SSM Melaka MITC Suruhanjaya Syarikat Melaka.
Pelbagai urusan boleh dilakukan oleh orang melaka di cawangan ini. Agensi kerajaan ini bertanggungjawab untuk menguruskan syarikat di Malaysia umumnya dan syarikat melaka amnya. Daripada proses pendaftaran sehinggalah, perjalanan dan perkembangan syarikat negeri Melaka.
Isi Kandungan (KLIK):
Waktu Operasi SSM Melaka
Waktu operasi untuk cawangan dan pejabat ssm di Melaka akan mula dibuka pada pukul 8.00 pagi dan mula ditutup pada pukul 4.00 petang.
Hari Isnin dibuka sehingga hari Jumaat.
Macam biasa hari Sabtu dan Ahad akan ditutup cuti hujung minggu.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Alamat | 75450 Ayer Keroh, Melaka MITC SSM TELAH BERPINDAH |
Alamat terbaru | Suruhanjaya Syarikat malaysia Melaka Ayer Keroh, Malacca Pejabat Negeri Melaka, No. 53 & 55, Jalan Komersial, Taman Kota Fesyen MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
No Telefon | 06-231 1717 |
Faks | 06-231 3502 |
azrin[at]ssm.com.my |
Untuk pejabat ssm utc melaka waktu operasi dan contact number mereka boleh terus semak sini, https://mymelaka.co/utc-melaka
RUJUK SINI: Jika anda ada syarikat di Melaka, boleh dapatkan perkhidmatan membuat portal dan laman web syarikat anda dengan web design Melaka
Sistem Online
Ada banyak sistem online yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia Melaka. Antaranya ialah:
- Pendaftaran Perniagaan Dengan Ezbiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
- Semak Butiran syarikat: https://www.ssm.com.my
Caj Pendaftaran
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Pendaftaran Syarikat Dengan Nama Sendiri | RM30 |
Pendaftaran Syarikat Dengan Nama Komersil | RM60 |
Renew Syarikat Dengan Nama Sendiri | RM30 |
Renew Syarikat Dengan Nama Komersil | RM60 |
Soalan Lazim & FAQ
1. Berapa had umur yang boleh daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
18 tahun dan ke atas
2. Apakah prosedur seterusnya selepas daftar ssm melaka dengan Ezbiz?
Anda sebagai pemilik syarikat atau rakan kongsi syarikat masih perlu pergi ke mana-mana cawangan terdekat untuk tujuan pengaktifan pendaftaran syarikat anda
3. Di mana SSM Jasin Melaka
Maaf tiada buat masa ini