Senarai kedai dan Tempat Makan di Melaka yang Menarik, Sedap dan best  serta terbaik, Mesti Cuba! Hari ini kami mahu berkongsi dengan anda semua tentang Melaka

Senarai Tempat Makan di Melaka Yang Sedap & Best

Melaka sememangnya syurga makanan. Untung orang Melaka. Hari-hari boleh hadap makan kedai makan best dan sedap di Melaka.

Boleh dikatakan ada tempat makan lama dan lagend serta kedai makan baru yang tumbuh bak cendawan hari ini. Semuanya menambah variasi deretan tempat makan di Melaka sedap dan menarik yang ada hari ini. Daripada masakan kampung hinggalah ke masakan western. Daripada yang goreng-gireng sehinggalah ke yang bakar-bakar. Semuanya mampu buat perut anda sentiasa lapar!

tempat makan menarik di melakaDari minuman sejuk yang lemak manis kepada kedai makanan laut segar hinggalah ke makanan tradisi pedas menyengat, semua kita boleh rasai di Melaka.

Jemput singgah untuk jalan jalan cari makan di melaka, lepas kepenatan berjalan-jalan di pantai, mandi-manda di taman tema air dan air terjun. Kebanyakan kedai makanan best melaka yang disenaraikan adalah tempat kegemaran kami sendiri.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak Mymelaka sendiri, di bawah ini kami senarai kedai makan yang boleh anda cuba sendiri dan rasainya kesedapan, walaubagaimanapun masakan kampung melaka tetap yang terbaik. Kalau sedap boleh tinggalkan review.

Kedai Sarapan Pagi di Melaka

Kedai breakfast melaka dan tempat Sarapan pagi di Melaka yang best dan sedap!

Di Malaysia, kita memang akan cari nasi lemak dan roti canai. Dan senarai kedai di bawah antara tempat terkenal dan ganas dalam kalangan pelancong.

Roti Canai Kayu Arang Melaka

sarapan pagi di melakaUntuk breakfast melaka, kita memang akan mencari nasi lemak dan roti canai pada waktu pagi. Di Melaka, terdapat satu gerai makan tepi jalan yang agak unik kerana menggunakan arang. Oldschool style.

Sesiapa yang pernah berkunjung makan roti canai di kedai ini pasti tahu rotinya lembut dan dibakar dengan sempurna.

Rata-rata orang sanggup beratur panjang menunggu giliran mereka untuk makan di sini, Kami cadangkan untuk pergi ke tempat lain jika sampai lambat dan perut sudah lapar. Untuk masih mencuba roti di sini, cuba datang awal sedikit pada keesokan harinya.

Makanan lain pun ada dijual di sini selain daripada roti canai. Sementara menunggu roti sampai, boleh alas perut terlebih dahulu dengan kuih muih pelbagai nama.

7 pagi adalah masa yang terbaik untuk ke sini kerana orang belum ramai lagi. Sarapan pagi disini memang kami sarankan untuk cuba walaupun sekali.

SINGGAH SINI: Ada Lebih 100+ Tempat Menarik Melaka 2020

Tempat Makan tengahari di Melaka

Kedai dan tempat Makan tengahari Melaka!

Perut diminta untuk diisi kembali setelah penat berjalan dari awal pagi. Mari bawa keluarga kita cari kedai makan nasi.

Lauk pauk semuanya pedas kalau sudah sampai ke Melaka. Lebih-lebih lagi, jika pekena nasi dengan asam pedas pasti merah muka apabila menghirupnya.

Asam Pedas terbaik di Melaka!

Di bawah ini, beberapa kedai makan yang terkenal dengan asam pedas Melaka akan kami kongsikan di bawah, bukan sekadar asam pedas melaka viral semata, tetapi memang sedap dan best,

Tapi kan, tempat lain juga menyediakan asam pedas. Apakah bezanya? Itu sebab kita perlu cuba untuk tahu kelazatannya.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Orang kata masak lemak udang di sini sedap juga selain menu asam pedas. Kalau mahu mencuba makan semasa makan tengah hari sudah dapat tempat letak kereta.

Kami nasihatkan supaya kita merancang perjalanan sebaiknya.

Lokasi Kedai Asam Pedas Selera Kampung yang menjadi salah satu pilihan tempat makan di bandar hilir melaka

  • Alamat : No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Waktu perniagaan : Pada cuti sekoah : 7 am – 6 pm
    Waktu biasa : Cuti hari Isnin
  • No. Telefon : 06 – 288 1799
  • Review Restoran Asam Pedas Selera Kampung: Daripada 353 ulasan pelanggan di Google, 3.9 bintang daripada 5.0 diberikan.

Kebanyakan pengunjung yang bertandang berpuas hati dengan rasa asam pedas yang sedap. Tapi, harga di situ mahal juga.

Ini bukan pilihan untuk percutian bajet. Boleh masak sendiri di homestay melaka yang telah ditempah jika ingin jimat. Kita juga boleh menjamu selera di kedai yang menyediakan banyak lauk pauk yang sedap selain daripada masakan asam pedas.

Restoran Lot 85

Restoran nasi campur melaka ini menyediakan pelbagai lauk pauk makanan tengahari yang sedap. Tempat itu selalu penuh kerana harganya yang berbaloi.

Makanan nasi campur melaka ini disediakan secara buffet, oleh itu kita boleh pilih mahu makan makanan apa. Untuk memastikan anda mempunyai tempat duduk, sila datang awal. Siapa yang mahu makan roti canai boleh datang ke sini. Sedap semuanya dengan kari yang cukup rasa.

Nasi beriani juga disajikan, namun harga agak mahal sedikit.

  • Alamat : Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Salam, 75400 Melaka.
  • Waktu perniagaan : Dibuka 9am – 5 pm dan dibuka setiap hari kecuali Ahad.
  • Telefon : 06 – 292 2045
  • Review: Hasil luahan hati 120 pengulas makanan tidak bertauliah di Google, 3.8 mata daripada 5.0 bintang dapat dikumpulkan Restoran Lot 85.

Warung Pak Enal Bukit Katil

Di Bukit Katil Melaka, warung makan ini memang sungguh terkenal.

Bersusun bas ekspress singgah membawa pelancong untuk makan pada hujung minggu.

Selain itu, terdapat variasi lauk pauk juga sehingga rambang mata dibuatnya. Tidak cukup dengan makanan tengahari, terdapat juga pencuci mulut seperti coconut shake yang dijual di sini.

Jika anda datang selepas jam 10 pagi, anda boleh makan pisang goreng sambil menghirup secawan kopi panas untuk menyegarkan mata anda.

  • Alamat : 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka.
  • Waktu perniagaan : Buka setiap hari 7.30 am – 4.30 petang
  • Telefon : 013 – 609 1649
  • Review: Dari 102 pelancong yang berkunjung makan, kedai ini berjaya menambat hati pengunjung dengan purata mata 3.8 daripada 5.0 bintang. Semua ulasan ini ditinggalkan secara sukarela di laman Google.

Nasi Ayam Bonda

Satu lagi tempat makan tengahari yang sedap di Melaka ialah Nasi Ayam Bonda. “Signature dish” kedai ini semestinya nasi ayam.

Tapi yang paling digemari pelanggan sudah semestilah layanan baik daripada pekerja yang mesra. Selain itu, kami cadangkan anda untuk mencuba mee sup dan nasi lemak di sini. Ditambahkan pula dengan sambal cili yang pedas.

Memang sungguh terangkat selera makan anda.

  • Alamat : Kampung Bachang, 75350 Melaka.
  • Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan hari Ahad ditutup.
  • Review: Seramai 35 yang berkunjung menjamu selera ini dan meninggalkan ulasan di laman Google. 3.8 daripada 5.0 bintang adalah mata terkumpul kedai nasi ayam bonda setakat ini.

Kedai makan tengahari di klebang melaka

Seterusnya kita pergi ke gerai yang viral di media sosial selepas dari menu Nasi Ayam Bonda.

Kedai Minum Petang di melaka

  • Sedang dikemaskinikan

Kedai Makan Viral Melaka

Kedai & Gerai di Melaka yang viral!

Kita pasti selalu dengar fenomena makanan viral di Melaka, lebih-lebih dengan kuasa viral Internet kini.

Fenomena disebabkan riuh dan didiviralkan di media sosial. Antara gerai-gerai yang beruntung kerana tempias viral di media sosial akan kami kongsikan di bawah ini :

Pasti kita tidak menyangka kuih keria pun boleh tersohor satu Malaysia kan?

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Kalau mahu cepat dan tidak sabar, tidak perlu singgah makan di sini. Memang seperti semut menghurung gula.

Bagaikan tidak percaya bukan.

Kedai yang menjual kuih keria Melaka viral di media sosial Barisan panjang sentiasa ada disebabkan pelanggan sanggup beratur panas terik di bawah matahari. Demi merasa kesedapan kuih yang diwar-warkan, sanggup walaupun di tengah panas turut beratur sama.

Infomasi Kedai Kuih Keria Melaka

  • Alamat : 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka.
  • Telefon : 012 – 691 4026
  • Waktu Operasi : 11 am – 7 pm (Akan tutup awal jika kuih habis)
  • Review Daripada Pengunjung: Daripada 632 ulasan Google, 3.7 / 5.0 bintang diberikan

Apakah harus dilakukan jika kuih keria habis? Anda boleh beli kuih keria di kedai seberang jalan. Rasa kuih kerianya hampir sama sahaja.

Tidaklah kita pulang dengan tangan kosong

“Kita boleh cuba sendiri resipi kuih keria viral di Melaka jika teringin atau tidak cukup.”

Banyak lagi kedai yang viral di Melaka selain daripada juadah tradisional manis bersira.

Anda boleh pergi ke Pantai Klebang yang terletak tidak jauh dari keria antarabangsa.

Minuman yang dijual adalah berdasarkan kelapa muda yang dicampur dengan ais krim vanila.

Klebang Original Coconut Shake

Sekarang pasar malam serata Malaysia pun anda boleh menjumpai minuman ini. Namun, tidak ada begitu viral seperti Coconut Shake Klebang.

Ramai yang sudah mencuba minuman ini dan rata-ratanya berpuas hati dengan rasanya yang lemak berkrim ini. Kedai ini tetap menjadi igauan pelancong di Melaka walaupun sudah ramai peniaga lain yang cuba meniru resipi asal ini.

  • Alamat : 5, 75200 Klebang, Melaka
  • Telefon : 013 -399 4061
  • Waktu perniagaan : Dibuka setiap hari 11 am – 6.30 petang. Melainkan hari Jumaat
  • Review: Mata terkumpul adalah sebanyak 4.1 daripada 5.0 bintang yang diperolehi daripada 2,661 pelancong yang sanggup beratur panjang di Klebang Original Coconut Shake. Reviw ini mereka tinggalkan pada laman Google.

Tempat Makan Best Melaka Waktu Malam!

Aida Rich Cafe

Disebabkan menu “Fusion” dihidangkan oleh Aida Rich Cafe ini, ia dikenali ramai. Ia adalah hidangan gabungan Melayu + Western + Baba Nyonya.

Nama yang diberikan pun adalah Asian Fusion Restaurant.

Suasana persekitaran kedai menyerupai di dalam Kopitiam, kecuali hidangan yang disajikan adalah masakan Melayu.

Lokasi Aida Rich Cafe

  • Alamat : 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka.
  • Telefon : 012 – 679 3811
  • Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari 12 pm – 11am
  • Review Aida Rich Cafe: Daripada 56 pelanggan yang meninggalkan ulasan di Google, 3.8 daripada 5.0 bintang telah terkumpul.

Kebanyakan yang sudah pernah ke sini akan datang singgah berulang kali untuk kedai makan malam melaka. Ini mungkin disebabkan rasa yang sedap dan harganya berpatutan.

Senarai Tempat Makan menarik di Melaka

Kedai Nasi Beriani Sedap di Melaka

  • Sedang dikemaskinikan

Senarai Tempat Makan Sedap di Bandar Melaka

  • Sedang dikemaskinikan

Kedai dan Tempat Makan Sedap Ayer Keroh

Jika, sebelum anda masuk ke bandar melaka boleh cuba deretan tempat makan menarik di ayer keroh, antaranya ialah:

  • Sedang dikemaskinikan

Tempat Makan Romantik di Melaka

  •  Sedang dikemaskinikan

Kedai Sup Sedap di Melaka

  •  Sedang dikemaskinikan

Western Sedap Melaka

  • Sedang dikemaskinikan

Senarai Makanan Tradisional Di Melaka

Antara makanan tradisional yang popular di melaka yang patut anda cuba apabila datang bercuti di Melaka selain dari asam pedas melaka adalah, laksa nyonya melaka, kuih serabai yang sesuai untuk minum petang di melaka, cendol melaka, cencaluk, belacan, gula melaka, dodol, tapai, kuih bakar berlauk, kuih keria melaka

Kesimpulannya

Jangan lupa singgah di tempat makanan ini jika sudah sampai ke Melaka. Kalau tidak singgah, pasti akan menyesal.

Insya Allah, pada suatu hari nanti kami akan tambah lagi senarai tempat makan sedap dan restoran Melaka yang best.

Jikalau ada cadangan yang ingin dikemukakan termasuk cadangan tempat makan di melaka lain yang menarik, best dan sedap, boleh mesej kami.