Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA Sharifah Rodziah SHAROD

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah atau nama ringkasnya SMKA Sharifah Rodziah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Telok Mas.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah memiliki 0 pelajar lelaki dan 800 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 800 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA Sharifah Rodziah

Perletakan batu asas oleh YAM Pn. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakhbah isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (Di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka) pada tahun 1969. Pembukaan sekolah pada 4 Mei 1970 dnegan 131 orang pelajar, 6 guru dan 3 kakitangan.

Perasmian sekolah telah dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kelima iaitu Al Marhumah Tuanku Bahiyah pada 6 Ogos 1971. Pentadbiran sekolah diserahkan pada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini.

Untuk sekolah agama lelaki di melaka di sini, SMKA Sultan Muhammad

Kejayaan Sekolah

Pada 30 Mac 2007, SMKA Sharifah Rodziah telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2011, SMKA Sharifah Rodziah telah berjaya memperoleh Anugerah Tawaran Baru Pengetua begitu juga dengan tahun berikutnya iaitu pada 2012. Pada 19 September 2013 , SMKA Sharifah Rodziah telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4 oleh KPM.