Segala infomasi berkaitan sejarah sultan melaka dan sejarah kesultanan melayu melaka dikongsikan di sini

Senarai Sultan Melaka

Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka

NONAMATAHUN PEMERINTAHAN
1Parameswara (Raja Iskandar Shah)1400 – 1414
2Megat Iskandar Shah1414 – 1424
3Sultan Muhammad Shah Melaka1424 – 1444
4Sultan Abu Syahid1444 – 1446
5Sultan Muzaffar Shah1446 – 1456
6Sultan Mansur Shah1456 – 1477
7Sultan Alauddin Riayat Shah1477 – 1488
8Sultan Mahmud Shah1488 – 1511

BACA SINI: Untuk tahu bagaimana dari awaldan lebih lanjut boleh semak tulisan lengkap sejarah melaka

Undang undang Kesultanan Melayu Melaka

Akan dikemaskinikan

Faktor Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

  1. Kedudukan Melaka yang cukup strategik yang terletak di tengah lautan perdagangan antara India dan China
  2. Sentiasa terlindung dari angin monsun Timur Laut dengan Barat Daya. Jadi banyak kapal dagang memilih untuk berlabuh di Melaka
  3. melaka cukup terkenal kaya denngan hasil mahsul terutamanya rempah ratus, bijih timah dan juga emas
  4. Pelabuhan Melaka berkembang maju dan canggih pada waktu itu
  5. Kerajaan melaka dijamin selamat, hasil kerjasama politik dengan kerajaan besar China
  6. Disebabkan banyak kapal berdagang dan berlabuh di melaka, oleh itu banyak barangan dapat diniagakan dan dijual beli di Melaka
  7. Mudah untuk pedagang berkomunikasi di Melaka dengan menggunakan lingua franca untuk berkomunikasi
  8. Sistem cukai, undang undang laut dan sistem jual beli yang berkesan dan efisen
  9. Melaka juga ada kekuatan ketenteraan yang kuat dan lengkap
  10. Memiliki tokoh pemimpin melibatkan Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar yang membantu melancarkan perjalanan kerajaan melaka pada waktu itu
  11. Rakyat Melaka cukup yakin dengan kepimpinan kerajaan Melaka pada waktu itu

Peranan Sultan Dalam Memastikan Kekukuhan Kesultanan Melayu Melaka

  • Bersungguh-sungguh untuk memartabatkan syiar Islam di melaka
  • Ada Sultan yang sanggup melakukan penyamaran di waktu malam bagi menangkap pencuri
  • Sentiasa memastikan agar perjalanan kerajaan Melaka berjalan dengan lancar dengan perbincangan bersama pembesar negeri melaka pada waktu itu
  • Memuliakan golongan ilmuwan dan ulama untuk mengajar di Istana Melaka
  • Memastikan kebajikan rakyat Melaka terus terbela

Mengapakah Kawasan Naungan Menghantar Ufti Kepada Melaka

Ya memang dahulu, ada beberapa negeri yang hantar ufti kepada mereka. Persoalan apa faktor dan punca kawasan naungan berbuat demikian?

  1. Antara negeri yang bayar ufti kepada melaka adalah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah
  2. Disebabkan kerajaan Melaka kuat pada masa itu dan digeruni kawan dan lawan, jadi kawasan naungan ini telah dengan rela hati untuk membayar ufti dengan harapan mendapat perlindungan

Kenapa Melaka Tiada Sultan Melaka

Sah! Memang melaka tiada sultan. Ia disahkan oleh kerajaan negeri melaka sendiri yang disahkan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia,Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mohd Mukmia. Puncanya:

kesultanan melayu melaka sultan melaka

  • Kesultanan melaka runtuh selepas penjajahan Portugis sejak tahun 1511
  • Walaupun sultan melaka pada ketika itu cuba untuk menawan kembali negeri melaka, hakikatnya tidak berjaya.
  • Maka berakhir kesultanan melaka sejak dari itu

SUMBER: Berita Harian

Peranan Pembesar Berempat Kesultanan Melayu Melaka

Inilah unik sistem pembesar empat lipatan dalam kesultanan melayu melaka yang membantu mengekalkan kegemilangan negeri Melaka selama ini

JAWATANPERANAN
Tugas bendahara melaka1) Hanya boleh dipegang oleh kalangan keluarga dan keturunan bendahara sahaja
2) Diamanah untuk menjaga harta dan kekayaan kerajaan negeri melaka
3) Penasihat untuk kepada sultan melaka
4) Bendahara bertanggungjawab dalam menguruskan segala kebajikan dan urusan melibatkan keluarga dan diri sultan
5) Menguruskan istiadat rasmi di Istana melaka
6) Memantau perkembangan agalam Islam dan adat di negeri melaka
Tugas laksamana melaka1) Laksamana bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dalam negeri Melaka
2) Menjaga protokol negeri melaka
Tugas temenggung melaka1) Temenggung bertanggungjawab dalam mengawal keamanan di sekitar perairan laut Melaka
2) Menjadi duta ketika rombongan dengan kerajaan luar
3) Menjaga keselamatan sultan
Tugas syahbandar melaka1) Syahbandar bertanggungjawab dalam bertanggungjawab aspek keselamatan pedagang dan pentadbiran di sekitar pelabuhan melaka terpelihara dan diuruskan dengan efisen
2) Menguruskan cukai di negeri melaka
3) Mengawal lalaun keluar masuk pedagang di pelabuhan melaka