Taman Buaya Melaka Ayer Keroh

Sejarah Taman Buaya melaka

Nampaknya, tempat semakin menjadi tumpuan orang Melaka dan juga pelancong luar untuk datang singgah bawa anak adan keluarga masing-masing datang ke tempat ini.

PERKARABUTIRANNYA
Address & LokasiLebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Nombor Telefon06-232 2350
Emailtbrmelaka@gmail.com
Waktu OperasiMasa buka bermula pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang
Tahun PembukaanJulai 1987
Kos PembinaanRM650,000
Portal Rasmihttps://tamanbuayamelaka.com.my/

Masakan tidak, daripada hanya menawarkan spesis buaya di taman ini, sekarang sudah ada pelbagai tarikan. Sekarang ini bukan sahaja, anda dapat lihat spesis buaya semata, bahkan ada pelbagai haiwan lagi.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh bawa anak anak mandi manda di swimming pool dan mini water park yang ada di tawarkan di dalam ini secara percuma.

Sudah selesai aktiviti di taman ini, boleh singgah pula pergi ke taman rama-rama Melaka

Harga Tiket Taman Buaya Melaka

Ini adalah harga tiket bagi hari Biasa Dari hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat

HARI BIASAHARGA BAGI WARGANEGARAHARGA BAGI PELANCONG ASING
Harga tiket dewasaRM16RM30
Harga tiket kanak kanakRM11RM25
Harga tiket warga emas atau orang tua (umur 55 tahun dan ke atas)RM9RM25

Untuk harga tiket bagi cuti hujung minggu (sabtu dan Ahad) atau cuti sekolah boleh semak kadar yang pada jadual bawah ini

HUJUNG MINGGU & CUTI SEKOLAHHARGA BAGI WARGANEGARAHARGA BAGI PELANCONG ASING
Harga tiket dewasaRM19RM30
Harga tiket kanak kanakRM14RM25
Harga tiket warga emas atau orang tua (umur 55 tahun dan ke atas)RM11RM25

Aktiviti

  1. Ada pertunjukkan memberikan makan kepada deretan buaya dan pertunjukkan aksi buaya
  2. Anda boleh bawa anak anak kecil anda mandi mandi secara free dan percuma di mini water park yang disediakan
  3. Ada juga haiwan lain yang boleh anda saksikan

Review

  • Ia adalah salah satu ladang buaya terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis buaya yang datang dari pelbagai buah negara. Anda juga boleh menyaksikan sendiri persembahan buaya pada masa dan waktu yang telah ditetapkan.
  • Water park percuma untuk kanak kanak untuk mandi manda. Anak anak kecil kami sangat gembira apabila dapat memberikan makanan kepada rusa, arnab, angsa dan juga ayam belanda yang ada di sana. MacDonald pula dekat sahaja, jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan.
  • Tempat yang bersih, persekitaran yang baik, lokasi yang bagus dan statf yang mesra pelanggan

Soalan Lazim & FAQ

1. Ada harga diskaun untuk warga emas atau orang tua?

Ada. Semak paparan harga di jadual yang kami kongsikan

2. Ada pertunjukkan jikalau kami datang pada cuti hujung minggu atau semasa cuti sekolah?

Ya. Ada

3. Benarkah ada mini water park dan swimming pool di sini? Dan berapa caj harga dikenakan?

Ya. Ada. Semua kemudahan swimming pool dan mini water park di Taman Buaya negeri melaka adalah FREE dan PERCUMA