Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

PERKARABUTIRANNYA
Masa Penyediaan10 minit
Masa Memasak10 minit
Jumlah Hidangan6 orang
resepi agar agar santan gula melaka

Pencuci mulut yang tidak jemu dimakan oleh kita semua adalah agar-agar santan gula melaka.

Pencuci mulut ini mudah sahaja untuk disediakan dan sedap dijamah ketika sejuk.

Jika anda merancang untuk kenduri, anda boleh sediakan sehari lebih awal. Mudah bukan?

BACA SINI : Resepi Puding Sagu Melaka

Senarai Bahan Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

  • 3 ½ cawan air
  • 10-12g agar-agar (saya menggunakan agar-agar bertali)
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220g sahaja)
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu besar gula merah thai
  • ½ sudu kecil garam

Cara Masak Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

  1. Telur dipukul bersama santan pekat, dan seterusnya ditapis dan diketepikan. Ini bagi mengelakkan ketulan telur putih yang tidak sekata apabila dimasak nanti.
  2. Gula merah Thai, gula Melaka dan gula pasir dimasak sekali sehingga larut dan kemudian ditapis. Agar-agar dimasak sekali bersama air gula tadi dan daun pandan hingga cair.
  3. Santan cair dan garam dimasukkan dan dikacau sebati.
  4. Bancuhan santan pekat dimasukkan dan dikacau hingga mendidih. Selama 2-3 minit teruskan mengacau sehingga mendidih supaya akan terbentuk cantik gumpalan hakus.
  5. Akhir sekali, dituang ke dalam loyang dan sejukkannya.