Bantuan COVID 19 Melaka: Panduan Bantuan untuk Orang Melaka

Bantuan Covid 19 Melaka oleh Kerajaan Negeri

Senarai insentif khas susulan wabak COVID-19 telah diumumkan Kerajaan Negeri untuk rakyat negeri yang berkuat kuasa bulan ini. Insentif berkenaan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM6.53 juta dimaklumkan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali dalam satu kenyataan.

Peruntukan khas juga terbabit dalam senarai bantuan covid 19 melaka ini yang diberikan kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang menggalas tugas merawat serta mengawal wabak COVID-19 daripada menular. Selain itu, turut disediakan insentif untuk peniaga kecil dan penjaja.

  1. Tangguhan bayaran denda lewat cuai petak dan strata,
  2. Penangguhan bayaran denda lewat cukai tanah
  3. Penangguhan bayaran pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) telah dipersetujui Kerajaan Negeri.
  4. Bayaran bil air untuk bulan Mac dibenarkan untuk ditangguhkan
  5. Bayaran bil air (Mac dan April)
  6. Bayaran sewa rumah milik kerajaan negeri akan dikurangkan

Bantuan Khas MAIM COVID-19 Negeri Melaka

Majlis Agama Islam Melaka dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sebanyak 6 bantuan khas telah diberikan bagi Pemberian Bantuan Khas MAIM COVID-19 Negeri Melaka bagi meringankan beban yang ditanggung seperti cara berikut :

Bantuan Khas COVID-19 oleh MAIM Negeri Melaka

Jumlah Keseluruhan : RM3,932,910

  1. Sebanyak RM100 diberikan kepada 8640 orang penerima miskin, muallaf dan asnaf fakir di bawah Bantuan Makanan Tambahan Bulanan. Jumlah yang diperuntukkan adalah RM864,000.
  2. Bagi mereka yang terputus bekalan makanan (bukan asnaf) diberikan Bantuan Makanan Kecemasan. Jumlah yang diperuntukkan adalah RM175,000.
  3. Sepanjang tempoh PKP 18-31 Mac 2020, Bantuan Sukarelawan Asnaf diberikan kepada 289 sukarelawan asnaf dengan bayaran penuh bagi setengah bulan RM260. Jumlah yang diperuntukkan adalah RM75,140.
  4. Bantuan Pencegahan dan Rawatan Covid-19 kepada Hospital Mlekaa, Hospital Jasin, dan Hospital Alor Gajah. Jumlah yang diperuntukkan adalah RM17,000.
  5. Bantuan Pusat Kuarantin Melaka (CREaTE) bagi pembelian bekas meletak makanan (PUI) serta barangan makanan kering. Jumlah yang diperuntukkan adalah RM5,000.
  6. Untuk Frontliner Polis Di Raja Malaysia, Bantuan Frontliner PDRM bagi pembelian makanan bermasak.
  7. Bantuan Pelajar Melaka di Mesir dan Jordan iaitu pelajar Mesir mendapat RM200, manakala RM300 bagi pelajar Jordan. Jumlah pelajar adalah seramai 309 orang dan jumlah peruntukannya adalah RM63,800.
  8. Bantuan Penjaja dan Peniaga Kecil iaitu sebanyak RM500 diberikan untuk 300 orang yang terbabit. Bantuan ini telah ditutup pada 27 Mac 2020.
  9. Bantuan Lain-Lain adalah yang berkaitan dengan wabak Covid-19. Peruntukan bantuan ini adalah RM6,300.
  10. Bantuan Makanan Bulanan: Bagi asnaf fakir, muallaf dan asnaf fakir, proses pengambilan makanan bulanan April diawalkan pada Mac 2020. Jumlah yang diperuntukkan adalah RM1,584,400.
  11. Bantuan Bulanan Bank: Diawalkan kepada 15 Mac 2020 bagi Bantuan Bulanan melalui bank bagi Bulan Mac. Jumlah peruntukan adalah RM833,250.
  12. Bantuan Tunai: Yang sebelum ini, bantuan diberikan secara tunai (by hand) kepada asnaf, dikreditkan secara EFT ke dalam akaun bank penerima / waris.

P/S: Kongsikan juga senarai bantuan covid 19 Melaka yang diumumkan kerajaan Melaka ini di FACEBOOK & WHATAPPS GROUP kawan2 dan family terdekat anda