Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah MOZAC Melaka
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Mozac Melaka
SMS Muzaffar Syah Melaka atau MOZAC Melaka merupakan satu-satunya sekolah menengah sains dan salah satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh SBP di negeri Melaka.
Ditubuhkan pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia ke-2, ia adalah sekolah berasrama penuh pertama di Melaka. Sekolah ini dikenali sebagai MOZAC dan para pelajar digelar Muzaffarians.
Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Melaka telah didirikan di kawasan berbukit dengan ketinggian 121.9 meter dari aras laut.
Keluasan asalnya ialah 12.9 hektar. Sejarah sekolah ini telah bermula pada tanggal 5 Januari 1973. Pada tarikh ini, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada 80 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan sebagai perintis telah ditempatkan di SMK Munsyi Abdullah, Batu Berendam, Melaka sementara menunggu bangunan sekolah ini siap. Oleh kerana bangunan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ini lambat disiapkan pelajar-pelajar tersebut telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang pada tahun berikutnya.
Pada Oktober 1983, sekolah ini yang nama asalnya Sekolah Menengah Sains Melaka telah dengan rasminya bertukar kepada Sekolah Muzaffar Shah melaka, mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Melaka yang ke-empat. Muzaffar juga bermaksud menang dalam bahasa Arab Perasmian pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.
Pada tahun 1998, sekolah ini telah diiktiraf sebagai salah satu daripada yang lain 88 Sekolah Bestari di Malaysia.Pada tahun 2007, padang sekolah ini telah menjadi tempat latihan untuk Manchester United untuk Piala Juara-Juara Belia 2007 dan juga telah dinaik taraf sebagai Sekolah Bestari 5 Bintang. Pada tahun 2008, tanah runtuh telah berlaku.
Kebanyakan sebelah atas padang teruk terjejas. Pada tahun itu, sekolah memperoleh status Sekolah Kluster diikuti oleh Sekolah Berprestasi Tinggi pada 2010.
RUJUK SINI: Sekolah menengah sains muzaffar syah ayer keroh melaka adalah sekolah terbaik di Melaka
Permohonan Ke Sekolah Mozac Melaka
Tiada istilah ada ruang dan peluang untuk masuk ke sekolah mozac Melaka secara terus samada bagi kemasukan Tingkatan 1 dan kemauskan Tingkatan 4.
Anda perlu memohon melalui pautan di jadual bawah ini. Samada anda dapat atau tidak sekolah hebat ini, berghantung kepada pemilihan di pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Pautan Permohonan Online | https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/permohonan-kemasukan-sekolah-berasrama-penuh-tingkatan-1-dan-tingkatan-4-tahun-2020 |
Kejayaan Sekolah
Pada tahun 1999, di mana sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah terbaik di Malaysia dalam SPM 1998. Menteri Pendidikan, kemudian Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak, menaiki helikopter dan mendarat di padang sekolah hanya untuk mengumumkan berita tersebut.
Pada tahun 2010, sekolah muzaffar shah melaka ini telah dianugerahkan dengan gelaran tertinggi iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diberikan kepada 20 buah sekolah di Malaysia yang telah memenuhi kriteria ketat termasuk pencapaian akademik, sokongan alumni, pengiktirafan antarabangsa, rangkaian dan hubungan.
Alumni SM Sains Muzaffar Shah
- Datuk Wira Ir. Idris Haron, Ketua Menteri Melaka
- Dato’ Dr. Ma’amor Bin Osman, Setiausaha agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Professor Dr A Rahman A Jamal, Ketua Projek Malaysian Cohort, salah satu dari tiga eksperimen yang dibawa oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas.
- Dr. Jaafar Jantan – Penerima Anugerah Akademik Negara 2010.
- Dato’ Dr Abd Latif Mohmod -Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
- Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap – Penerima Fellowship of the Royal College of Surgeons
- Bambang Sutrisno Soteto – pendandan rambut terkenal,Presiden Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera (BUHA)
Yuran Mozac Melaka
Akan dikemaskinikan
Pakaian Mozac Melaka
Akan dikemaskinikan
Nombor Telefon
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
No Telefon | +606 232 0833 |
+606 232 0833 | |
mozac@edu.my | |
Alamat atau Address | Akan dikemaskinikan |
Soalan Lazim & FAQ
1. Ada bantuan kewangan ditawarkan bagi golongan berpendapatan rendah jika berjaya masuk ke sm sains muzaffar syah?
Akan dikemaskinikan