Resepi Buah Melaka atau Kuih Onde Onde Melaka yang sedap dan lembut sangat sehingag cair di mulut

PERKARABUTIRANNYA
Masa Penyediaan20 minit
Masa Memasak10 minit
Jumlah Hidangan4 orang
kuih dan resepi buah melaka

Hai semua, kali ini kami akan berkongsi resepi kuih legend kegemaran ramai iaitu buah melaka ataupun mesra dipanggil kuih onde-onde melaka.

Buah melaka atau onde-onde yang sedap dimakan haruslah sedikit kenyal, tidak terlalu keras, apabila digigit gula di tengahnya akan pecah cair dan rasa sedap daripada lemak masin salutan kelapa parut.

Memang sedap menggigit jari!

BACA SINI: Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Senarai Bahan Resepi Buah Melaka

Bahan-bahan untuk jus pandan:

  • 1 ½  cawan air
  • 5-6 helai daun pandan
  • Bahan-bahan lain:
  • 2 sudu besar tepung gandum atau tepung beras
  • 1 cawan tepung pulut
  • ¼ sudu kecil pewarna hijau
  • ½ biji kelapa parut
  • Air rebusan secukupnya
  • Gula nisan / gula melaka secukupnya
  • ½ biji kelapa parut
  • Garam secukup rasa

Cara Masak Kuih Onde Onde Melaka

kuih untuk resepi onde onde melaka
  1. Daun pandan digunting kasar, kisarkan dengan air dan tapis, kemudian, airnya diambil.
  2. Masukkan tepung beras dan tepung pulut.
  3. Air daun pandan dituangkan sedikit demi sedikit.
  4. Pewarna hijau pun boleh dimasukkan (pilihan)
  5. Kemudian, uli hingga menjadi doh dan ketepikan.
  6. Potong kepada kiub kecil gula melaka atau gula nisan.
  7. Sementara itu, kepala parut digaulkan dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (kelapa parut boleh dikukus terlebih dahulu untuk tahan lebih lama).
  8. Seterusnya, secubit doh diambil, uli bulat dan leperkan.
  9. Gula diletakkan di tengah, ditutup rapat dan dibulatkan secara sekata.
  10. Panaskan air dan kuantiti air perlulah banyak untuk mengelakkan ia menjadi sangat padat dan mempunyai ruang untuk buah melaka timbul apabila masak nanti.
  11. Api perlulah sederhana sahaja, tidak perlu kuat sangat kerana takut inti gula masih keras apabila sudah terapung di atas.
  12. Anda boleh angkat apabila sudah terapung dan gaul bersama kelapa parut ketika masih lagi panas.

Tips: Dinasihatkan doh jangan terlalu sedikit kerana khuatir akan pecah keluar air gula apabila rebus nanti.