Penjual Mangga Asam Boi Melaka

Boleh dikatakan di mana mana sekarang ada sahaja penjual mangga asam boi di mana mana traffic light, apabila ada penjual pasti pembeli.

Trend itu sekarang sedang melonjak di negeri Melaka. Kita boleh lihat sekarang ini, setiap kali lamp isyarat merah, ada berkeliaran penjual ke arah satu persatu kereta jika ada yang berminat untuk membelinya.

Pendapatan Penjual Mangga Asam Boi

penjual mangga asam boi melaka

Berdasar pengakuan usahawan mangga asam boi ini, secara puratanya mereka mampu jual 15 ribu bekas dalam satu minggu sahaja.

Jadi, dalam tempoh sebulan senang-senang sahaja boleh cecah sehingga RM600,000 sebulan. Lumayan juga.

Itu sebablah kita boleh lihat lambakan penjual mangga asam boi di melaka contohnya.

Boleh Kena Saman atau Tidak

  • Boleh jika ada aduan yang diterima. Ini kerana ia tertakluk dengan undang undang sedia ada yang tertakluk KAEDAH 10A LN 166/59
  • Jika ada yang membuat aduan, pasti ada tindakan tegas kepada yang berkenaan

Diharapkan buat masa ini dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak majlis perbandaran hang tuah jaya dan pihak polis melaka, mendapat kerjasama daripada pihak penjual dan pembeli mangga asam boi.

Berhati-hati semasa menjalankan urusniaga di jalan raya melaka. Sama-sama jaga kesihatan diri.