Resepi Asam Pedas Melaka Simple, asli dan Sedap dan cepat viral kalau dah rasa sekali nak lagi

Mesti anda akan teringat-ingat asam pedas yang pekat lagi pedas bagi sesiapa yang pernah pergi bercuti di Melaka.

Memang cukup rasanya, sedap tidak terkata! Kini, anda tidak perlu lagi ke Melaka jikalau teringin nak makan lagi asam pedasyang pure negeri melaka.

Anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Di bawah ini saya kongsikan resepi untuk menu asam pedas yang sedap dan menggunakan resipi yang asal dari turun temurun orang melaka sendiri. Selamat mencuba semua!

BACA SINI : Jual Mangga Asam Boi di Melaka

Inilah Resipi Asam Pedas Melaka Asli Paling Sedap

Bahan-bahan yang digunakan untuk masakan asam pedas adalah seperti berikut :

  • 4 ketul ikan pari / tenggiri / parang (dibasuh dengan bersih.  Ikan segar akan menambah kemanisan pada kuah, disamping isinya yang kenyal dan putih)
  • 1 sudu teh halba
  • 3 batang serai – dititik
  • Bendi / terung
  • Bunga kantan + daun kesum
  • Garam + gula
  • Air asam jawa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm belacan (pilihan, lebih sedap jika letak)
  • 1 mangkuk cili kering kisar – boleh juga letak lebih
  • 1 sudu besar lada hitam

BACS INI: Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Cara Masak Asam Pedas

resepi asam pedas melaka
  1. Minyak dipanaskan dan halba ditumiskan sehingga kekuningan sedikit.
  2. Bahan-bahan yang telah dikisar dimasukkan bersama-sama serai.
  3. Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
  4. Selepas bahan-bahan ini garing kesemuanya, kemudian memadai dengan memasukkan pula 1 sudu teh gula (ikut kesesuaian anda).
  5. Bunga kantan dan daun kesum dimasukkan.
  6. Ikan dimasukkan dan kacau kuah (berhati-hati kacau jangan sampai ikan menjadi hancur).
  7. Air asam jawa dimasukkan secukup rasa.
  8. Kemudian, terung atau bendi dimasukkan.
  9. Sedikit garam ditambahkan sebagai perasan dan biarkan ia mendidih.
  10. Api boleh ditutup setelah anda berpuas hati dengan rasa dan kepekatan kuah

Pada malam yang sejuk, memang sangat enak jika dimakan sekali bersama nasi yang panas. Hilang mengantuk, segar mata apabila makan hidangan ini.