Jual Buah Potong Melaka, Wan Fruities Hanya Jual Yang Segar
Usahawan buah potong Melaka ini namanya Norredzuan Ahmad atau dengan panggilan mesra Wan ataupun juga Wan Janggut semakin dikenali ramai apabila bisnes dan perniagaan buah potong yang diusahakannya semakin berkembang maju.
Dengan label Wan Fruities, saudara Wan jual buah yang baru dan segar setiap hari seperti buah jambu, betik, nanas, tembikai, mangga dan juga tembikai susu. Sama sekali tidak dikitar semula bagi memberikan kualiti buah yang terbaik kepada pelanggannya. Malah saudara Wan akan mula proses bekalan buah yang diterimanya setiap hari seawal pukul 4 pagi.
Raja Buah Potong Melaka
Lokasi di hadapan Bank CIMB Melaka Baru telah dipilih bagi menjalankan bisnes buah potong Melaka sejak 4 tahun lalu. Selain daripada buah-buahan yang segar, kekuatan dan kesedapan rasanya terletak pada adunan serbuk asam yang dibuatnya sendiri.
Terkini, Wan Fruities sudah jadi supplier buah potong dan bisnes serbuk asam dan sudah pun mula mendapat permintaan sehingga ke Shah Alam, Ipoh Perak, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Kuantan hasil daripada hebahan pelanggan yang sudah merasai sendiri keaslian dan kesedapan serbuk asam ciptaannya itu.
- FREE DELIVERY: Untuk tempahan 10 bungkus dan ke atas, Wan Fruities sedia hantar di kawasan anda secara PERCUMA untuk hari isnin hingga Jumaat bermula dari 12 tengahari hingga 5 petang.
- Tempahan untuk Majlis: Wan fruities ada menerima tempahan dan membekalkan buah potong segar untuk majlis perkahwinan ataupun kenduri.
BACA SINI: Kilang Leuze Electronic Melaka dibuka
Hubungi Wan Fruities
- Lokasi Berniaga: Di hadapan Bank CIMB Melaka Baru
- Waktu Operasi: Dari Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 10 malam
- Nombor Telefon Wan Fruities: 019-6496006
- Instagram: https://www.instagram.com/wanfruities/