Hotel Melaka: Penginapan Terbaik di Bandar Hilir
Aktiviti perlancongan kini kian rancak selepas Covid-19 melanda negara. Hal ini dapat merancakkan kembali ekonomi negara yang telah merosot. Kebanyakkan pelancong tempatan dan pelancong asing memilih Melaka sebagai destinasi percutian mereka.
Ini kerana Melaka sangat terkenal dengan bandar-bandar bersejarah.
Kota A Famosa, Pantai Klebang, Jonker Street dan Menara Taming Sari menjadi tumpuan utama para pelancong dan ianya juga merupakan tempat popular yang dikunjungi oleh para pelancong.
Hotel di Bandar Melaka sentiasa menjadi pilihan pelancong kerana kedudukannya yang strategik yang membolehkan para pelancong untuk ke tempat tumpuan pelancong dengan hanya berjalan kaki.
Bukan itu sahaja, mereka juga boleh merasai menaiki beca yang berwarna warni mengelilingi Bandar Melaka. Hotel sekitar bandar juga dekat dengan kafe-kafe dan restoran yang menyajikan makanan terkenal Melaka iaitu asam pedas.
Melaka iaitu negeri yang juga terkenal dengan tinggalan sejarah di mana bangunan-bangunannya yang dipengaruhi oleh gaya seni bina Portugis, Belanda dan British. Melaka juga diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia disebabkan oleh terdapat banyak khazanah warisan dan tapak-tapak tinggalan sejarah.
Oleh sebab itu, banyak Hotel mengetengahkan konsep seni bina tinggalan penjajah di mana ianya unik dan klasik.
Nilai tradisional dan estetikanya masih dikekalkan oleh pemerintah Melaka bagi menunjukkan Melaka sebuah negeri bersejarah.
Suasana pada waktu malam yang meriah juga menyebabkan ramai pelancong memilih untuk menginap di Hotel sekitar bandar melaka ini.
Sebagai contoh, pelancong boleh menaiki cruise di Sungai Melaka sambil mendengar sejarah-sejarah Melaka yang diceritakan oleh pengendali cruise tersebut.
Bagi yang tinggal di Hotel sekitar bandar, mereka juga boleh berjalan-jalan berhampiran dengan Sungai Melaka di mana ianya penuh dengan kedai makan, pertunjukkan lampu dan banyak lagi.
Isi Kandungan (KLIK):
Senarai Hotel Bandar Melaka & di Bandar Hilir
BACA SINI >> Hotel murah melaka 2022 untuk Bajet Bawah RM100
1. Mahkota Hotel Melaka
Hotel ini terletak di Bandar Melaka, di mana ianya juga merupakan hotel yang cukup popular dalam kalangan para pelancong.
Lokasinya yang strategik berhampiran dengan Jonker Street, Hard Rock Café Melaka dan pusat beli belah Mahkota Parade memudahkan para pelancong ke tempat-tempat tarikan utama ini.
Hotel ini juga menyediakan fasiliti-fasiliti yang canggih dan moden serta keselesaan yang terjamin.
2. The Majestic Malacca Hotel
Hotel Majestic Melaka ini terletak di tengah-tengah bandar. Ianya berdekatan dengan Bandar Melaka. Konsep hotel ini mengetengahkan konsep warisan sejarah dimana struktur bangunannya yang unik dan elegan.
Hotel ini juga ditubuhkan pada 90 tahun yang lalu tetapi kini sudah dimodenkan tetapi masih mengekalkan konsep klasik dari segi hiasan dan fasilitinya.
Hotel ini juga dilengkapkan dengan unsur moden seperti adanya kolam renang, gim dan spa untuk kemudahan para pelancong yang menginap di hotel ini.
3. Hatten Hotel
Hatten Hotel terletak di Bandar Hilir Melaka. Konsep hotel ini adalah moden dan kontemporari.
Fasiliti seperti kolam renang, spa, restoran tingkat atas dengan permandangan bandar Melaka dan gim disediakan untuk penginap hotel ini.
Hotel ini juga mempunyai jejantas yang menghubungkan pusat belah di bandar Melaka memudahkan penginap untuk ke pusat beli belah dengan hanya berjalan kaki.
4. Moty Hotel Bandar Hilir Melaka
Moty Hotel yang terletak di Bandar Melaka berdekatan dengan semua tarikan pelancong seperti Menara Taming Sari, pusat beli belah Mahkota Parade dan banyak lagi.
Hotel 4 bintang yang kecil menyediakan bilik hotel deluxe yang biasa tetapi mewah dari segi dekorasinya. Kemudahan-kemudahan lain yang ada di hotel ini ialah kolam renang, spa jet pool, sauna dan bilik wap.
5. Casa Del Rio Hotel
Casa Del Rio Melaka merupakan hotel 5 bintang yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong yang inginkan percutian yang mewah. Hotel mewah ini terletak bersebelahan Sungai Melaka.
Hotel yang berkonsepkan pengaruh seni bina mediterranean & tempatan menjadi pilihan pelancong pada setiap cuti umum.
Pemandangan sungai Melaka dari balkoni hotel sangat menenangkan. Ianya juga terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan tempat tumpuan pelancong.
6. River Cruise Hotel
Hotel yang terletak betul-betul di sebelah sungai Melaka juga menjadi pilihan para pelancong. Bukan itu sahaja, ianya juga terletak berhampiran dengan tempat tarikan pelancong yang lain.
Hotel ini merupakan hotel 3 bintang yang mempunyai bilik hotel yang besar dan kemudahan-kemudahan yang canggih.
Lokasinya yang strategik membolehkan penginap menikmati suasana malam di balkoni hotel dan berhampiran dengannya terdapat restoran-restoran dan kafe.
7. Hotel Equatorial Melaka
Hotel Equatorial Melaka terletak di Bandar Hilir Melaka. Hotel ini merupakan antara hotel yang menjadii tumpuan pelancong apabila bercuti di Melaka.
Hotel ini juga terdapat lebih 200 bilik hotel yang mewah. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menyediakan kemudahan kolam mandi khas bagi wanita dan jakuzi luaran di sekitar kolam renang.
Di hotel ini juga terdapat gelanggang tenis, restoran mewah, sauna dan khidmat urut. Konsep yang diketengahkan ialah konsep moden dan elegen bagi dekorasi dan struktur hotel.
8. Ibis Melaka Hotel
Ibis Melaka merupakan hotel tengah bandar yang berkonsepkan dekorasi dalaman yang unik serta kombinasi perabot kayu yang klasik menjadikan hotel ini kelihatan mewah dan selesa.
Biliknya yang luas dan selesa menjadi pilihan pelancong.
Harga untuk semalaman juga berpatutan untuk kemudahan dan keselesan yang disajikan oleh Ibis Hotel ini.
9. Hotel Doubletree by Hilton Melaka
DoubleTree by Hilton Melaka merupakan hotel 5 bintang dari segala aspek terutamanya layanan, fasiliti dan kemudahan yang disediakan, keselesaan dan kedudukan hotel ini.
Hotel ini berkonsepkan hotel moden mewah menjadi pilihan pelancong yang inginkan keselesaan untuk percutian mewah mereka.
Lokasinya yang terletak di sebelah Element Mall memudahkan para pelancong untuk berbeli belah disitu. Antara tempat menarik yang berdekatan dengan hotel ini ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Pulau Melaka, Pasar Malam Jonker Street dan Porta de Santiago.
10. Ramada Hotel

TERKINI: HOTEL ini terpaksa DITUTUP akibat COVID 19
Ramadan Plaza Melaka terletak di bandar Melaka.
Terdapat 294 bilik hotel yang disediakan untuk pelancong. Kemudahan seperti restoran, gim, tempat sauna, pusat kecergasan dan gelanggang squasy boleh mengisi masa penginap untuk menikmati kemudahan-kemudahan ini sepanjang menginap di hotel ini.
Tempat tarikan juga berdekatan dengan hotel ini di mana ianya hanya dengan jarak berjalan kaki sahaja.