Resepi Kuih Keria Gula Melaka

PERKARABUTIRANNYA
Masa Penyediaan30 minit 
Masa Memasak10 minit
Jumlah Hidangan10minit
resepi kuih keria gula melaka

Kehebatan kuih keria gula Melaka Antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka telah menyebabkan Resepi Keria Gula Melaka sangat viral di media sosial.

Ramai yang sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya semata-mata untuk membeli kuih keria yang sedap dan sangat istimewa itu.

Anda boleh cuba mengikuti resepi di bawah ini jika teringin untuk cuba buat sendiri di rumah kerana kami sudah cuba berkali-kali untuk menghasilkan resepi keria yang sedap dan memikat selera.

Untuk ubi keledek pula, keledek putih atau kuning lebih sesuai digunakan berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih enak dan tidak lembik apabila direbus.

Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tidak memerlukan tepung yang banyak. Baking powder pula digunakan untuk menghasilkan kuih yang lebih gebu dan montok. Keistimewaan kuih ini seperti yang kita maklum terletak pada 3 jenis gula iaitu:

  • Gula Melaka
  • Gula putih
  • Gula batu

Selamat mencuba saya ucapkan kepada anda semua!

BACA SINI PULA: Resepi Kuih Buah Melaka

Senarai Bahan Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan Untuk Doh Keria

  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 800g ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar ubi keledek)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan Untuk Salutan Sira / Gula Melaka

  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 ketul gula melaka
  • ½ cawan air

Cara Masak Kuih Keria Melaka

  1. Ubi direbus hingga empuk dan airnya ditoskan. Tumbuk halus ubi dengan menggunakan lesung batu apabila ubi sudah sejuk dan tarik keluar urat-urat kasar daripada ubi keledek. Untuk menghancurkan keledek, anda boleh menggunakan ‘potato masher’.
  2. Tepung ditambah sedikit demi sedikit sehingga doh kurang melekat.
  3. Bebola doh dileperkan dan buat lubang di tengah.
  4. Ulangi proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga warna perang.
  5. Kuih keria yang digoreng tadi digaul atau dikacau dalam gula yang pekat yang sedang mendidih hingga sekata.Cara Untuk

Cara Salutan Sira / Gula Melaka

  1. Gula ditumbuk halus dan dimasak di dalam kuali sehingga pekat dan mendidih.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria anda.

Tips

  • Tidak mengapa sekiranya doh melekat sedikit. Sebelum anda menggentel doh, tepung boleh disapukan sedikit pada tangan anda dan bentukkan menjadi bulat.
  • Dinasihatkan untuk tidak terlalu kerap terbalikkan kuih semasa menggoreng kuih keria kerana ia akan menyerap minyak lebih banyak.