Home Blog Page 2

Keputusan PRN Melaka 2021: Result BN vs PH vs PN

keputusan prn melaka

Result dan Keputusan PRN Melaka 2021 antara calon dun dari Barisan Nasional BN vs Pakatan Harapan PH vs Perikatan Nasional PN pada hari pengundian

Nampaknya Melaka sekali terpaksa berhadapan dengan satu lagi pemilihan kerajaan baru negeri Melaka selepas ini.

Ini semua gara-gara kemelut dan krisis politik melaka yang telah berlaku baru-baru ini.

Keputusan PRN Melaka 2021 (Keseluruhan)

KATEGORIUNDI
Tarikh PRN Melaka 202120 November 2021
Siapa pemenang keseluruhan keputusan PRN Melaka 2021Akan dikemaskinikan
Bilangan ADUN Barisan Nasional BN MenangAkan dikemaskinikan
Bilangan ADUN Pakatan Harapan PH MenangAkan dikemaskinikan
Bilangan ADUN PAS MenangAkan dikemaskinikan
Bilangan ADUN Bersatu MenangAkan dikemaskinikan

SEMAK SINI: Pejabat cawangan spr melaka

1. Keputusan PRN DUN Kuala Linggi Melaka

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

2. Keputusan Dun Tanjung Bidara

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

3. Result PRN Melaka Dun Ayer Limau

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

4. Keputusan Dun Lendu

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

5. Keputusan Dun Taboh Naning

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

6. Keputusan Dun Rembia

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

7. Keputusan Dun Gadek

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

8. Keputusan Dun Machap Jaya

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

9. Keputusan Dun Durian Tunggal

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

10. Keputusan Dun Asahan

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

11. Keputusan Dun Sungai Udang

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

12. Keputusan Dun Pantai Kundor

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

13. Keputusan Dun Paya Rumput

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

14. Keputusan Dun Klebang

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

15. Keputusan Dun Pengkalan Batu

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

16. Keputusan Dun Ayer Keroh

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

17. Keputusan Dun Bukit Katil

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

18. Keputusan Dun Ayer Molek

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

19. Keputusan Dun Kesidang

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

20. Keputusan Dun Kota Laksamana

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

21. Keputusan Dun Duyong

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

22. Keputusan Dun Bandar Hilir

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

23. Keputusan Dun Telok Mas

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

24. Keputusan Dun Bemban

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

25. Keputusan Dun Rim

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

26. Keputusan Dun Serkam

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

27. Keputusan Dun Merlimau

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

28. Keputusan Dun Sungai Rambai

PEMENANG / PENYANDANGPARTIUNDI
   

SUMBER: https://www.melaka.gov.my

Sejarah Si Kitol Melaka & Raja Mendeliar

Sejarah Si Kitol Melaka & Raja Mendeliar

‘SI KITOL’ merupakan seorang pembelot dan merupakan punca kepada kehancuran Kesultanan Melayu Melaka. Dia jugalah menabur fitnah dan memecah belahkan orang Melayu.

Dalam buku Sejarah Melayu ada mengisahkan tentang seorang watak bernama Si Kitol. Kisahnya bermula dengan Si Kitol berhutang dengan Raja Mendaliar tetapi dia sukar untuk membayar hutangnya.

Raja Mendaliar pula merupakan seorang yang amat kaya dan sangat dikenali di Melaka ketika itu. Raja Mendaliar mendapat perkhabaran bahawa kekayaannya kurang sebahara emas daripada kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.

Sejarah Si Kitol dan Raja Mendeliar

BACA SINI: Sejarah melaka yang sebenar

si kitol dan raja mendeliar

Pada suatu hari berlaku salah faham antara Raja Mendeliar dengan seorang saudagar kaya di Melaka ketika itu bernama Nina Sura Dewana. Mereka berdua berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja untuk menyelesaikan perbalahan antara mereka. Pada ketika itu, hari telah lewat petang dan Bendahara Seri Maharaja menyuruh mereka untuk datang pada keesokan hari.

Si Kitul mendapat tahu adanya pertemuan antara Bendahara Seri Maharaja dengan Nina Sura Dewana secara sulit, lalu dia terus memberitahu kepada Raja Mendeliar bahawa Bendahara Seri Maharaja telah menyebelahi Nina Sura Dewana dalam perbalahannya dengan Raja Mendeliar. Perkara yang dikhabarkan Si Kitol kepada Raja Mendeliar tersebut adalah salah dan fitnah.

Raja Mendeliar merasa kedudukannya sedang terancam dengan perkhabaran yang diterimanya itu. Lalu Raja Mendeliar pun mengoyak-ngoyak surat hutang Si Kitol dan memberitahu bahawa hutangnya sebanyak sekati emas itu beliau halalkan dunia akhirat.

Laksamana Khoja Hassan Hilang Pertimbangan

Setelah itu, Raja Mendeliar pula telah membuat tindakan susulan. Beliau telah mengambil sejumlah hartanya lalu pergi pula ke rumah Laksamana Khoja Hassan. Raja Mendeliar memberitahu Laksamana Khoja Hassan bahawa Bendahara Seri Maharaja sedang merancang untuk menjadi raja di Melaka.

Katanya lagi, Bendahara Seri Maharaja juga telah pun menempah beberapa alat kebesaran daripada emas. Melihatkan harta yang banyak itu, Laksamana Khoja Hassan tidak dapat berfikir panjang lagi. Pertimbangannya sudah hilang dan kewarasan akalnya sudah lenyap.

Akhirnya berlakulah peristiwa yang paling tragis dalam sejarah Melaka di mana Bendahara Seri Maharaja, saudara lelakinya Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung (anak Bendahara Seri Maharaja) dan Tun Ali suami kepada Tun Fatimah dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud tanpa usul periksa lagi.

Pembelot Kerajaan Melayu Melaka

Peristiwa ini bukan sahaja merupakan sejarah hitam dalam sejarah Melaka, tetapi ianya turut memberi kesan kepada kesinambungan kesultanan Melaka itu sendiri. Hal ini hanya disebabkan fitnah dan buah mulut orang yang tidak mempunyai nilai moral seperti Si Kitol. Si Kitol hanya ingin melepaskan dirinya sahaja dan memecah belahkan orang.

Chalet Melaka: Resort Menarik & Best di Melaka

Senarai Chalet Melaka: Resort Menarik & Best di Melaka

INGIN lari dari kesibukkan kota dan mencari lokasi percutian yang jauh dari bandar untuk menenangkan fikirkan.

Mungkin ini antara tempat yang boleh anda fikir-fikirkan.

1.PHILEA RESORT & SPA Melaka

BACA SINI: Senarai makan tengahari di melaka

TERLETAK hampir 20 kilometer dari kesibukan kota, ia merupakan antara lokasi terbaik buat anda untuk berehat-rehat dan mencari ketenangan.

chalet melaka

Menerusi laman Trivago, harga sebilik boleh didapati pada harga sekitar RM360, bergantung pada musim dan kekosongan.

Persekitarannya juga amat menenangkan dengan dikelilingi rumah kayu dan bunyi-bunyian kolam yang mengasyikkan.

2. A FAMOSA RESORT Melaka

BAGI mereka yang ingin bercuti jauh dari bandar dan inginkan aktiviti sambil bercuti, mungkin ini lokasi yang patut anda fikir-fikirkan.

Lokasinya juga mudah dijumpai, terletak berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, jika masih tidak tahu, Waze sahajalah.

Untuk keselesaan dan kepuasan hati pelanggan, A Famosa Resort telah menyediakan 3 jenis tempat penginapan, samada anda ingin resort hotel, condo atau villa dengan harga berpatutan. Bilik-bilik tersebut dihiasi dengan perabot standard dengan pemandangan padang golf yang tenang beserta balkoni yang luas.

Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk memastikan penginapan yang selesa.

3.THE HUT, SERKAM Melaka

Sebut saja Serkam, pastinya ramai yang terliur dengan bayangan ikan bakar.

Tetapi ramai tidak tahu di sana terdapat juga pusat percutian untuk bermalam yang menarik. The Hut merupakan lokasi penginapan yang penuh dengan nilai-nilai tradisi.

Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu.

Chalet melaka ini Mempunyai 5 buah bilik – 2 buah bilik dengan 1 katil Queen dan 3 buah bilik dengan 2 katil single, yang boleh disewakan secara berasingan atau kelima-lima bilik sekali.

4. LIMASTIGA HOMESTAY, UMBAI Melaka

LIMASTIGA Homestay menawarkan penginapan menarik berkonsepkan private vacation villa sesuai untuk mereka yang bercuti dalam ahli yang agak ramai.

Penginapan menarik yang menggabungkan gaya perkampungan tradisi dan kemudahan moden ini sangat sesuai jika anda merancang family outing atau gathering bersama ibu bapa, anak-anak, adik-beradik dan ipar-duai kerana ianya disewakan secara keseluruhan.

Ini sekali gus memberi ‘privacy’ untuk anda sekeluarga kerana tiada orang lain yang dibenarkan memasuki kompaun percutian anda semasa menginap di sini!

5. THE ORCHARD WELLNESS AND HEALTH RESORT, LUBOK CHINA Melaka

resort melaka

PERKHIDMATAN spa memang sudah menjadi kebiasaan, namun The Orchard melangkah lebih jauh dengan menawarkan pelbagai program kesihatan di resort mereka. Jangan risau jika health regime anda kucar-kacir semasa percutian.

Anda boleh beristirahat sambil mengikuti program yang sesuai di sini seperti Fitness and Weight Management, Medical Anti-aging and Stem Cell, De-stress and Discharge Holiday dan Diabetic Management.

Bukan itu sahaja, kepada mereka yang mahukan rawatan tradisional, The Orchard turut mempunyai pengamal Ayurveda yang didatangkan dari India dan pengamal Perubatan Tradisional Cina yang didatangkan dari Negara China sebagai usaha untuk mencapai kesihatan yang holistik walaupun sedang bercuti!

Di sini, bukan hanya kesihatan anda diberi perhatian, malah anda juga boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, thermal pool, Himalayan crystal salt room, tea salon, menyertai fitness class, membaca buku di perpustakaan, menonton movie di amphitheatre atau bersiar-siar di ladang buah-buahan.

6. DESA BALQIS BEACH RESORT, KUALA TINGGI Melaka

DESA ini menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari dan merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota.

Terdapat 20 jenis kediaman dan chalet melaka disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang. Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak).

Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang. Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.

Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung.

Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka 1956

Sambutan dan Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka pada 20 Februari 1956

SEJARAH kemerdekaan Tanah Melayu bermula selepas termeterainya Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditandangani Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London bagi mewakilkan pihak kerajaan Tanah Melayu dengan Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British bagi pihak kerajaan British.

Delegasi yang dikenali sebagai Rombongan Merdeka itu turut disertai empat wakil kerajaan memerintah dan empat wakil Raja-Raja Melayu yang berjaya mendapatkan persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasmi pada 31 Ogos 1957 setelah berunding selama tiga minggu.

Tempat Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka

BACA SINI: Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka

Selepas berjaya mencapai kejayaan kemerdekaan negara melalui rundingan, Rombongan Merdeka ini kembali ke Tanah Melayu dari London pada 16 Februari 1956 dan tiba di Singapura pada tengah malam 19 Februari 1956.

Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan untuk tidak terus pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya, sebaliknya memutuskan untuk singgah ke Melaka terlebih dahulu bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada keesokan harinya pada 20 Februari 1956, sejarah tercipta di bumi Melaka apabila rombongan Merdeka ini bertolak ke Melaka dan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam dengan menaiki pesawat Malayan Airways dan disambut dengan begitu meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Rombongan Merdeka ini diarak sekumpulan pemuda bermotosikal berserta puluhan kereta mengiringi rombongan Tunku Abdul Rahman dan Tunku singgah berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Banda Hilir (kini Dataran Pahlawan).

Detik penuh bersejarah yang dinanti-nantikan rakyat yang membanjiri Padang Banda Hilir akhirnya tiba apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan menurut perjanjian yang dicapai di London yang memutuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada tarikh 31 Ogos 1957.

Sebaik menamatkan ucapan, Tunku telah melaungkan “Merdeka” sebanyak tiga kali dan serentak dengan pengumuman tersebut, teriakan dan laungan merdeka bergemuruh di langit Padang Banda Hilir, Melaka dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Sambutan Bersejarah di Melaka

pengisytiharan kemerdekaan di melaka

Dalam ucapan Tunku Abdul Rahman yang disaksikan lebih 100,000 rakyat yang hadir pada hari bersejarah tersebut, beliau menyebut bahawa pemilihan Melaka sebagai lokasi pengumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu adalah kerana di bumi Melaka yang bertuah inilah telah membolehkan beliau dan Rombongan Merdeka pergi ke London bagi mendapatkan kemerdekaan negara ini.

Ucapan Tunku merujuk kepada satu peristiwa yang berlaku pada 18 April 1954 di Dewan Meng Seng, Jalan Bendahara di mana rakyat telah berkorban apa-apa sahaja yang ada pada mereka pada ketika itu dengan menghulurkan wang dan barang kemas bagi membolehkan Tunku dan rombongannya berlepas ke London demi menjayakan misi mencapai kemerdekaan.

Di samping itu, pemilihan Melaka sebagai tempat pengumuman kemerdekaan adalah sebagai simbolik kepada kebebasan buat Bumi Hang Tuah daripada cengkaman penjajahan lebih dari 400 tahun lamanya.

Selain perisitiwa perhimpunan di Dewan Meng Seng dan pengumuman kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, satu lagi perisitiwa yang bersejarah di Bumi Hang Tuah ini dalam mencapai kemerdekaan ialah penurunan bendera Union Jack pada 30 Ogos 1957 di Padang Banda Hilir, Melaka.

Upacara penurunan bendera yang berlangsung tepat pada pukul 6.30 petang itu dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur sebagai acara kemuncak bagi menurunkan bendera Inggeris iaitu lambang kedaulatan Baginda Queen.

Upacara penurunan bendera Union Jack itu disaksikan Residen Commisioner Inggeris di Melaka, H. G. Hammett bersama ribuan rakyat jelata yang disempurnakan dua anak kapal dari kapal perang H. M. S. Saint Brides Bay.

Bendera Union Jack itu kemudiannya diserahkan kepada Residen Commissioner Inggeris, Hammett dan ia melambangkan berakhirnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan tidak lagi menaungi negeri Melaka serta keseluruhan Tanah Melayu.

Bendera Union Jack turut diturunkan pada masa sama di Pekan Alor Gajah (berhadapan Pentas Dataran Keris Alor Gajah sekarang).

Dengan sebab itu, Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta bebas daripada dibelenggu penjajah sehingga ke hari ini.

Justeru, di era globalisasi ini, generasi muda yang bakal menjadi pelapis pada masa akan datang harus memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara daripada tercalar serta mengekalkan negara terus bebas daripada penjajahan.

Sejarah Pulau Besar Melaka: Misteri & Kisah Benar

Sejarah Pulau Besar Melaka: Misteri & Kisah Benar

pulau besar melaka

PULAU Keramat, itulah gelaran diberi kepada Pulau Besar Melaka kerana mitos serta lagendanya yang penuh misteri dikaitkan dengan penduduk setempat.

Namun, masih ramai tidak tahu akan kewujudan pulau itu di negeri ini yang merupakan salah satu destinasi menarik dan wajib dikunjungi.

Jika hanya melalui ungkapan mungkin kita tidak dapat mengetahui kesahihannya. Berikut merupakan senarai kawasan menarik yang terdapat di Pulau Besar

Senarai Tempat Menarik di Pulau Besar Melaka

  1. PERIGI DI KAKI PULAU
  2. BATU BELAYAR@BATU PENAMBAT KAPAL
  3. BATU TENGKORAK
  4. POKOK DISULA
  5. TASIK BIAWAK
  6. BATU BELAH
  7. KERAMAT MASIN TAWAR
  8. ISTANA BUNIAN
  9. PERKAMPUNGAN BUNIAN
  10. TASIK BUNIAN
  11. GUA YUNUS
  12. KERAMAT ULAR
  13. MAKAM NENEK KEBAYAN
  14. PERIGI TEMPAYAN PECAH
  15. MAKAM TOK JANGGUT
  16. MAKAM TUJUH BERADIK
  17. MAKAM SERIBU
  18. MAKAM NISAN SATU
  19. PERIGI NENEK MUSALLIMAH
  20. TAPAK KAKI SULTANUL AARIFEEN
  21. MAKAM SULTANUL AARIFEEN
  22. MAKAM SYARIFAH RODZIAH
  23. BATU LESUNG
  24. BATU GAJAH
  25. GELANGGANG SILAT FATIMAH
  26. BATU DAMAR WULAN
  27. PERIGI BUNIAN DAN TASIK BUNIAN

BACA SINI: Senarai pulau di melaka

Cenderahati Melaka: Port Souvenir & Ole Ole Melaka

cenderahati melaka

Cenderahati Melaka: Port Ole Ole Melaka

MELAKA sememangnya kaya dengan kepelbagaian produk pelancongannya.

Bagi yang pernah ke Melaka, pasti akan membawa buah tangan atau ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan..

Lebih mudah dikatakan, tidak sempurnalah hidup jika tidak membawa cenderahati dari negeri bersejarah ini.

MEDAN SAMUDERA BANDAR HILIR

BACA SINI: Melaka Outlet Premium (Barang Nranded Pada harga Murah)

cenderahati melaka

Mengulas tempat beli belah di negeri bersejarah ini, pilihan destinasi mungkin tidak besar, namun sekiranya pelancong ingin mencuci mata atau ‘window shopping’, boleh sahaja berkunjung ke Medan Samudera Bandar Hilir.

Terletak berhadapan Kapal Flor de la Mar, sudah pasti bangunan dua tingkat ini mampu menarik perhatian pelancong kerana terdapatnya lot-lot kedai yang menjual barangan cenderahati.

Pelbagai barangan yang boleh dijadikan sebagai hadiah mahupun ole-ole buat rakan-rakan serta keluarga seperti produk kraftangan, rantai kunci dan baju.

Sudah pasti ia amat bersesuaian buat pelancong, jika ingin ke sini selain kemudahan seperti tandas awam, medan selera, surau dan kawasan letak kenderaan yang tidak jauh.

BAZAR WARISAN DATARAN PAHLAWAN

Kalau nak tahu, di Melaka juga terdapat bazar kraftangan.

Bagi warga Melaka atau penduduk tempatan, sudah pasti lokasinya tidak asing lagi.

Namun, bagi pengunjung luar mungkin masih ada yang tidak tahu lokasinya kerana terletak di satu sudut dalam Dataran Pahlawan.

Lokasinya mungkin sukar diketahui pengunjung namun jika anda ingin tahu lokasinya, tidak salah bertanya kerana malu bertanya sesat jalan.

Di situ bukan hanya menyajikan kraftangan yang unik, malah pengunjung boleh juga membeli baju dan produk makanan seperti cencalok, budu dan belacan.

KOMPLEKS KRAF MELAKA

ole ole melaka

Mungkin juga tidak ramai mengetahui kewujudan Kompleks Kraf Melaka yang beroperasi sejak Oktober 2013.

Jika anda ingin tahu, kompleks ini mengenengahkan pelbagai produk kraftangan hasil rekaan anak atau usahawan tempatan negeri ini.

Lokasinya terletak di tepi Lebuh Raya Ayer Keroh yang juga dikenali sebagai Pusat Persinggahan Kraf Setempat.

Bukan sahaja menjadikan pusat ini sebagai tempat tumpuan pelancong, malah hasil jualan pengusaha juga bakal meningkat menerusi kepelbagai produk yang dipamerkan.

Jika singgah ke kompleks ini, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan produk kraftangan yang dijual, malah terdapat juga batik tenunan yang pasti memukau hati pengunjung.

PAHLAWAN WALK MARKET

Apabila ke Banda Hilir, pasti ramai yang tahu destinasi yang ingin dituju seperti pusat beli belah Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Menara Taming Sari selain pelbagai muzium yang menarik.

Namun, tahukah anda di tengah-tengah pusat bandar ini juga terdapatnya satu lokasi dikenali sebagai Pahlawan Walk Market.

Bersebelahan dengan pusat beli belah Mahkota Parade, pusat ini juga menyediakan pelbagai cenderahati untuk dijadikan hadiah atau ole-ole kepada keluarga dan rakan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kedai makan untuk kemudahan pengunjung daripada pelbagai kaum dan budaya.

Sudah pasti lokasi ini dapat menarik hati pengunjung kerana kepelbagaian dan keunikan produk yang membuatkan pengunjung rambang mata.

Pelabuhan Melaka: Keistimewaan & Kepentingan Pusat Perdagangan

Pelabuhan Melaka: Keistimewaan & Kepentingan Pusat Perdagangan

NAMA Kesultanan Melayu Melaka cukup terkenal pada suatu ketika dahulu dan muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada pertengahan abad ke-15.

Hal ini dapat dibuktikan dalam teks ‘Sulalatus Salatin’ dalam pernyataan “Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka: terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.”

Keistimewaan Pelabuhan Melaka

BACA SINI: Sejarah Pembukaan Melaka Yang Sebenar

sejarah pelabuhan melaka

Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang strategik, iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Pelabuhannya juga terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut membolehkan kapal dagang belabuh dengan selamat.

Kerajaan Melaka mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam mengendalikan pelabuhannya. Kerajaan Melaka mempunyai sistem pelabuhan perkapalan, sistem cukai, kemudahan prasarana, menjaga keselamatan para pedagang, kaedah-kaedah perniagaan dan mata wang yang digunakan, sistem timbangan dan nilai mata wang,undang-undang dan peranan nakhoda.

Pelabuhan di negeri Melaka berperanan sebagai pusat entrepot yang menjadi tumpuan pedagang dari timur dan barat. Kesibukan di pelabuhan kerajan melayu Melaka dapat dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa pelabuhan di negeri Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan tersebut adalah berbeza.

Bahasa Melayu Menjadi Lingua Franca

‘Lingua franca’ atau bahasa perantaraan dalam urusan perdagangan di Melaka adalah Bahasa Melayu. Hal ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa utama masyarakat di rantau Asia Tenggara dan digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Bahasa Melayu mudah difahami dan pedagang asing tiada masalah menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan perdagangan.

Fungsi & Kepentingan Pelabuhan Melaka Pada Abad ke-15

Melaka menjalinkan hubungan perdagangan dengan China. China memasarkan barang-barangnya di Melaka seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera, satin, balerang, besi, alat memasak, tembikar dan peluru. Manakala barang utama yang dibawa balik ke China ialah lada, gaharu, candu, rempah dan bahan-bahan hutan Nusantara.

Terdapat juga pedagang dari Koromandel yang dianggap terpenting kepada Melaka. Menurut Tom Pires dan Ruy de Brio menganggarkan empat hingga lima buah kapal besar datang ke Melaka dengan setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados membolehkan Melaka memperoleh keuntungan yang besar.

Pedagang dari Benggala yang terdiri daripada pedagang Arab dan Parsi, Turki dan Absinia, yang membentuk satu syarikat yang besar untuk datang ke Melaka. Antara barang yang dibawa oleh mereka ialah barang-barang makanan, beras, gula, daging kering, kain India dan sayur-sayuran kering. Barangan ini kemudiannya ditukar ke Melaka untuk membeli lada, jagung, cengkih, sutera dari China, tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa dan pelbagai barangan lain.

Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah Kembayat. Para pedagang dari Timur Tengah mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk sampai ke Melaka.Semasa angin monsun, mereka bertumpu di Kembayat dengan menyediakan senjata, kain bulu, kain sakhlat, barang tembaga, kismis dan pelbagai barangan lain. Manakala di Kembayat pula, pedagang dari Kaherah, Mekah, Aden, Ormuz selain yang datang dari kawasan timur Mediterranean dan pesisiran timur Afrika berkumpul berpuak-puak membentuk syarikat sebelum belayar ke Melaka.

Para pedagang dari pelabuhan Diu, Randir, Surat dan Daman menjadi perantaraan untuk memperdagangkan barang-barang dari pelabuhan Arab seperti Iskandariah, Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah. Mereka kemudiannya membeli berbagai-bagai jenis rempah, jagung dan emas dari Nusantara yang terdapat di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur Jauh untuk diperdagangkan ke India, Ke pelabuhan-pelabuhan Arab dan seterusnya ke Eropah.

Selain itu, Pegu (Burma) juga merupakan antara pedagang yang rapat dengan Melaka. Mereka terkenal dari sudut pembinaan kapal. Apabila barang bahan dagangan habis dijual, mereka akan menjual anak-anak kapal kepada saudagar-saudagar di Melaka. Tom Pires menganggarkan sepanjang bulan Februari dan Mac setiap tahun terdapat antara dua puluh hingga tiga puluh buah kapal kecil datang ke Melaka sama ada untuk menjalankan hubungan dagangan ataupun tukaran barang dengan saudagar dari Melaka. Ini menunjukkan bahawa hubungan Pegu dengan Melaka adalah hubungan terus bukan secara perantaraan.

Hubungan Baik Dengan China Elak Diancam Siam

Melaka dan Siam pernah mengalami krisis hubungan yang membimbangkan. Siam pernah mahu menjadikan Melaka sebagai negeri ufti tetapi gagal kerana Melaka mendapat naungan daripada China. Walaupun begitu, atas sebab ekonomi mereka tetap menjalinkan hubungan yang baik dalam aspek perdagangan. Siam menjadi pembekal utama bahan seperti beras, gula, berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-kayan ke Melaka.

Perhubungan antarabangsa amat diawasi oleh Melaka. Contohnya, hubungan Melaka dengan pulau-pulau Ryukyu (Jepun) amat baik di antara tahun 1460-an hingga 1480-an. Barangan yang mereka bawa dari Jepun ialah seperti kain, sutera,tembikar, pedang, habuk emas dan perak, kipas, kertas dan sedikit makanan. Di Melaka, bahan ini ditukar dengan rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala.

Kesan Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Antarabangsa

Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan kerajaan alam melayu dan pusat perdagangan antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Melaka pernah berada pada satu tahap yang membanggakan dan dikenali di seluruh dunia.

Hubungan perdagangan yang dijalinkan dengan pelbagai negara dapat dilihat dengan jelas. Terdapat lebih daripada 80 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka. Walaubagaimanapun, ‘lingua franca’ tetap menjadi bahasa utama di dalam komunikasi.

Soalan Lazim & FAQ

1. Bagaimanakah pengurusan pelabuhan kerajaan melayu melaka yang dilaksanakan oleh kesultanan melayu melaka

Ada dikongsikan di atas ini. Dan inilah antara sebab Melaka dahulu disegani seantero dunia terutamanya aspek perdagangan

2. Siapakah pedagang yang mengunjungi pelabuhan melaka

Pedagang Benggala, India, China,Timur Tengah, egu (Burma) dan banyak lagi. Senarai penuh di atas ini.

Infineon Melaka

Jika lalu di sekitar Batu Berendam sudah mula kelihatan mojoriti pekerja kilang Infineon melaka berkeliaran di sekitar kawasan tersebut. Masakan tidak, jumlah kakitangan mereka cukup ramai.

Kepada yang nak tahu latar belakang kilang di melaka ini, InfineonTechnologies AG adalah peneraju dan pendahulu untuk pasaran semikonduktor.

Mereka ada banyak kilang di seluruh dunia termasuk di Melaka, Malaysia.

Untuk tahun lepas sahaja, syarikat ini berjaya menjana pendapatan lebih €8.5 billion dengan jumlah kekuatan kakitangan seramai 46,700 di seluruh dunia.

Terkini, Infineon berjaya berada di kedudukan ranking antara 10 syarikat semikonduktor terbesasar di dunia. Sekarang syarikat disenarai di Frankfurt Stock Exchange.

BACA SINI: Kilang Leuze Electronic Melaka

Kelebihan Kerja di Infineon Melaka

Terdapat banyak kelebihan apabila anda bekerja di kilang Melaka ini.

infineon melaka
  1. Mempunyai tempat pemasangan dan kemudahan ujian yang terbesar dengan luas bangunan sehingga 123,500 m² dan tenaga pekerja ada lebih daripada 8000 yang cukup berdedikasi
  2. Menawarkan peluang kerjaya yang terbaik buat anda untuk pembangunan dan perjalanan kerjaya anda di amasa hadapan
  3. Menyediakan persekitaran kerja yang sihat untuk semua pekerja.
  4. Infineon mempunyai dasar, program dan infrastruktur untuk menyokong keseimbangan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja
  5. Mementingkan kualiti produk di tahap yang tertinggi dan juga telus dalam tindakan dan operasi perniagaan

Jawatan Kosong Infineon Melaka

PERKARABUTIRANNYA
ALAMATMelaka Office Address
Free Trade Zone,
Batu Berendam,
75350 Melaka
NO TELEFON06-2325266
EMELrecruitment.melaka@infineon.com

1. Kerja Kosong Infineon Melaka

PERKARABUTIRANNYA
Senarai Kerja Kosong samada part time, permanent (tetap) termasuk operatorCareer

2. Intership / Latihan Praktikal

PERKARABUTIRANNYA
Senarai tempat intership / latihan praktikal / latihan industri di InfineonInternship