Seperti mana-mana zoo lain di Malaysia, Zoo Melaka & Night safari melaka adalah tempat mengumpulkan pelbagai jenis spesis binatang di Malaysia dan juga dari luar negara.
Waktu Operasi Zoo Melaka & Night Safari
Tak cukup lagi dengan itu, sekarang ini ia sedang dalam usaha mengiatkan usaha usaha bagi melakukan kerja pemuliharaan bintang dan haiwan terancam untuk diberikan perlindungan. Salah satu tempat best di melaka yang wajib anda pergi
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Lokasi & Alamat | Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
Tarikh Pembukaan | August 13, 1987 |
Keluasan | 22 hektar |
Waktu Operasi | Isnin: 9 pagi – 6 petang |
Selasa: 9 pagi – 6 petang | |
Rabu: 9 pagi – 6 petang | |
Khamis: 9 pagi – 6 petang | |
Jumaat: 9 pagi – 6 petang & 8 malam hingga 11 malam | |
Sabtu: 9 pagi – 6 petang & 8 malam hingga 11 malam | |
Ahad: 9 pagi – 6 petang | |
Contact Number | 06-232 3900 |
Portal Rasmi yang bantu anda | http://www.zoomelaka.gov.my/ |
Harga Tiket Zoo Melaka 2022 & Night Safari
Kami akan kemaskini daripada masa ke semasa harga diskaun tiket zoo melaka
PERKARA | WARGANEGARA MALAYSIA |
---|---|
Harga zoo melaka tiket masuk dewasa | RM10 |
Harga bayaran tiket masuk kanak-kanak | RM5 |
Caj pengangkutan tram (dewasa & kanak kanak) | RM50 untuk satu tram kecil |
RM50 untuk satu tram besar (sesuai untuk kumpulan dan group besar) | |
Cara beli zoo tiket online | Akan dikemaskinikan |
NOTA: Untuk anak anda yang bawah 3 tahun adalah percuma.
Promo
Buat masa ini tiada diskaun dan promo untuk anda sebagai pelanggan buat masa ini.
Review

- Zoo ini sangat besar. Saya sendiri sarankan anda menggunakan perkhidmatan tram untuk mengelilingi kawasan zoo ini. Jika anda bawa anak kecil, sila bawa stroller. Sangat jauh untuk anda berjalan. Satu lagi, haiwan seperti harimau, singa semuanya tidak aktif dan tidur pada waktu siang hari. Banyak binantang aktif pada waktu malam
- Zoo ini best, cukup besar dan mempunyai banyak aktiviti untuk anak-anak saya seperti dapat bermesra dengan haiwan peliharaan, bagi makan pada dan kuda. Disyorkan untuk bersiar-siar, datang ke sini.
Map
Lokasi senang sahaja untuk sampai ke sini. Jika anda sampai ke tol ayer keroh Melaka, jarak dengan zoo hanya 3 km sahaja. Kedudukan zoo betul betul berhadapan dengan Mcd Ayer Keroh Melaka. Dan memang di tepi jalan sahaja kedudukan zoo ini.
Ini peta Google Map bagi memudahkan pencarian anda.

Soalan Lazim & FAQ
1. Adakah night safari Melaka masih dibuka lagi sekarang?
Ya. Ada dibuka. Pada Jumaat & sabtu malam sahaja.
2. Bila waktu dan masa show dan pertunjukkan di sini?
Bermula pukul 10 pagi
3. Ada kemudahan online booking & tempahan online untuk beli tiket?
Maaf tiada disediakan. Boleh terus ke kaunter untuk pembelian tiket
4. Ada diskaun harga tiket jika menunjukkan student card?
Maaf tiada
5. Adakah zoo ini dibuka pada setiap hari termasuk cuti sekolah?
Ya
6. Adakah tram disediakan semasa masuk Night Safari Melaka
Maaf. Perkhidmatan tram hanya disediakan sehingga pukul 5 petang sahaja.