Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melaka STPM

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari Bandar Melaka. Kawasannya iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah lain (SMK Tun Tijah & SMK Durian Daun.)

Isi Kandungan:

Sejarah Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melaka

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan.

Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16 Oktober 1962.

Aliran Sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya.

Bilangan guru pada awal penubuhannya hanya terdapat 29 orang. Manakala bilangan pekerja pula 5 orang. Bersesuaian dengan nama sekolah ini, ia ditubuhkan khas untuk murid-murid perempuan sahaja iaitu dari awal hingga kini.

Facebook: https://web.facebook.com/smktpm