Harga Tiket Night Safari Melaka
Bandaraya Melaka sangat terkenal dengan tempat tarikan pelancong sejak dahulu lagi. Tempat-tempat menarik seperti Zoo Melaka, Kota A Famosa, Menara Taming Sari dan Sungai Melaka menjadi tumpuan utama para pelancong ketika cuti umum atau cuti hari minggu.
Apabila ke Melaka, para pelancong pasti tidak akan melepaskan peluang untuk ke Zoo melaka. Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.

Ianya ditubuhkan pada tahun 1963 di bawah Kerajaan Negeri Melaka dan diswastakan pada 2013 di bawah penyeliaan Konsortium KKW Sdn Bhd. yang mana sekarang di bawah pengurusan baru MPHTJ. Zoo Melaka dikenali dengan Zoo Melaka dan Night Safari. Zoo Melaka ini terletak di Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. Terdapat lenih 1,200 haiwan yang ada di zoo ini yang terdiri daripada 215 spesis burung, reptilia dan mamalia.
Zoo Melaka bukan hanya dibuka pada waktu siang, tetapi dibuka juga pada waktu malam. Ianya dikenali sebagai Night Safari Melaka. Ia menawarkan pengalaman suasana zoo pada waktu malam, di mana pengujung akan merasakan melihat haiwan-haiwan pada waktu malam dengan menaiki trem. Suasana ini sangat berbeza dengan suasana waktu malam.
Harga Tiket Night Safari Melaka
Tentu sekali pengunjung perlu membeli tiket untuk merasai pengalaman Night Safari Melaka. Harga tiket Night Safari Melaka boleh ditempah melalui laman sesawang rasmi http://www.zoomelaka.gov.my/ticketing.html seperti pada Rajah 1.0 di bawah ini. Harga tiket adalah seperti berikut;

Harga tiket yang dipaparkan adalah harga dalam Ringgit Malaysia. Bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan kebawah adalah percuma. Tiket untuk warga emas hanya untuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Pengunjung mestilah mempamerkan kad pengenalan mereka ketika pembelian tiket dilakukan dan jika pembelian dibuat secara atas talian, pengunjung mestilah mempamerkan kad pengenalan bersama ketika di pintu masuk. Harga yang dipaparkan pada Rajah 1.0 adalah termasuk dengan caj dan cukai servis.
Bagi pengunjung yang ingin menaiki trem, mereka boleh ke kaunter trem untuk pembelian tiket. Harga bagi menaiki trem adalah RM6 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak. Perkhidmatan trem ini akan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan zoo.
Pengalaman Masuk ke Safari Night Melaka
Pengalaman masuk ke Night Safari merupakan antara pengalaman yang paling berharga. Dengan suasana yang berbeza pastinya menjanjikan pengalaman yang lain daripada yang lain.
Suasana melihat haiwan pada waktu malam dengan menaiki trem sangat berbeza. Rajah 2.0 di bawah ini merupakan peta zoo melaka yang akan dirasai oleh pengunjung jika mereka ke Zoo Melaka. Namun, apa yang menarik adalah suasana malamnya menyelusuri Zoo Melaka yang dikenali sebagai Night Safari. Waktu operasi night safari Melaka adalah dibuka pada jam 8 malam sehingga 11 malam kepada pengunjung.

Bagi pengunjung yang memilih untuk menaiki trem, trem akan berhenti di setiap kandang-kandang haiwan seperti harimau, singa, gajah, zirafah, buaya dan banyak lagi. Setiap hentian ini akan ada pertunjukkan memberi haiwan makan untuk pengunjung. Pemandu trem juga akan memberi keterangan dan menceritakan tentang sejarah haiwan-haiwan yang terdapat dalam zoo tersebut. Pengunjung tidak akan merasa bosan sepanjang perjalanan di sana.
Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk berjalan kaki menyelusuri trek peta perjalanan zoo. Perjalanan sepanjang trek tersebut dikelilingi dengan lampu jalan yang cerah. Isu keselamatan menjadi tanggungjawab pihak zoo untuk memastikan ianya selamat kepada pengunjung yang memilih untuk berjalan kaki.
Yang pastinya ia menjanjikan pengalaman melihat dinasour di mana harga tiketnya termasuk dengan pakej Dinosaur Encounter Melaka. Ini merupakan antara tarikan terbaru di sana. Pengunjung berpeluang untuk melihat dinasour yang terletak di taman interaktif terbesar di dalam Zoo Melaka tersebut. Replika dinasour yang dipaparkan bukan hanya mengeluarkan bunyi, akan tetapi ianya juga bergerak. Pengunjung akan merasakan pengalaman melihat dinasour seperti yang terdapat di dalam filem Jurassic Park. Di Dinosaur Encounter Melaka juga terdapat permainan Virtual Reality (VR) boleh dicuba oleh pengunjung.
Pengalaman-pengalaman ini akan dirasai oleh setiap pengunjung yang datang ke sana. Mereka tidak akan rasa menyesal dengan pengalaman yang berharga ini.
Cara Dapatkan Promotion Melaka Night Safari Ticket
Harga promosi untuk memasuki night safari boleh didapati melalui agen-agen tiket yang berdaftar seperti KLOOK dan laman sesawang Jom Jalan. Cara untuk mendapatkan harga promosi adalah seperti berikut;
- Layari laman sesawang https://www.dealsdiscountcode.com/klook-promo-code untuk mendapatkan kod promo bagi aktiviti atau tempahan melalui KLOOK
- Klik pada butang “Get Code” untuk mendapatkan kod promo.
- Kemudian, layari laman sesawang rasmi KLOOK dan search “Night Safari Melaka” untuk pembelian tiket.
- Pada bahagian pembayaran, terdapat bahagian masukkan kod promo.
- Pembeli hendaklah memasukkan kod yang mereka dapat di laman sesawang seperti pada Rajah 3.0.
- Akhir sekali, buat pembayaran dan pihak KLOOK akan menghantar emel tiket elektronik kepada pembeli.
Kini ia menjadi tempat tarikan pelancong bagi pelancong yang bercuti ke Melaka. Pengunjung wajib ke sana untuk merasai pengalaman melihat haiwan di zoo pada waktu malam.