EKasih Daftar Permohonan dan Semakan Pendaftaran. Antara perkara penting yang perlu dibasmi / dibendung oleh setiap negara di dunia adalah kemiskinan.

Cara Daftar eKasih Dan Semakan Pendaftaran Online

Di Malaysia, sistem ini diwujudkan iaitu satu sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin di mana ia membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Kementerian / agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan penduduk telah menjadikan sistem ini sebagai rujukan.

Buat panduan mereka yang berkenaan, berikut kami kongsikan kepada anda cara daftar ekasih dan semakan keputusan pendaftaran secara online. Berikut adalah ciri-ciri utama sistem ini :

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Maklumat bantuan diselaraskan
  3. Maklumat kemiskinan dikemaskini secara online
  4. Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) dikira secara automatik berpandukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  5. Laporan dan statistik kemiskinan dijana.
  6. Poverty mapping dan kemiskinan dipantau

BACA SINI: Jom Mohon Bantuan Prihatin Nasional

Borang Daftar EKasih

Untuk membuat pendaftaran, maklumat berikut boleh dirujuk bagi individu yang ingin mendaftar melalui mekanisme pendaftaran terbuka e-Kasih.

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar. Golongan berpendapatan rendah berpandukan kepada kriteria atau syarikat yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Adalah digalakkan / layak untuk mendaftar bagi semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan RM1,000 sebulan (Luar Bandar) atau RM1,500 sebulan (Bandar).

Orang awam / individu boleh hadirkan diri ke Pejabat Daerah yang berdekatan atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau melalui surat atau emel rasmi, telefon atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Pendapatan Garis Kemiskinan Semasa (PGK) Yang Digunakan

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) menyediakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan isi rumah (bulanan) yang diberikan setiap 2 tahun sekali. Berikut di bawah ini adalah PGK semasa :

pendapatan garis kemiskinan

Proses Pendaftaran eKasih

Buat rujukan semua, berikut adalah Proses Kerja Permohonan Is Rumah untuk Didaftarkan Masuk ke Dalam Sistem eKasih :

portal pembasmian kemiskinan

Semakan Permohonan Pendaftaran EKasih Secara Online

Pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JOM) melalui Jab Pembangunan Persekutuan / Pej Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) boleh dihubungi untuk membuat semakan e-Kasih sama ada nama telah didaftarkan ataupun tidak dengan hanya memberikan butiran seperti Nama, No. Kad Pengenalan, alama emel/ surat menyurat atau No. Telefon yang boleh dihubungi.

Untuk semakan pendaftaran EKasih secara online, melalui pautan berikut adalah piihan anternatif yang paling mudah untuk dilakukan:

Semakan Pendaftaran E-Kasih Online

  • No Kad Pengenalan dimasukkan
  • Klik untuk Cari

Terma Rujukan

  • Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan isi rumah yang diberikan tanggungjawab atau bertanggungjawab ke atas kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
  • Penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih adalah Ahli Isi Rumah (AIR).
  • Senarai penerima bantuan agensi yang masih belum diverifikasi adalah SBP.

Maklumat Lanjut

Sila layari Portal Rasmi Pembasmian Kemiskininan E-Kasih di pautan berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap :

Anda boleh memuat turun manual pengguna di bawah

Sistem ini yang diwujudkan perlu dimanfaatkan orang ramai dengan pemberian serta pemakluman maklumat berkaitan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk berkenaan dengan menggunakan borang pemakluman online (dalam talian).

Nombor Telefon Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Jika anda masih ada sebarang persoalan berbangkit, boleh terus hubungi nombor Pejabat Pembangunan Negeri Melaka bagi negeri Melaka seperti yang kami kongsikan di bawah ini. Kepada negeri negeri lain, boleh dapatkan butiran di bawah ini

PERKARA BUTIRANNYA
Kuala Lumpur 03-40420260 @ 03-40420261
Perlis 04-9731976
Pahang 09-5178208
Negeri Sembilan (Seremban) 06-7659945
Selangor 03-55213600
Johor 07-2234777
Pejabat Daerah Melaka 06-3333333
Terengganu 09-6272000
Kelantan 09-7455000
Kedah 04-7209236
Pulau Pinang (Penang) 04-2185700
Sarawak 082-446582
Sabah 088-484800
Perak 05-2497400

NOTA: Kepada orang Melaka, anda boleh terus pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri Melaka yang mana ia terletak dalam bangunan Wisma Negeri, MITC Ayer Keroh. Boleh terus berjumpa dengan kakitangan bertugas di sana

Selamat melakukan semakan eKasih dan semoga pendaftaran anda berjaya.