Semakan Borang Permohonan dan status pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020 untuk orang Melaka

Berdasarkan sumber portal mypt3, Pengumuman Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Rangsangan Ekonomi baru sahaja dilakukan oleh Perdana Menteri kita.

Bermula akhir bulan April dan Mei 2020, bantuan secara one-off ini akan dibayar yang melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020

Berikut adalah empat kategori penerima :

  1. Bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  2. Bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
  3. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  4. Isi rumah berpendapatan RM8,000 ke bawah (M40)

BACA SINI: Portal Pembasmian Kemiskinan Ekasih dilancarkan juga untuk orang melaka

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :

Kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah akan diberikan bantuan RM1,6000.

Pada April, akan dibayar sebanyak RM1,000 dan pada Mei 2020 akan dibayar bakinya RM600.

Golongan M40 turut diberikan buat pertama kalinya dalam Bantuan Prihatin Nasional iaitu sebanyak RM1,000 kepada kepada isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 sehingga RM8,000 sebulan yang melibatkan hampir 1.1 juta isi rumah.

Pada April, akan dibayar sebanyak RM500, dan Mei akan dibayar bakinya RM500.

Di bawah skim ini, individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

RM500 turut diberikan kepada individu bujang berpendapatan RM2,0000 ke atas iaitu pada April diserahkan RM250 dan bakinya pada bulan Mei.

Selain itu, bantuan RM200 secara one-off akan diberikan kepada para pelajar pada bulan Mei nanti.

SYARAT KELAYAKAN BPN 2020

BACA SINI: Kepada orang Melaka boleh dapatkan bantuan covid 19 melaka, tawaran dibuka sekarang

Berikut kami kongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori :

Isi Rumah B40

  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / janda / duda / balu yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / janda / duda / balu yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 ke bawah

Isi Rumah M40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / janda / duda / balu berdasarkan data percukaian; dan
  • Berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini, pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 sehingga RM8,000.

Bujang M40

  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Berdasarkan BNCP, pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima, ini berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan.

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut :

  • Jika mempunyai maklumat akaun – bayaran secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit – bayaran secara tunai di BSN
  • Jika tiada akaun – pembayaran secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran bagi M40 adalah seperti berikut :

  • Pembayaran akan dilakukan melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir, jika taksiran bersama telah dipilih.

CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Dengan pemakluman Kementerian Kewangan menerusi posting rasmi di Facebook mereka, bermula 1 April, permohonan baru boleh dilakukan menerusi laman web rasmi LHDN. Tidak pelru pergi mana-mana cawangan LHDN termasuk di UTC Melaka

Menteri Kewangan memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak berdasarkan satu temu bual eksklusif bersama beliau.

Pada tarikh yang ditetapkan nanti, kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing.

Portal rasmi BSH telah mengeluarkan notis rasmi yang menyatakan makluman kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan diberitahu dalam masa terdekat sama ada melalui portal rasmi BSH atau portal Kementerian Kewangan.

Pautan Rasmi: https://bpn.hasil.gov.my

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Penangguhan PTPTN dari 3 bulan kepada 6 bulan juga turut diumumkan.

Selain itu, bantuan RM50 sehari kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID 19 turut disediakan mySalam.

Bantuan RM500 pada April nanti turut diberikan pada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Akan diumumkan nanti bagi tarikh pembayaran setiap bantuan ini.

Berita lanjut menyusul…..