Resepi Puding Sagu Melaka yang sedap dan cara masak yang simple dan senang
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Masa Penyediaan | 45 minit |
Masa Memasak | 10 minit |
Jumlah Hidangan | 18-20 biji |

Resepi Puding Sagu Gula Melaka adalah satu hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa atau keramaian. Ia akan kelihatan sangat versatile walaupun resepinya mudah jika ia dihidangkan dengan kemas dan cantik.
Ada tips bergunanya untuk menghilangkan kanji dengan membilas sagu. Dengan cara demikian, sagu akan terbentuk dengan cantik dan lebih kental.
Sukatan cawan digunakan untuk resipi ini supaya lebih mudah dan cepat.
Rasa akan lebih sedap lagi jika anda menggunakan santan segar untuk kuah santannya.
Selamat mencuba saya ucapkan kepada semua!
- BACA SINI: Resepi Asam Pedas Melaka
- TRY JUGA: Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka
Isi Kandungan (KLIK):
Bahan Untuk Resepi Puding Sagu Melaka
Bahan-bahannya adalah
Bahan Untuk Sagu
- 1 ½ cawan sagu
- Air yang secukupnya
Bahan Untuk Kuah Santan
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 2 ½ cawan santan (daripada ½ biji kelapa)
- 1 helai daun pandan, carikkan dan simpul daun itu
Bahan Untuk Sirap Gula Melaka
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 ketul besar gula melaka
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul daun itu
- 3 sudu besar gula merak serbuk Thai
Cara Masak Sagu Gula Melaka
- Biji sagu direndam di dalam air selama ½ jam. Anggaran air hingga tenggelam dua ruas jari.
- Sagu direbus di atas api yang perlahan hinggalah warna putih di tengah-tengah biji hilang. Untuk memastikan sagu masak dengan sempurna, anda boleh tambahkan sedikit air sekiranya kurang.
- Sagu dituang di atas penapis dan dibilas dengan air mengalir agar kanjinya keluar.
- Sagu ditoskan dan pewarna kesukaan anda boleh dimasukkan. Kacaukan sekata. Kemudian, sagu disudukan ke dalam acuan disejukkan selama 30 minit di dalam peti ais. Apabila sejuk, sagu akan terbentuk dan kental.
- Acuan dikeluarkan dan dihidangkan bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
- Cara untuk buat kuah santan:
- Santan dimasak di atas api yang perlahan bersama daun pandan, tepung beras dan garam.
- Supaya santan tidak berketul anda digalakkkan untuk kacau sekata. Angkat dan sejukkan apabila kuah sudah mendidih dan pekat.
- Cara untuk buat sirap gula melaka:
- Air dimasukkan di dalam periuk bersama gula pasir, gula Melaka, gula merah Thai dan daun pandan.
- Masak hingga sirap mendidih dan hilang ketulan gula. Kacau sirap sebati.
- Tapis dan sejukkan.
Tips
- Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit masin dan pekat. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis daripada sirap gula melaka.
- Sirap gula Melaka: Gula merah Thai ditambah kerana warnanya yang pekat kehitaman dan rasanya yang sedap. Warna yang akan terhasil sangatlah cantik dan rasanya sangat sedap apabila dimasak bersama gula melaka.