Jemput lerr datang ke Melaka, banyak tempat menarik di Melaka yang best pada waktu malam dan waktu siang bersama kanak-kanak dan anak anak anda
Tinjauan yang pihak Mymelaka lakukan, rata-rata suka untuk datang ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Mana tidaknya. Nak cari tempat makan best dan sedap termasuk deretan tempat best di Melaka cukup banyak. Ada banyak pilihan tempat viral di melaka untuk mereka datang bercuti.
Senarai Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam dan Siang
Kecil-kecil cili padi. Itulah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu sebuah destinasi pelancongan menarik dan unggul di Malaysia.
Merata boleh cari dan pergi atau bahasa muda-mudi hari ini iaitu check in sambil selfie untuk dikongsikan di media sosial, Facebook ataupun Instagram.
Adakah anda Setuju?
Anda tahu apa yang lebih menakjubkan? Hanya 2 tempat sahaja yang diperakui sebagai bandar warisan dunia oleh UNESCO.
Georgetown, Pulau Pinang dan juga Melaka. Dengan sejarah terkandung yang melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik, jika anda ingin dapatkan harga murah, sila tempah awal atau pergi waktu puncak. Anda digalakkan untuk sewa homestay jikalau pergi dalam kumpulan besar. Pendek kata, memang tiada masalah untuk bercuti di Melaka.
Di sini Mymelaka senaraikan terlebih dahulu tempat menarik di Ayer Keroh dan tempat menarik di Bandar Hilir yang mana anda boleh di pautan ini senarai tempat bersejarah di Melaka.
“Ini adalah panduan tempat best yang ada di Melaka. Dari tempat yang bersejarah hinggalah ke pantai yang bersih. Semua ada”
Melaka mempunyai banyak tempat percutian yang best di melaka termasuk pantai yang bersih dengan pemandangan matahari yang mengasyikkan pada waktu terbit & terbenam.
Di bawah ini, kami senaraikan pantai terbaik di Melaka, yang bersedia setiap masa untuk menerima kunjungan anda.
DAH CUBA: 10+ Tempat Makan di Melaka Pilihan Mymelaka
Pantai Puteri: Tempat Mandi Pantai di Melaka Sesuai Untuk Family Day
Apakah tarikan yang ada di Pantai Puteri? Biasanya sampah-sarap pasti banyak di kawasan yang ramai pelancong. Pantang betul jika ramai pelancong pasti akan banyak sampah-sarap.
Tapi, ini tidak berlaku di Pantai Puteri Melaka. Kawasannya terjaga rapi dan pantainya bersih.
Inisiatif memang diambil kerajaan negeri Melaka untuk membersihkan pantai ini setiap hari.
Jadi, datang ke sini memang sedap mata memandang dan boleh rehatkan fikiran. Sampah akan disapu dan diangkut dengan teratur. Cuma, pantai ini tidak boleh nak lawan dengan pantai di Langkawi.
Anda boleh datang melancong. Hotel Melaka di tepi pantai boleh dinginap untuk menyaksikan keindahan matahri terbit dan terbenam. Untuk dapatkan harga murah anda diminta untuk buat tempahan awal ataupun tinggal di homestay.
Pantai seterusnya lebih dikenali ramai (mainstream!!). Memang sudah ramai orang kenal dan jalan memang sesak di situ. Pantai apakah itu?
Tempat Menarik di Pantai Klebang Melaka
Banyak Tempat Makan Best dan menarik di sekitar pantai klebang Melaka!
Lokasi pantai ini terletak tidak jauh dari Pantai Puteri. Kawasan ini telah ditambak beberapa tahun lepas dan jadilah seperti sekarang ini.
Yang dilihat di bawah adalah tinggalan kerja menambak kawasan pantai yang dipanggil Klebang Desert.
Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan di Klebang ini. Anda boleh makan-makan di sini. Terdapat kedai coconut shake Klebang yang terkenal (viral) di sini. Lokasinya yang strategik ke Bandar Hilir juga disukai oleh para pelancong.
Anda disyorkan untuk sewa sahaja homestay di Pantai Klebang sekiranya anda berhajat untuk sewa di Bustel Klebang (Bus+Hotel). Bustel ini sudah tidak beroperasi sejak 2016. Kami juga tidak pasti mengapa.
Jika sudah sampai di Pantai Klebang, ada satu tempat menarik berbayar yang boleh dilawati.
Di Malaysia, cuma ada 1 sahaja muzium seperti ini. Apakah nama tempat ini?
Muzium Kapal Selam
Melawat muzium kapal selam yang dijaga rapi oleh PERZIM jelas sekali memang dapat mengujakan anak-anak. Maklumlah budak lelaki.
Lagipun, bukan selalu berpeluang berkunjung dan melihat kapal selam? Jangan dilepaskan peluang ini alang-alang berada di Melaka. Kapal selam ini bukan sahaj boleh dimasuki tetapi juga boleh dinginap di dalamnya. Tapi harga bayarannya sudah jadi lain.
“Muzium kapal selam Melaka! Satu-satunya di Malaysia ini”
Pantai Pengkalan Balak, Tempat Penginapan Best di Melaka
Lokasi Pantai Pengkalan Balak agak jauh ke pedalaman jika mahu dibandingkan dengan Pantai Puteri dan Klebang.
Untuk tiba ke sini, anda perlu melalui jalan persisiran pantai. Tapi, usah risau, perjalanan yang jauh itu tidak sia-sia. Di sini, suasana perkampungan nelayan di tepi pantai dapat dinikmati sepenuhnya.
Terdapat pelbagai chalet dan homestay melaka yang cantik-cantik dan selesa untuk anda menginap.
Tempat Bercuti di Melaka untuk Melihat Hidupan Liar!
Taman Rama-Rama Melaka (Reptilia juga ada)
Terdapat hampir 20 spesies rama-rama yang cantik di Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini.
Lokasinya sangat strategik dan mudah dicapai. Ia hanya 5 minit sahaja dari Tol Ayer Keroh. Kami secara peribadinya sudah sampai ke Taman Rama-rama Melaka ini. Tempat seluas 11 ekar ini memang cantik tempatnya.
Tempat seterusnya di Melaka yang dibuka siang dan malam dan penuh dengan haiwan,
Apakah tempat yang dibuka siang dan malam itu? Jawapannya adalah
Jawapan bagi tempat yang dipenuhi dengan haiwan itu sudah tentulah Zoo Melaka.
Zoo Melaka & Safari Malam
Ia adalah salah sebuah Zoo yang terbesar di Malaysia. Banyak spesies binatang liar ditempatkan dan ada diantaranya spesies yang diancam kepupusan.
Taman Buaya Melaka
Apa yang menyeronokkan jika anda pergi ke Taman buaya Melaka. Baik pergi ke Zoo setakat mahu tengok buaya bermalas-malasan kan.
Sebenarnya pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Ada juga tarikan lain seperti rumah hantu dan taman tema air. Rumah hantu dibuka siang dan malam, tapi akan dikenakan bayaran untuk masuk. Tidak mahal pun dalam RM2 sahaja. Untuk taman tema air pula, harganya sudah termasuk pakej masuk sekali ke Taman Buaya ini iaitu RM18 bagi dewasa dan RM13 bagi kanak-kanak pada hujung minggu.
Terdapat juga persembahan ular dan buaya, tarian budaya dan seni selat.
Taman Burung Melaka
Anda tidak boleh melepaskan peluang mengunjung taman burung ini terutama sekali bagi peminat burung-burung.
Tempat ini adalah antara taman unggas terbesar di Asia. Ada banyak burung yang “rare” dan cantik dan berwarna-warni untuk tatapan pengunjung.
Anak-anak kita pasti gembira tidak terkata apabila mendengar suara kicauan burung yang merdu dan mengasyikkan.
Taman Tema Menarik di Melaka!
Memang banyak taman tema untuk kita kunjungi di Melaka ini. Berikut di bawah kami senaraikan tempat untuk taman tema yang best untuk anda terjah.
Melaka Wonderland Theme Park, tempat mandi Melaka yang best!
Kami syorkan untuk bawa ahli keluarga ke sini jika mahu bermandi-manda di taman tema air.
Melaka Wonderland adalah water theme park terbesar di Melaka. Di sana, terdapat banyak permainan yang boleh dimain seperti Adventure Island, Gelungsur air dan Lazy Cum Crazy Pool. Harga masuk untuk dewasa pada hujung minggu lebih kurang RM40, manakala kanak-kanak pula adalah RM32. Ia dibuka dari 9 pagi hingga 7 malam.
Resort yang mempunyai taman tema air juga boleh anda pergi jika anda malas mahu pergi ke Melaka Wonderland. Memang banyak yang seronok yang boleh didapati di Melaka.
Kebanyakan resort mempunyai kemudahan water theme park sendiri. Jadi, semata-semata untuk mandi-manda, anda tidak perlu meredah sesak jalan di Melaka.
Rumah Terbalik di Melaka (Upside Down House)
Anda boleh singgah rumah aneh ini, jika anda seorang suka menangkap gambar.
Segala hiasan dalaman dan setiap sudut dalam rumah ini disusun terbalik, seumpama kita sedang berjalan di atas syiling rumah atau pakai toilet terbalik.
Ia dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam. Harga bayaran masuk dewasa warganegara Malaysia adalah RM15 dan kanak-kanak pula adalah RM10. Lokasinya berdekatan dengan Sungai Melaka.
The Pirate Adventure – Melaka Alive
Pada zaman dahulu kala, lanun-lanun bebas berlayar di lautan dan samudera. Sungguh bermaharajalela dan hati para pelayar di lautan dapat digentarkan.
Rasai sendiri pengalaman tersebut di Pirate Adventure ini walaupun zaman itu telah lama berlalu. Waktu operasinya adalah setiap hari dari 7.30 malam hingga 10 malam. Ia terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir. Bayaran masuk adalah RM20 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Namun harga bayaran mungkin boleh berubah.
Bayou Lagoon Park Resort Melaka
Adalah lebih mudah untuk menyelam sambil minum air sekiranya anda merancang untuk berjalan-jalan di Melaka sambil mandi-manda.
Tempah saja penginapan yang menyediakan taman tema airnya sendiri seperti Bayou Lagoon ini. Resort ini memang terkenal untuk menginap sambil bermandi-manda semasa bercuti di Melaka.
Hotel ini bertaraf 4 bintang dan lokasinya strategik hanya 20 minit ke pusat bandar. Harga bayaran masuk terkini ke taman tema ini adalah RM28 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.
A Famosa Resort Melaka
Melaka juga mempunyai pilihan resort 4 bintang bersama dengan taman tema air dalam 1 lokasi sahaja.
Ciri-ciri ini dapat ditepati dan didapati di A Famosa Resort dengan tambahan lagi satu taman tema Safari Wonderland yang kita semua berpeluang untuk melihat haiwan liar.
Air Terjun Dan Kolam Best Di Melaka Untuk Mandi-Manda
Melaka juga kaya dengan keindahan alam semulajadi yang menarik hati untuk mandi-manda selain taman tema dan pantai.
Berikut kami kongsikan senarai tempat mandi-mana di Melaka.
Kolam Air Panas Jasin
Kolam Air Panas Jasin memang terbaik untuk mandi waktu di waktu pagi kerana sangat menyegarkan dan airnya yang hangat. Nama pun kolam air panas.
Di bawah anda boleh baca lebih lanjut dan melihat gambar menarik di kolam air panas ini.
Ia terletak di Kg Air Panas, Bemban. Di sini, anda boleh mandi sampai puas. Dengan berendam dalam air panas, kecergasan badan dapat dikembalikan. Kebanyakan pelancong yang berkunjung berpuas hati dengan servis dan pengalaman bercuti mereka di sini. Jadi, apa tunggu lagi, jadikan Kolam Air Panas sebagai satu tempat bercuti anda!
Air Terjun Asahan, Gunung Ledang
Masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan salah satu tempat mandi manda di Melaka iaitu air terjun Asahan di Melaka ini kerana jika anda cari di Google pun tidak akan keluar kolam ini.
Disebabkan kurang pengunjung bertandang, tempat ini masih terjaga rapi dan best. Sangat cantik pemandangan air terjun ini dan airnya jernih dan bersih. Untuk masuk, masih lagi percuma dan anda boleh melawat bila-bila masa sahaja.
Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti meredah hutan, berkhemah atau mendaki Gunung Ledang setinggi 1276m.
Destinasi seterusnya khas bagi orang yang suka bergambar. Jom kita kembali ke hutan batu selepas menjelajah suasana damai di Air Terjun Asahan.
Masjid Bersejarah di Melaka
Melaka merupakan pusat tumpuan pedagang di zaman kegemilangannya yang melibatkan hampir serata dunia.
Tidak hairanlah, masjid-masjidnya kaya dengan pelbagai kesenian senibina yang dibawa bersama mereka.
Di bawah ini, disenaraikan masjid-masjid yang boleh dilawati.
Masjid Kampung Hulu
Masjid ini lokasinya sangat hampir dengan Bandar Hilir dan dibina hampir di tebing Sungai.
Jika anda perhatikan pada rekaan ruang solat, mimbar dan menara azan menunjukkan keunikan seni bina. Ia adalah kombinasi beberapa pengaruh iaitu Melayu Melaka, Hindu, Cina dan Jawa. Menara azan Masjid Kampung Hulu ini mirip pagoda Cina. Rekaan kolam wudhunya juga mempunyai keunikan yang tersendiri.
Masjid Kampung Kling
Masjid ini telah dibina pada tahun 1978 oleh seorang pedagang muslim yang berlayar dari India. Jadi, ia berusia lebih daripada 500 tahun.
Masjid ini telah diisytiharkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka sebagai monumen bersejarah pada tahun 1999.
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka antara masjid yang pelancong gemari untuk singgah menunaikan solat maghrib dan kemudian sambung makan angin di malam hari.
Lokasinya yang strategik iaitu tidak jauh dari Bandar Hilir yang sememangnya sudah terkenal untuk makan angin. Untuk menikmati pemandangan kota Melaka, boleh menaiki Menara Taming Sari ataupun pergi ke pasar malam Jonker Street.
FAKTA : Masjid al azim melaka adalah masjid negeri di Melaka
Tempat Shopping di Melaka
Terdapat beberapa tempat best membeli belah cenderahati di Melaka. Ini termasuklah dari pasar malam hinggalah ke butik berjenama.
Jika kena dengan selera dan bajet anda, pasti dapat memikat hati anda untuk membelinya. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa tempat beli-belah di Melaka.
Freeport Melaka Premium Outlet
Melaka FreePort adalah satu tempat beli-belah yang menempatkan kedai atau butik dari jenama dalam dan luar negara.
Sesuai untuk pelancong yang berkemampuan dan juga bercita rasa tinggi. Yang sudah pasti, ia bukan tempat beli belah yang sesuai untuk percutian bajet.
Jonker Walk / Jonker Street
Jom ramai-ramai singgah Jonker Walk pada malam hari jika anda lebih suka berbelanja di lokasi yang lebih santai.
Terdapat pasar malam yang terkenal di sini. Ingin tahu apa yang menjadikan pasar malam Jonker Street Melaka ini best?
Ini kerana barang-barangnya dijual dengan harga berpatutan oleh peniaga. Banyak kedai-kedai yang menjual makanan, cenderahati, tekstil, kraftangan dan antik yang boleh dijadikan ole-ole. Pendek kata, anda boleh terpukau dengan barang-barangan yang dijual.
Pemandangan Menarik Di Melaka!
Menara Tamingsari Melaka
Usah fikir lama jika anda masih tertanya-tanya mana mahu pergi ketika bercuti di Melaka, banyak lagi tempat best Melaka yang belum anda singgah lagi.
Untuk melihat pemandangan malam bandar ini yang serba indah, anda boleh datang dan menaiki Menara Tamingsari ini. Tidak sama apa yang dilihat pada waktu siang dan malam.
Waktu malam lagi best dan menarik dari siang untuk dinaiki, sama seperti menaiki River Cruise.
The Shore Sky Tower
Apakah tempat yang paling terbaik dan sesuai untuk lihat matahari terbenam. Sudah pasti jawapannya adalah tepi pantai kan.
Itu memang tepat sekali. Tetapi pemandangan sunset yang best boleh dilihat dengan menaiki menara Sky tower melaka ini, tidak perlu lagi pergi ke pantai.
Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang
Pelbagai makanan viral memang cukup terkenal di pantai ini. Disebabkan ramai orang nak beratur beli makanan sampai jalan menjadi sesak.
Itulah hakikat yang berlaku, nampak seperti tidak logik.
Selain itu, kawasan dataran ini juga turut dilengkap kolam mandi percuma dan banyak peniaga.
River Cruise Melaka
Kebanyakan bandar-bandar di tamadun silam di seluruh dunia dibina berdekatan dengan laut atau sungai. Contohnya seperti di Venice Itali.
Jalan perhubunggan untuk perdagangan juga antara fungsi Sungai Melaka pada dahulukala. Ini menjadikan Malaysia juga turut tidak terkecuali.
Peluang berlayar dan menjamu mata anda dengan pemandangan yang indah belaka di Sungai Melaka jangan dilepaskan.
Jika kita perhatikan, sebenarnya masih banyak tinggalan sejarah yang boleh didapati. Senibina bangunan lama dengan pengaruh budaya asing. Diingatkan supaya jangan lupa membawa kamera anda.
Melaka Skytrex
Melaka Skytrex adalah tempat yang sukakan aktiviti ekstrem dan bukan kepada mereka yang manja dan gayat. Kami pun tidak berani lagi untuk mencuba.
Jika anda gemar akan aktiviti lasak?
Ini akan menjadi pilihan anda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti ekstrem di kanopi hutan untuk para pengunjung Skytrex Melaka.
Ingin tahu betapa ekstremnya aktiviti di sana. Mungkin anda boleh pergi untuk merasainya.
Jom Shopping di Melaka
- Hardrock Cafe Melaka
Senarai Tempat Bersejarah di Melaka 2022
Tinggalan Penjajah Portugis, Belanda, British. Jikalau ada datang melawat ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bererti anda telah melawat Malaysia.
Ini negeri Melaka yang telah melalui tempoh penjajahan yang cukup lama oleh kalangan penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dan juga British telah meninggal negeri Melaka dengan seribu macam bahan sejarah untuk tatapan kalangan kita semua untuk generasi sekarang dan akan datang.
Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia kerana mewarisi kegemilangan masa lampau. Terkenal dengan Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah di Melaka yang terdiri monumen-monumen, pelbagai legenda dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.
Berasaskan sejarah negeri ini, Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial masyarakat yang unik sebagai pusat pertemuan antara timur dan barat. Panorama yang menakjubkan di daerah ini terhasil daripada percampuran senibina darat dan tamadun masyarakat timur. Penyatuan kegemilangan lampau dan kemodenan kini boleh anda rasakan dan membentuk satu suasana harmoni dan sejahtera.
Sebelum anda pergi ke tempat menarik dan best untuk bercuti di melaka yang lain-lain, Mymelaka cadangkan anda pergi ke beberapa tempat bersejarah di Melaka seperti yang telah kami senarai seperti di bawah ini.
KOTA A FAMOSA
Orang-orang Portugis membina kota ini sewaktu Melaka ditakhluki pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan antara subjek yang paling banyak diambil gambarnya selain daripada Stadhuys. Sewaktu penaklukan Belanda, kota ini mengalami kerosakan teruk dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun Sir Stamford Raffles campur tangan pada tahun 1808 menyebabkan sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan yang kekal hingga ke hari ini iaitu dinding pintu masuk A’Famosa.
Hari ini, Kota A Famosa diangkat sebagai tempat bersejarah di Melaka yang WAJIB PERGI dan SINGGAH apabila datang melancong ke Melaka
STADHUYS
Pada tahun 1650, ia dibina sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Bangunan ini melambangkan senibina Belanda. Kini, bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi dan dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya. Antara barang pameran setiap hari adalah barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka dan pakaian pengantin tradisi.
BUKIT CHINA
Sebagaimana namanya diberi, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan rasmi rombongan Cina bersama Puteri Hang Li Poh yang tiba di Melaka. Sebagaimengeratkan hubungan diploatik sehinggalah penjajahan Bristish pada tahun 1511, Maharaja Cina telah menghantar beliau ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan. Hari ini tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri Cina ditempatkan di Bukit China ini iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan Dinasti Ming.
PERIGI HANG TUAH
Perigi hang tuah terletak di satu kawasan iaitu di Kampung Duyong, di mana Hang Tuah bersama empat orang sahabatnya dibesarkan yang kemudiannya telah menjadi hulubalang Melaka. Dikatakan bahawa perigi ini menjadi tempat kediaman roh beliau yang menjelma sebagai buaya putih. Namun adalah mustahil bagi orang biasa untuk melihat kelibat jelmaan itu. Dipercayai untuk berpeluang melihatnya hanya bagi mereka yang warak dan berhati suci sahaja.
PERIGI HANG LI POH
Pada tahun 1459, ia dibina oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang ketika itu telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Dikatakan perigi ini tidak pernah kering dan sewaktu musim kemarau, ia menjadi satu-satunya sumber air. Pada tahun 1677, perigi ini dikepung dengan tembok batu yang kukuh oleh orang-orang Belanda untuk mengekalkannya sebagai “perigi hajat”, bagi sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini dipercayai mereka akan kembali ke Melaka.
KOTA ST JOHN
Pada kurun ke-18, orang-orang Belanda membina semula kota ini, yang merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St. John pada asalnya. Rekaan kota ini sangat menarik iaitu menghadap kawasan pedalam ada diletakkan meriam kerana pada ketika itu, serangan ke atas Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.
MAKAM HANG TUAH
Untuk mengenang Laksamana Melaka, makam ini dihias bagi mengenang Laksamana Melaka yang telah berjaya mempertahankan Melaka dari segala serangan Acheh dan Siam serta kedaulatan Melaka telah diangkat sebagai sebuah negara yang disegani. Beliau seorang legenda yang dihormati dan disanjungi dalam sejarah Melaka kerana kebijaksanaan, ketangkasan dan keberanian beliau.
Sewaktu zaman remajanya, keberaniannya dapat dilihat apabila seorang lelaki yang sedang mengamuk di Kampung Duyong dapat ditahan oleh beliau seorang diri. Ketangkasannya menarik perhatian Sultan dan jawatan hulubalang dikurniakan kepada beliau, beliau adalah hulubalang yang paling muda sekali. Sehingga hari ini kata-kata Hang Tuah ini menjadi sebutan orang ramai iaitu “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”.
MAKAM HANG JEBAT
Juara dan jaguh dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi. Dalam pertempuran selama tiga hari tiga malam, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah. Beliau mengamuk selepas ditikam oleh ‘Taming Sari’ iaitu keris Hang Tuah. Hang Jebat dianggap menderhaka kepada Sultan dan Hang Tuah walaupun beliau ingin menuntut bela Hang Tuah yang telah dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya. Kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban masyarakat Melayu telah ditinggalkan daripada kisah pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat.
Yang terus dibincangkan dan didebatkan adalah tindakan beliau yang melampaui zamannya iaitu tentangan Hang Jebat kepada kesultanan Melaka dan kesetiaan Hang Tuah kepada sultannya yang tidak pernah berbelah bahagi. Sehingga hari ini, “Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah” adalah kata-kata Hang Jebat yang menjadi sebutan.
SUMBER: http://www.mbmb.gov.my
MAKAM HANG KASTURI
Hang Kasturi adalah seguru dengan Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Tuah dan Hang Jebat dalam mempelajari ilmu persilatan. Bersama-sama dengan Hang Tuah dan para sahabatnya, beliau menjadi hulubalang. Selain Hang Jebat, Hang Kasturi dan sahabat-sahabat lain terus memberi kesetiaan kepada Sultan hingga ke akhir hayat.
MAKAM TUN TEJA
Hang Tuah telah memperdaya anak perempuan Bendahara Pahang, Sri Amar Diraja dan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah. Pada tahun 1511 sewaktu berundur bersama keluarga diraja dari serangan Portugis, beliau mangkat sebagai permaisuri di Merlimau kira-kira 24km dari bandar Melaka.
Senarai tempat bersejarah di Melaka akan kami kemaskini daripada masa ke semasa
P/S: Share senarai tempat bersejarah di Melaka di FACEBOOK & WHATAPPS anda, mudah nati bila anda melancing datang ke Melaka kelak
Kesimpulan Tempat Percutian Di Melaka
Tamat sudah entri tempat menarik yang virak dan best Melaka ini. Melaka terkenal dengan sesak dengan orang apabila cuti.
Semoga entri pada kali ini, membantu anda mengenalpasti
- Lokasi dan tempat menarik di melaka waktu malam
- Kedai makan sedap
- Tempat best Melaka pada waktu siang
- Senarai tempat percutian menarik di melaka
- Tempat bersejarah
- Tempat percutian menarik di melaka percuma & berbayar
- Pantai & tempat mandi manda
Terima kasih kerana baca perkongsian ini sehingga ke akhirnya. Semoga perjalanan dan percutian anda melawat kesemua senarai tempat best di Melaka seperti di atas dipermudahkan.
P/S: Kongsikan juga semua senarai tempat menarik dan tempat cantik melaka ini di FACEBOOK & WHATAPPS kawan-kawan rapat atau family terdekat anda yang ada plan datang melancong ke negeri Melaka. Mudah mereka berjalan-jalan nanti.