Melaka Sentral Station adalah Terminal Utama Pengangkutan Awam di negeri Melaka. Ingat lagi dahulu apabila balik cuti sekolah dengan menaiki bas, akan turun terminal bas di The Store Melaka depan pusat membeli belah Ocean yang akan menjadi tumpuan. Naik pula bas M.O.S takpun bas SKA.
Isi Kandungan (KLIK):
Melaka Sentral Eticketing
Sekarang ini anda sudah boleh tempah tiket bas secara online.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Pautan Tempahan Melaka Sentral Secara Online | https://eticketing.melakasentral.com.my/ |
Melaka Sentral Car Parking Rate 2020 | RM2 untuk 24 jam pertama |
RM10 untuk setiap 24 jam seterusnya | |
Waktu Operasi Kaunter Tiket Melaka Sentral | 5 pagi hingga 12:15 pagi malam |
No Telefon Kaunter Tiket Melaka Sentral | +06-2881321 |
+019-6621342 |
Sejarah Melaka Sentral
Sekarang pusat Ocean sudah jadi sarang untuk ‘pekerja asing’ melepak dan jadi hub untuk kalangan yang mencari telefon bimbit yang baru. Dahulu punya cerita.
Sekarang ini Pusat dan Terminal Pengangkutan Awam di Melaka Sentral daripada bas panorama Melaka, bas ekspres sehingga ke teksi Melaka sudahpun dipindahkan ke kawasan yang lebih selesa dan luas iaitu di Melaka Sentral Station yang terletak di berhadapan dengan Pasar Besar Melaka.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Lokasi Melaka Sentral Bus Terminal | Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Panglima Awang |
Kos Pembinaan | RM610,000 |
Tahun Siap Pembinaan | Februari 2003 |
Tarikh Perasmian | 14 Mei 2004 |
Keluasan | 46.6 hektar |
RUJUK SINI: Boleh cuba bas panorama Melaka ketika anda ingin pusing-psuing dan jalan jalan di negeri Melaka
Harga Tiket Bas Melaka ke TBS
BAS | HARGA |
---|---|
KKKL Express | RM13.40 |
Delima Vision | RM10 |
Melor Interline Express | RM10 |
City Express | RM9.30 |
Tranasional | RM13.60 |
Mayang Sari | RM10 |
Eltabina Jaya Express | RM11 |
Kesatuan Express | RM13 |
Harga Tiket Bas ke Melaka Sentral
BAS | HARGA |
---|---|
KKKL Express | RM13.40 |
Delima Vision | RM10 |
Melor Interline Express | RM10 |
City Express | RM9.30 |
Tranasional | RM13.60 |
Mayang Sari | RM10 |
Eltabina Jaya Express | RM11 |
Kesatuan Express | RM13 |
Soalan Lazim & FAQ
1. Ada disediakan shower room di sini?
Maaf. Tiada
2. Ada surau disediakan di Melaka Sentral?
Ya. Ada. Ia terletak bersebelahan tandas
3. Ada disediakan kemudahan locker di sini untuk meletakkan beg luggage saya?
Ya. Ada. Caj dan rate yang dikenakan pada kadar RM5 untuk setiap 1 jam. Walaubagaimanakan, ruang locker yang ada hanya boleh memuatkan beg kecil sahaja
4. Adakah terminal bas Melaka Sentral buka 24 jam?
Ya betul 24 jam untuk kaunter dan kioks Melaka Sentral. Manakala kaunter bas ekspress akan dibuka bermula seawal 5 pagi hingga 12.15 pagi