliau seorang ‘businessman’ ataupun ‘businesswoman’? Pernah ke anda nampak mereka bersama anak-anak? Anda perlu berfikir dua kali jika pemilik tadika tidak mahu meluangkan masa di tadika mereka sendiri dan hanya mementingkan keuntungan sahaja.
Carilah pemilik tadika yang mempunyai ‘passion’ atau minat pada Pendidikan awal kanak-kanak. Anda boleh memberanikan diri dengan bertanya objektif membuka tadika kepada mereka?
7. Keadaan Tadika di Melaka
Berbalik pada isu sekiranya pemilik tadika hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata pasti mereka akan seperti tidak acuh atau cakna dengan keselesaan anak-anak.
Akan ada isu seperti bilik yang sempit, berbau, perabot dan kerusi meja yang sudah lusuh ataupun siling bocor. Kita mesti mahukan anak kita selesa untuk proses pembelajaran hariannya.
Tambahan lagi, kita mahu mengelakkan anak daripada dihinggapi penyakit jikalau tadika yang diduduki tidak selesa dan tidak bersih.
Anda boleh terlebih dahulu perlu melawat tadika tersebut. Lihat sendiri dengan mata kasar. Biar kita berpuas hati dengan keputusan yang diambil.
Ibu bapa pastinya dalam dilema untuk pilih tempat yang terbaik apabila sudah sampai masanya untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh di melaka.
Dalam artikel ini kamiakan berkongsi beberapa panduan, tips dan cara pilih taska untuk anak-anak anda di negeri Melaka.
Beberapa kajian dan bertanya pada orang yang berpengalaman sebelum kami mengeluarkan artikel ini bagi membantu anda dalam memulakan pemilihan taska untuk anak anda kelak.
1.Lokasi
Sebenarnya pemilihan lokasi adalah sangat penting. Jarak dan masa perjalanan dari rumah perlulah diambil kira.
Radius lokasi taska tidak lebih daripada 8km dari rumah dan lebih memudahkan lokasi taska terletak dalam perjalanan ke tempat kerja.
Jumlah lampu isyarat, keadaan trafik pada waktu pagi dan juga pusingan U-turn juga penting. Semua aspek itu diambil kira kerana melibatkan faktor masa terutama pada waktu pagi kebiasaannya berlaku kesesakan jalan raya. Nampak simple bukan?
Ini anda akan nampak kesannya apabila berlaku kes kecemasan melibatkan anak anda, dan memerlukan tindakan segera daripada anda.
2.Taska atau Rumah Pengasuh Melaka
Pastinya seperti kebiasannya ibu bapa yang lain keputusan sama ada untuk pilih taska atau rumah pengasuh sukar untuk diputuskan. Ada yang berpendapat lebih baik hantar ke rumah pengasuh kerana mereka akan melayan anak kita seperti anak sendiri. Perhatian pula kurang diberikan oleh cikgu dan guru taska disebabkan ramai kanak-kanak.
Oleh sebab itu, keputusan yang rasional perlu dilakukan. Sebagai contoh, kami telah membuat tinjauan 3 rumah pengasuh (Rumah A, B, C) dan 4 buah taska (taska A, B, C, D) yang berhampiran dengan kawasan rumah.
Secara jujurnya dengan berbekalkan sedikit ilmu ‘parenting’, kami simpulkan bahawa taska dipilih berbanding rumah pengasuh atas beberapa faktor seperti:
Kebersihan terutama tandas. Faham sahajalah jika tandas berkongsi dengan orang dewasa.
Keadaan yang kurang selamat terutama di bahagian dapur. Soal keselamatan amat penting lebih-lebih lagi keadaan dapur agak terbuka. Jadi, kurang bersesuaian untuk anak dalam fasa anak tengah membesar dan suka explore.
Rumah pengasuh termasuk penghuni yang berkeluarga (isteri dan anak-anak), jadi tidak sesuai persekitaran tersebut disebabkan perbezaan usia yang ketara
Pengisian seharian anak-anak seperti aktiviti yang berfaedah untuk membantu perkembangan anak-anak agak kurang selain dihidangkan dengan tontonan kartun di televisyen.
Bayaran yuran taska dan pengasuh hampir sama sahaja.=
3. Bayaran
Bajet atau bayaran untuk anak pun sangatlah penting. Cas dan yuran akan dikenakan mengikut umur anak di kebanyakkan taska atau pengasuh di Melaka.
Dan yang pastinya bayaran adalah lebih mahal bagi bayi berbanding kanak-kanak 1 tahun ke atas. Kadar yuran untuk bayi adalah sebanyak RM400-450 sebulan untuk di negeri Melaka.
Manakala bayaran sebanyak RM350-400 untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas.
RM5-RM10 pula untuk bayaran untuk tambahan atau lebihan masa. Belum lagi termasuk yuran pendaftaran / tahunan yang perlu diperuntukkan sebanyak RM50-RM150, baju seragam dan buku log.
Di bawah ini kami simpulkan perbandingan kebaikan dan kekurangan antara Taska A, B, C, D berdasar dapatan yang telah kami lakukan sebagai contoh perbandingan
Taska A:
Yuran: RM350/bulan, OT/6jam
Lokasi: Dalam kawasan perumahan
Kelebihan: Berdekatan dengan kawasan rumah
Kekurangan: Di taska hanya menempatkan kanak-kanak 3 tahun ke atas, bawah 3 tahun akan ditempatkan di rumah
Taska B:
Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
Lokasi: Luar kawasan rumah, belakang rumah
Kelebihan: Berdekatan dengan kawasan rumah, setiap pagi disediakan pengangkutan dari rumah
Kekurangan: Tidak berdaftar, aktiviti yang disediakan kurang menarik, kanak-kanak terlalu ramai dan bercampur dengan pelajar sekolah rendah transit.
Taska C:
Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
Lokasi: 4-5km dari rumah
Kelebihan: Lokasinya terletak dalam perjalanan ke tempat kerja dan dekat sahaja, tempat tidur lelaki dan perempuan diasingkan, aktiviti kanak-kanak menarik
Kekurangan: Untuk kanak-kanak berumur 1-2 tahun, kawasan bermain dan pembelajarannya sempit dan kurang selamat kerana dekat dengan tangga bahagian di atas.
Taska D:
Yuran: RM400 sebulan OT RM8 /jam
Lokasi: 6km dari rumah dan jauh sedikit berbanding dari Taska A, B dan C
Kelebihan: Terdapat CCTV, pembelajaran menggunakan modul PERMATA dan menggunakan buku log aktiviti PERMATA, terdapat senarai menu makanan, tempat tidur lelaki dan perempuan diasingkan, pemilik mempunyai sijil kelayakkan
Kekurangan: Yuran lebih mahal berbanding taska lain. Agak sedikit jauh dari rumah, banyak lampu isyarat yang perlu dilalui tetapi ada jalan alternatif.
Jika diberikan perbandingan seperti di atas, mana satu taska yang menjadi pilihan anda semua?
4.Soalan Yang Perlu Ditanya
Apakah soalan yang perlu ditanya di tempat asuhan anak-anak di melaka ketika proses survey? Nampak mudah tetapi sebenarnya ini sangatlah perlu sebelum buat sebarang keputusan. Bayaran yuran adalah soalan yang ditanya kemudian.
Waktu operasi taska melaka. Kebiasaannya bermula seawall 7.00 pagi – 6.30 petang. OT akan dikenakan jika lebih awal atau lebih lambat daripada waktu operasi.
Apakah makanan yang akan disediakan? Berapa kali dalam sehari waktu makan?
Apakah menu makanan yang disediakan? Minta kebenaran untuk membawa bekalan dari rumah jikalau menu rasa tidak sesuai untuk anak.
Berapa kali mandi sehari? Terdapat sesetengah taska tidak akan mandikan anak pada waktu pagi. Jadi sebelum hantar ke taska, penjaga haruslah mandikan anak terlebih dahulu.
Berapa kali pampers ditukar dalam sehari? Ada sesetengah taska hanya akan mandikan anak-anak sehari sekali sahaja dan tukarkan pampers sahaja.
Berapa kali kekerapan susu akan diberikan kepada anak-anak?
Pukul berapa waktu tidur anak dan berapa kali anak akan tidur?
Minta kebenaran untuk melihat tempat tidur yang disediakan. Lihat jenis tilam ataupun katil yang digunakan. Pastikan tempat tidur yang disediakan dalam keadaan bersih dan selesa.
Minta kebenaran untuk melihat tandas tempat anak dimandikan.
Minta kebenaran untuk lihat tempat anak belajar dan bermain. Pastikan tempat tersebut selamat dan bersih. Pastikan tiada peralatan elektrik, perabot yang membenarkan anak untuk bermain lasak. Lihat karpet atau alas tikar tempat anak bermain.
Tanyakan jumlah pengasuh dan kanak-kanak. Ini penting kerana hanya dibenarkan nisbah pengasuh dan kanak-kanak seperti berikut:
Usia 0-1 tahun – 1 pengasuh : 3 kanak-kanak (1P:3K)
Usia 1-2 tahun – 1 pengasuh : 5 kanak-kanak (1P:5K)
Usia 2-4 tahun – 1 pengasuh : 10 kanak-kanak (1P:10K)
Tanyakan yuran bulanan taska dan bayaran lebih masa dikenakan di melaka.
Tanyakan yuran lain dan lain-lain yang berkaitan yang akan dikenakan.
Mengapa kita bertanya harga dan bayaran taska pada penghujung soalan? Supaya penilaian kita lebih terbuka. Ini kerana kita akan jadi terus tidak beminat untuk survey apabila kita mengetahui harga yuran yang mahal. Sedangkan yuran mahal berbanding taska lain disebabkan kelebihannya yang mungkin lebih banyak.
5.Buat Keputusan
Berbincang dengan pasangan dan lakukan istikharah selepas selesai survey beberapa taska. Buat pilihan yang terbaik untuk anak anda agar anda tidak menyesal kemudian hari. Penglibatan pasangan dalam pemilihan taska sangatlah penting supaya suami isteri boleh bekerjasama dan memahami rutin anak-anak.
Maklumkan kepada pihak taska dan buat pengesahan untuk kemasukan tarikh jika sudah buat pilihan. Ibu bapa akan diberikan borang untuk mengisikan maklumat anak dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Akhir sekali, banyakkan berdoa kepada Tuhan supaya anak-anak dan keluarga kita terjaga dan terpelihara dengan selamat.
Resepi Asam Pedas Melaka Simple dan Sedap dan cepat viral kalau dah rasa sekali
Mesti anda akan teringat-ingat asam pedas yang pekat lagi pedas bagi sesiapa yang pernah pergi bercuti di Melaka.
Memang cukup rasanya, sedap tidak terkata! Kini, anda tidak perlu lagi ke Melaka jikalau teringin nak makan lagi asam pedas Melaka.
Anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Di bawah ini saya kongsikan resepi asam pedas yang sedap dan menggunakan resipi yang asal dari turun temurun orang melaka sendiri. Selamat mencuba semua!
Resepi Puding Sagu Melaka yang sedap dan cara masak yang simple dan senang
PERKARA
BUTIRANNYA
Masa Penyediaan
45 minit
Masa Memasak
10 minit
Jumlah Hidangan
18-20 biji
Resepi Puding Sagu Gula Melaka adalah satu hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa atau keramaian. Ia akan kelihatan sangat versatile walaupun resepinya mudah jika ia dihidangkan dengan kemas dan cantik.
Ada tips bergunanya untuk menghilangkan kanji dengan membilas sagu. Dengan cara demikian, sagu akan terbentuk dengan cantik dan lebih kental.
Sukatan cawan digunakan untuk resipi ini supaya lebih mudah dan cepat.
Rasa akan lebih sedap lagi jika anda menggunakan santan segar untuk kuah santannya.
Biji sagu direndam di dalam air selama ½ jam. Anggaran air hingga tenggelam dua ruas jari.
Sagu direbus di atas api yang perlahan hinggalah warna putih di tengah-tengah biji hilang. Untuk memastikan sagu masak dengan sempurna, anda boleh tambahkan sedikit air sekiranya kurang.
Sagu dituang di atas penapis dan dibilas dengan air mengalir agar kanjinya keluar.
Sagu ditoskan dan pewarna kesukaan anda boleh dimasukkan. Kacaukan sekata. Kemudian, sagu disudukan ke dalam acuan disejukkan selama 30 minit di dalam peti ais. Apabila sejuk, sagu akan terbentuk dan kental.
Acuan dikeluarkan dan dihidangkan bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara untuk buat kuah santan:
Santan dimasak di atas api yang perlahan bersama daun pandan, tepung beras dan garam.
Supaya santan tidak berketul anda digalakkkan untuk kacau sekata. Angkat dan sejukkan apabila kuah sudah mendidih dan pekat.
Cara untuk buat sirap gula melaka:
Air dimasukkan di dalam periuk bersama gula pasir, gula Melaka, gula merah Thai dan daun pandan.
Masak hingga sirap mendidih dan hilang ketulan gula. Kacau sirap sebati.
Tapis dan sejukkan.
Tips
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit masin dan pekat. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis daripada sirap gula melaka.
Sirap gula Melaka: Gula merah Thai ditambah kerana warnanya yang pekat kehitaman dan rasanya yang sedap. Warna yang akan terhasil sangatlah cantik dan rasanya sangat sedap apabila dimasak bersama gula melaka.