Senarai Tempat Bersejarah di Melaka. Tinggalan Penjajah Portugis, Belanda, British. Jikalau ada datang melawat ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bererti anda telah melawat Malaysia.

Senarai Tempat Bersejarah di Melaka

Ini negeri Melaka yang telah melalui tempoh penjajahan yang cukup lama oleh kalangan penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dan juga British telah meninggal negeri Melaka dengan seribu macam bahan sejarah untuk tatapan kalangan kita semua untuk generasi sekarang dan akan datang.

Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia kerana mewarisi kegemilangan masa lampau. Terkenal dengan Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah di Melaka yang terdiri monumen-monumen, pelbagai legenda dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.

Berasaskan sejarah negeri ini, Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial masyarakat yang unik sebagai pusat pertemuan antara timur dan barat. Panorama yang menakjubkan di daerah ini terhasil daripada percampuran senibina darat dan tamadun masyarakat timur. Penyatuan kegemilangan lampau dan kemodenan kini boleh anda rasakan dan membentuk satu suasana harmoni dan sejahtera.

Sebelum anda pergi ke tempat menarik di melaka yang lain-lain, Mymelaka cadangkan anda pergi ke beberapa tempat bersejarah di Melaka seperti yang telah kami senarai seperti di bawah ini.

KOTA A FAMOSA

Orang-orang Portugis membina kota ini sewaktu Melaka ditakhluki pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan antara subjek yang paling banyak diambil gambarnya selain daripada Stadhuys. Sewaktu penaklukan Belanda, kota ini mengalami kerosakan teruk dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun Sir Stamford Raffles campur tangan pada tahun 1808 menyebabkan sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan yang kekal hingga ke hari ini iaitu dinding pintu masuk A’Famosa.

Hari ini, Kota A Famosa diangkat sebagai tempat bersejarah di Melaka yang WAJIB PERGI dan SINGGAH apabila datang melancong ke Melaka

STADHUYS

Pada tahun 1650, ia dibina sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Bangunan ini melambangkan senibina Belanda. Kini, bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi dan dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya. Antara barang pameran setiap hari adalah barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka dan pakaian pengantin tradisi.

BUKIT CHINA

Sebagaimana namanya diberi, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan rasmi rombongan Cina bersama Puteri Hang Li Poh yang tiba di Melaka. Sebagaimengeratkan hubungan diploatik sehinggalah penjajahan Bristish pada tahun 1511, Maharaja Cina telah menghantar beliau ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan. Hari ini tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri Cina ditempatkan di Bukit China ini iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan Dinasti Ming.

PERIGI HANG TUAH

Ia terletak di satu kawasan iaitu di Kampung Duyong, di mana Hang Tuah bersama empat orang sahabatnya dibesarkan yang kemudiannya telah menjadi hulubalang Melaka. Dikatakan bahawa perigi ini menjadi tempat kediaman roh beliau yang menjelma sebagai buaya putih. Namun adalah mustahil bagi orang biasa untuk melihat kelibat jelmaan itu. Dipercayai untuk berpeluang melihatnya hanya bagi mereka yang warak dan berhati suci sahaja.

PERIGI HANG LI POH

Pada tahun 1459, ia dibina oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang ketika itu telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Dikatakan perigi ini tidak pernah kering dan sewaktu musim kemarau, ia menjadi satu-satunya sumber air. Pada tahun 1677, perigi ini dikepung dengan tembok batu yang kukuh oleh orang-orang Belanda untuk mengekalkannya sebagai “perigi hajat”, bagi sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini dipercayai mereka akan kembali ke Melaka.

KOTA ST JOHN

Pada kurun ke-18, orang-orang Belanda membina semula kota ini, yang merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St. John pada asalnya. Rekaan kota ini sangat menarik iaitu menghadap kawasan pedalam ada diletakkan meriam kerana pada ketika itu, serangan ke atas Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.

MAKAM HANG TUAH

Untuk mengenang Laksamana Melaka, makam ini dihias bagi mengenang Laksamana Melaka yang telah berjaya mempertahankan Melaka dari segala serangan Acheh dan Siam serta kedaulatan Melaka telah diangkat sebagai sebuah negara yang disegani. Beliau seorang legenda yang dihormati dan disanjungi dalam sejarah Melaka kerana kebijaksanaan, ketangkasan dan keberanian beliau.

Sewaktu zaman remajanya, keberaniannya dapat dilihat apabila seorang lelaki yang sedang mengamuk di Kampung Duyong dapat ditahan oleh beliau seorang diri. Ketangkasannya menarik perhatian Sultan dan jawatan hulubalang dikurniakan kepada beliau, beliau adalah hulubalang yang paling muda sekali. Sehingga hari ini kata-kata Hang Tuah ini menjadi sebutan orang ramai iaitu “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”.

MAKAM HANG JEBAT

Juara dan jaguh dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi. Dalam pertempuran selama tiga hari tiga malam, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah. Beliau mengamuk selepas ditikam oleh ‘Taming Sari’ iaitu keris Hang Tuah. Hang Jebat dianggap menderhaka kepada Sultan dan Hang Tuah walaupun beliau ingin menuntut bela Hang Tuah yang telah dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya. Kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban masyarakat Melayu telah ditinggalkan daripada kisah pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat.

Yang terus dibincangkan dan didebatkan adalah tindakan beliau yang melampaui zamannya iaitu tentangan Hang Jebat kepada kesultanan Melaka dan kesetiaan Hang Tuah kepada sultannya yang tidak pernah berbelah bahagi. Sehingga hari ini, “Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah” adalah kata-kata Hang Jebat yang menjadi sebutan.

MAKAM HANG KASTURI

Hang Kasturi adalah seguru dengan Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Tuah dan Hang Jebat dalam mempelajari ilmu persilatan. Bersama-sama dengan Hang Tuah dan para sahabatnya, beliau menjadi hulubalang. Selain Hang Jebat, Hang Kasturi dan sahabat-sahabat lain terus memberi kesetiaan kepada Sultan hingga ke akhir hayat.

MAKAM TUN TEJA

Hang Tuah telah memperdaya anak perempuan Bendahara Pahang, Sri Amar Diraja dan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah. Pada tahun 1511 sewaktu berundur bersama keluarga diraja dari serangan Portugis, beliau mangkat sebagai permaisuri di Merlimau kira-kira 24km dari bandar Melaka.

Senarai tempat bersejarah di Melaka akan kami kemaskini daripada masa ke semasa

P/S: Share senarai tempat bersejarah di Melaka di FACEBOOK & WHATAPPS anda, mudah nati bila anda melancing datang ke Melaka kelak