The Rucksack Caratel Melaka Hotel. RM211 Semalam. Review?

the rucksack caratel melaka

The Rucksack Caratel Melaka Hotel. RM211 Semalam. Review?

MyMelaka boleh katakan yang lokasi di mana terletaknya The Rucksack Caratel Melaka Hotel adalah lokasi yang ideal dan akan disukai oleh kalangan pelancong yang datang bercuti di bandar Melaka.

Lokasi tidak jauh daripada kawasan yang digazetkan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO dan cukup ramuannya untuk tinggal dan menginap jauh sedikit daripada hiruk pikuk dan riuh rendah di kawasan Bandar Melaka (city center).

Sebenarnya lokasi The Rucksack Caratel Melaka Hotel agak sukar buat kalangan yang pertama kali sampai ke hotel ini terutamanya kalangan pelancong luar Melaka dan apatah lagi pelancong Asing kerana bangunan yang agak tersorok, tetapi Mymelaka boleh katakan apabila anda sampai penat anda akan terubat dengan kelesesaan tempat penginapan yang disediakan untuk anda.

Boleh dikatakan MyMelaka.co agak kagum dengan sentuhan rekabentuk di bahagian lobi. Kelihatan dereta lukisan dan dekorasi moden yang ditampilkan bersama-sama dengan calitan warna dinding yang agak cocok. Ada banyak tempat duduk yang anda boleh pilih untuk santai bersama kalangan pelancong dan penginap yang lain.

Bilik yang mereka nampak mewah dan moden, apabila setiap bilik dilengkapi dengan tingkap-tingkap kaca besar sekaligus memberikan pandangan yang jelas, luas dan menarik di luar. Tinggal di bilik-bilik dengan pemandangan floral, bangunan lama dan bangunan warisan memberikan satu dimensi pemandangan yang berbeza membuatkan anda seperti tinggal di zon warisan sejarah Melaka. Ada banyak lagi pilihan bilik lain yang boleh anda pilih termasuklah pemandangan kolam renang (swimming pool).

Akhirnya untuk tiap-tiap keping tanah yang berada di sekitar kawasan Tapak Warisan Dunia adalah sangat-sangat berharga dan bernilai. Ada perlu membayar harga yang mahal untuk membangunan homestay, hostel, hotel di kawasan seperti ini. Dalam aspek perniagaan dan bisnes, sudah semestinya pengusaha akan menukarkan tanah-tanah kepada deretan bilik bagi mengoptimumkan pelaburan yang telah dilakukan. Tetapi ia tidak berlaku di The Rucksack Caratel Melaka Hotel. Ini kerana berdasarkan penelitian Mymelaka lebih daripada 30 peratus daripada kawasan tanah mereka telah dijadikan untuk ada kawasan kolam renang (swimming pool). Jadi ini antara sebab ramai yang akan datang tinggal dan menginap ke sini lagi setaip kali pulang bercuti ke negeri Melaka.

Nah….sekian review The Rucksack Caratel Melaka Hotel dari Mymelaka.

Koleksi Gambar The Rucksack Caratel Melaka Hotel

Apa Yang Boleh Kami Bantu Anda?

Hubungi kami. Kami sedia membantu memberikan khidmat nasihat bagaimana cara untuk anda mengembangkan bisnes anda di MyMelaka.co.

Demos

Layout

Wide
Boxed
error: