Senarai Pilihan Tempat asuhan dan Taska Melaka Terbaik dan pemilihan rumah pengasuh di melaka tengah, jasin dan alor gajah

Senarai Taska Melaka Terbaik

1. Taska Seri Negeri

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

2. Taska Bukit Rambai

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

3. Taska Merlimau

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

4. Taska Masjid Tanah

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

5. Taska Jasin

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

6. Taska Alor Gajah

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

7. Taska Ayer Keroh

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

8. Taska MITC

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

9. Taska Bandar Hilir

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

10. Taska Klebang

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

11. Taska Bandar Melaka

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

12. Taska Cheng

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

13. Taska Duyong

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

14. Taska Krubong

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

15. Taska Sungai Udang

PERKARABUTIRANNYA
Akan dikemaskinikan senarainya

16. Taska Tanjung Kling

PERKARABUTIRANNYA

Tips Pilih Taska Untuk Anak Melaka

BACA SINI: Senarai Tadika Melaka Terbaik

senarai tempat asuhan taska melaka terbaik

Ibu bapa pastinya dalam dilema untuk pilih tempat yang terbaik apabila sudah sampai masanya untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh di melaka.

Dalam artikel ini kamiakan berkongsi beberapa panduan, tips dan cara pilih taska untuk anak-anak anda di negeri Melaka.

Beberapa kajian dan bertanya pada orang yang berpengalaman sebelum kami mengeluarkan artikel ini bagi membantu anda dalam memulakan pemilihan taska untuk anak anda kelak.

1.Lokasi

Sebenarnya pemilihan lokasi adalah sangat penting. Jarak dan masa perjalanan dari rumah perlulah diambil kira.

Radius lokasi taska tidak lebih daripada 8km dari rumah dan lebih memudahkan lokasi taska terletak dalam perjalanan ke tempat kerja.

Jumlah lampu isyarat, keadaan trafik pada waktu pagi dan juga pusingan U-turn juga penting. Semua aspek itu diambil kira kerana melibatkan faktor masa terutama pada waktu pagi kebiasaannya berlaku kesesakan jalan raya. Nampak simple bukan?

Ini anda akan nampak kesannya apabila berlaku kes kecemasan melibatkan anak anda, dan memerlukan tindakan segera daripada anda.

2.Taska atau Rumah Pengasuh Melaka

Pastinya seperti kebiasannya ibu bapa yang lain keputusan sama ada untuk pilih taska atau rumah pengasuh sukar untuk diputuskan. Ada yang berpendapat lebih baik hantar ke rumah pengasuh kerana mereka akan melayan anak kita seperti anak sendiri. Perhatian pula kurang diberikan oleh cikgu dan guru taska disebabkan ramai kanak-kanak.

Oleh sebab itu, keputusan yang rasional perlu dilakukan. Sebagai contoh, kami telah membuat tinjauan 3 rumah pengasuh (Rumah A, B, C) dan 4 buah taska (taska A, B, C, D) yang berhampiran dengan kawasan rumah.

Secara jujurnya dengan berbekalkan sedikit ilmu ‘parenting’, kami simpulkan bahawa taska dipilih berbanding rumah pengasuh atas beberapa faktor seperti:

  • Kebersihan terutama tandas. Faham sahajalah jika tandas berkongsi dengan orang dewasa.
  • Keadaan yang kurang selamat terutama di bahagian dapur. Soal keselamatan amat penting lebih-lebih lagi keadaan dapur agak terbuka. Jadi, kurang bersesuaian untuk anak dalam fasa anak tengah membesar dan suka explore.
  • Rumah pengasuh termasuk penghuni yang berkeluarga (isteri dan anak-anak), jadi tidak sesuai persekitaran tersebut disebabkan perbezaan usia yang ketara
  • Pengisian seharian anak-anak seperti aktiviti yang berfaedah untuk membantu perkembangan anak-anak agak kurang selain dihidangkan dengan tontonan kartun di televisyen.
  • Bayaran yuran taska dan pengasuh hampir sama sahaja.=

3. Bayaran

Bajet atau bayaran untuk anak pun sangatlah penting. Cas dan yuran akan dikenakan mengikut umur anak di kebanyakkan taska atau pengasuh di Melaka.

Dan yang pastinya bayaran adalah lebih mahal bagi bayi berbanding kanak-kanak 1 tahun ke atas. Kadar yuran untuk bayi adalah sebanyak RM400-450 sebulan untuk di negeri Melaka.

Manakala bayaran sebanyak RM350-400 untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas.

RM5-RM10 pula untuk bayaran untuk tambahan atau lebihan masa. Belum lagi termasuk yuran pendaftaran / tahunan yang perlu diperuntukkan sebanyak RM50-RM150, baju seragam dan buku log.

Di bawah ini kami simpulkan perbandingan kebaikan dan kekurangan antara Taska A, B, C, D berdasar dapatan yang telah kami lakukan sebagai contoh perbandingan

Taska A:

  • Yuran: RM350/bulan, OT/6jam
  • Lokasi: Dalam kawasan perumahan
  • Kelebihan: Berdekatan dengan kawasan rumah
  • Kekurangan: Di taska hanya menempatkan kanak-kanak 3 tahun ke atas, bawah 3 tahun akan ditempatkan di rumah

Taska B:

  • Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
  • Lokasi: Luar kawasan rumah, belakang rumah
  • Kelebihan: Berdekatan dengan kawasan rumah, setiap pagi disediakan pengangkutan dari rumah
  • Kekurangan: Tidak berdaftar, aktiviti yang disediakan kurang menarik, kanak-kanak terlalu ramai dan bercampur dengan pelajar sekolah rendah transit.

Taska C:

  • Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
  • Lokasi: 4-5km dari rumah
  • Kelebihan: Lokasinya terletak dalam perjalanan ke tempat kerja dan dekat sahaja, tempat tidur lelaki dan perempuan diasingkan, aktiviti kanak-kanak menarik
  • Kekurangan: Untuk kanak-kanak berumur 1-2 tahun, kawasan bermain dan pembelajarannya sempit dan kurang selamat kerana dekat dengan tangga bahagian di atas.

Taska D:

  • Yuran: RM400 sebulan OT RM8 /jam
  • Lokasi: 6km dari rumah dan jauh sedikit berbanding dari Taska A, B dan C
  • Kelebihan: Terdapat CCTV, pembelajaran menggunakan modul PERMATA dan menggunakan buku log aktiviti PERMATA, terdapat senarai menu makanan, tempat tidur lelaki dan perempuan diasingkan, pemilik mempunyai sijil kelayakkan
  • Kekurangan: Yuran lebih mahal berbanding taska lain. Agak sedikit jauh dari rumah, banyak lampu isyarat yang perlu dilalui tetapi ada jalan alternatif.

Jika diberikan perbandingan seperti di atas, mana satu taska yang menjadi pilihan anda semua?

4.Soalan Yang Perlu Ditanya

Apakah soalan yang perlu ditanya di tempat asuhan anak-anak di melaka ketika proses survey? Nampak mudah tetapi sebenarnya ini sangatlah perlu sebelum buat sebarang keputusan. Bayaran yuran adalah soalan yang ditanya kemudian.

rumah pengasuh melaka terbaik
  1. Waktu operasi taska melaka. Kebiasaannya bermula seawall 7.00 pagi – 6.30 petang. OT akan dikenakan jika lebih awal atau lebih lambat daripada waktu operasi.
  2. Apakah makanan yang akan disediakan? Berapa kali dalam sehari waktu makan?
  3. Apakah menu makanan yang disediakan? Minta kebenaran untuk membawa bekalan dari rumah jikalau menu rasa tidak sesuai untuk anak.
  4. Berapa kali mandi sehari? Terdapat sesetengah taska tidak akan mandikan anak pada waktu pagi. Jadi sebelum hantar ke taska, penjaga haruslah mandikan anak terlebih dahulu.
  5. Berapa kali pampers ditukar dalam sehari? Ada sesetengah taska hanya akan mandikan anak-anak sehari sekali sahaja dan tukarkan pampers sahaja.
  6. Berapa kali kekerapan susu akan diberikan kepada anak-anak?
  7. Pukul berapa waktu tidur anak dan berapa kali anak akan tidur?
  8. Minta kebenaran untuk melihat tempat tidur yang disediakan. Lihat jenis tilam ataupun katil yang digunakan. Pastikan tempat tidur yang disediakan dalam keadaan bersih dan selesa.
  9. Minta kebenaran untuk melihat tandas tempat anak dimandikan.
  10. Minta kebenaran untuk lihat tempat anak belajar dan bermain. Pastikan tempat tersebut selamat dan bersih. Pastikan tiada peralatan elektrik, perabot yang membenarkan anak untuk bermain lasak. Lihat karpet atau alas tikar tempat anak bermain.
  11. Tanyakan jumlah pengasuh dan kanak-kanak. Ini penting kerana hanya dibenarkan nisbah pengasuh dan kanak-kanak seperti berikut:
  12. Usia 0-1 tahun – 1 pengasuh : 3 kanak-kanak (1P:3K)
  13. Usia 1-2 tahun – 1 pengasuh : 5 kanak-kanak (1P:5K)
  14. Usia 2-4 tahun – 1 pengasuh : 10 kanak-kanak (1P:10K)
  15. Tanyakan yuran bulanan taska dan bayaran lebih masa dikenakan di melaka.
  16. Tanyakan yuran lain dan lain-lain yang berkaitan yang akan dikenakan.

Mengapa kita bertanya harga dan bayaran taska pada penghujung soalan? Supaya penilaian kita lebih terbuka. Ini kerana kita akan jadi terus tidak beminat untuk survey apabila kita mengetahui harga yuran yang mahal. Sedangkan yuran mahal berbanding taska lain disebabkan kelebihannya yang mungkin lebih banyak.

5.Buat Keputusan

Berbincang dengan pasangan dan lakukan istikharah selepas selesai survey beberapa taska. Buat pilihan yang terbaik untuk anak anda agar anda tidak menyesal kemudian hari. Penglibatan pasangan dalam pemilihan taska sangatlah penting supaya suami isteri boleh bekerjasama dan memahami rutin anak-anak.

Maklumkan kepada pihak taska dan buat pengesahan untuk kemasukan tarikh jika sudah buat pilihan. Ibu bapa akan diberikan borang untuk mengisikan maklumat anak dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Akhir sekali, banyakkan berdoa kepada Tuhan supaya anak-anak dan keluarga kita terjaga dan terpelihara dengan selamat.