Freeport Melaka Premium Outlet. Jikalau di Johor ada Johor Premium Outlet. Manakala berdekatan dengan Sepang, Kuala Lumpur International Airport KLIA, ada satu lagi premium outlet yang dikenali dengan Mitsui Premium Outlet.

Info Freeport Melaka Premium Outlet Melaka

Shopping di Melaka Premium Outlet atau juga dikenali dengan Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak berdekatan dengan Taman Tema Air A’famosa Melaka di Alor Gajah melaka.

PERKARAPAUTANNYA
Waktu OperasiBermula pukul 12 tengahari hingga 10 malam
Alamat & LokasiJalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Nombor Telefon06-552 8961
Portal Rasmihttps://freeportafamosa.com

Ada banyak jenama dan brand terkenal seperti G2000, Hush Puppies, Forever 21, Crocs, Nike, Timberland, Rip Curl, Triumph, Clarks dan banyak lagi tawaran hebat dan diskaun yang ada di sana.

Di bawah ini dikongsikan pautan untuk anda semak butiran untuk semua outlet yang tersenarai termasuklah butiran mengenai promosi yang terkini yang ditawarkan kepada anda jika datang ke sana.

Anda boleh semak setiap jenama yang ada dijual di pusat membeli belah ini untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan kepada anda bagi memudahkan perancangan anda shopping di sana kelak.

MyMelaka sendiri ada pengalaman shopping di sini, kami boleh katakan pakaian, baju, selur, kasut lebih murah berbanding shopping di Bandar Melaka. Cubalah. Sebelum pergi jalan jalan tempat menarik di Melaka, boleh singgah di sini dahulu. Berbaloi-baloi!

Melaka Premium Outlet Review

1. Zon Melaka bebas cukai yang berpatutan. Bukannya semua menawarkan jenama yang berkelas tinggi. Kebanyakan kedai adalah sesuai untuk M40 & B40
2. Harap ada lebih banyak tandas di shopping complex ini supaya kita semua tidak perlu berjalan jauh. Jikalau pada musim perayaan, boleh lihat banyak kedai menawarkan diskaun, sale, dan juga potongan harga. Terdapat juga persembahan tarian singa hari ini! Terbaik!
3. Semasa saya berkunjung ke sini, terdapat banyak potongan harga dan sale. Saya berjaya beli blaus, 2 helai seluar dan sepasang kasut sukan! Surau di sini berada dalam keadaan baik tetapi saya merasakan kedudukan paip di tempat wudhu agak rendah, jadi sukar untuk mengambil wudhu. Tandas di sini juga berada dalam keadaan baik dan bersih

Soalan Lazim & FAQ

1. Ada jenama & brand Braun Buffel di Freeport Melaka?

Tiada

2. Ada outlet NIKE & PUMA?

Ada

3. Ada jenama & brand Burberry ataupun Micheal Kors?

Tiada

4. Ada disediakan kemudahan surau di sini?

Ada. Bersih dan selesa untuk anda gunakan

5. Ada outlet Hugh Puppies?

Ada

6. Ada kedai aksesori gadjet atau telefon bimbit atau smartphone?

TIADA

7. Adakah sama antara Freeport A Famosa dan Melaka premium Outlet ?

Ya. Sama

8. Ada atau tidak out kasut Clarks?

Ada