Dengan adanya sistem Saps Ibu Bapa, ibu bapa pada hari ini tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah kerana anda hanya perlu log masuk sistem ini sudah boleh untuk semak keputusan pelajar dan anak-anak anda sepanjang tahun ini, kecuali keputusan upsr, pt3 dan spm.

Disebabkan sistem ini memudahkan proses kemajuan dan pemantauan perkembangan anak-anak di sekolah, pengenalan sistem ini mendapat sambutan baik semua waris.

Seperti yang diminta oleh KPM, aplikasi pangkalan data murid boleh dikemaskini dari masa ke masa.

BACA SINI: Ranking sekolah terbaik di Malaysia

Saps Ibu Bapa

saps ibubapa 2020Menerusi dalam sistem saps ibu bapa ini juga, Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi ssekolah rendah boleh diketahui melalui semakan ibu bapa. Manakala, bagi sekolah menengah pula adalah Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT).

Sumber info kedudukan kelas saps ibu bapa, mypt3

Untuk perhatian para waris, kesemua ujian peringkat sekolah termasuk ujian percubaan sekolah dan menengah disokong oleh sistem ini.

Namun begitu, semakan secara manual perlu dilakukan oleh ibu bapa di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi peperiksaan umum seperti saps UPSR, saps PT3 dan saps SPM.

Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

saps ibu bapa 2020Sila login saps ibubapa semakan keputusan peperiksaan, https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ untuk membuat semakan keputusan belajar atau semakan kedudukan dalam kelas.

Kemudian, login dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik butang “Cari”.

Seterusnya, pilih negeri dan nama sekolah.

Sila tekan “Semak”.

Rekod keputusan pelajar yang terkini termasuk pencapaian gred, peratusan markah pelajar-pelajar, dan rekod kedudukan dalam kelas akan dipaparkan melalui semakan keputusan peperiksaan online ini.

Sebagai rujukan anda, berikut dikongsikan sistem gred pemarkahan.

Gred Pemarkahan Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Pemarkahan Sekolah Menengah

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 0-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 0-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Sila rujuk FAQ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, sekiranya anda mempunyai masalah ketika log masuk ke sistem online ini.

Diharapkan dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak ibu bapa dapat dibantu untuk lebih memahami tentang proses semakan keputusan peperiksaan secara online yang sangat mudah dan senang digunakan.