Harga tiket Menara Taming Sari Melaka masuk tahun 2021

Info Menara Taming Sari Melaka

harga tiket menara taming sari melaka 2021

Dengan kos pembinaan sejumlah RM24 juta, kini rakyat negeri Melaka dan juga pelancongan tempatan dan luar negeri boleh menyaksikan sendiri panorama menghijau termasuklah deretan tempat bersejarah Melaka dan juga tempat menarik di Melaka dari atas bandar Melaka.

PERKARABUTIRANNYA
Waktu Operasi Menara Taming Sari MelakaBermula 10 pagi hingga 11 malam (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad)
Nombor Telefon06-288 1100
LokasiJalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Kapasiti Penumpang66 orang untuk perjalanan

Dengan ketinggian sehingga 110 meter, menara yang dikenali dengan Menara Taming Sari bandar hilir ini akan membawa anda bersama-sama dengan 66 orang lain melihat sendiri keindahan Bandar Melaka selama tempoh 7 minit lamanya. Soal keselamatan usah bimbang.

Apa yang menarik di menara taming sari adalah kerana ia menggunakan kepakaran dari negara Switzerland yang menggunapakai teknologi Gyro bagi membolehkan ia berputar 360 darjah supaya anda tdak terlepas satu sudut disekeliling Bandar Melaka apabila berada seketika di atas.

Harga Menara Taming Sari Ticket Price

PERKARABUTIRANNYA
Harga tiket untuk Warganegara MalaysiaRM17 (Dewasa)
RM11 (Kanak-kanak)
Harga tiket untuk Warga Emas (Pelancong Asing)RM18
Harga tiket untuk Pelancong AsingRM23 (Dewasa)
RM15 (Kanak-kanak)
Harga tiket untuk OKURM8
Harga tiket untuk Orang TuaRM9 (Mesti 55 dan ke atas)
NOTA: Promosi dana diskaun 50 peratus jika anda buat booking online sebelum 31 Disember 2021, https://menaratamingsari.com/promo/

Menara Taming Sari Review

Berikut adalah antara review dan pendapat orang ramai yang pernah ada pengalaman naik sebelum ini.

  1. Harga RM23 tidak murah, tetapi aanda boleh lihat seluruh permandangan Melaka, dan ia pemandangan 360 darjah. Tidak berasa takut dan juga selamat. Mesti cuba jika cuaca Melaka dalam keadaan baik
  2. Ini adalah satu tempat pelancongan yang hebat. Ia memberikan satu pemandangan 360 darjah yang menakjubkan di sekitar Melaka dari ketinggian 110 meter. Kami naik pada waktu petang. Ia berputar perlahan dan memberikan pemandangan sekitar tanpa gangguan pandangaan dan penglihatan kepada pengunjung. Harga boleh dikatakan berpatutan sekitar RM20.
  3. Saya tidak dapat menafikan ia adalah suatu pengalaman yang luar biasa! Namun, akan lebih baik sekiranya saya diberitahu apa yang saya lihat sepanjang menaiki putaran menara ini! Pelancong harus diberi penerangan mengenai setiap kawasan dan bangunan yang kelihatan padaa ketika setiap putaran.
  4. Tempat terbaik untuk dikunjungi pada waktu malam dengan kerlipan dan cahaya lampu di waktu malam

Soalan Lazim & FAQ

1. Wanita mengandung boleh naik?

Boleh puan

2. Apa waktu dan masa terbaik untuk naik?

Kami sarankan naik pada awal pagi dan lewat petang untuk mendapat suasana pemandangan yang lebih baik

3. Mengapa nama untuk menara ini dipilih?

Ini kerana Keris taming Sari adalah satu keris yang cukup masyhur dan mempunyai kuasa luar biasa apabia berhadapan dengan musuh di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Keris ini dimiliki oleh Laksamana Melaka yang terbilang iaitu Laksamana Hang Tuah