Hotel Murah Melaka 2022: Bajet Bawah RM100 di Bandar Melaka / Bandar Hilir

Hotel Murah Melaka Bawah RM100 di Bandar Melaka / Bandar Hilir

1. D’Riverside Inn Hotel

D’Riverside Inn Hotel merupakan hotel bajet di mana kadar harga semalaman adalah RM84. Ianya terletak di bandar Melaka.

Hotel ini berkonsepkan vintage dan klasik. Tempat tarikan pelancong yang berdekatan dengan hotel ini ialah Jonker Street, The Stadthuys dan Menara Jam Melaka.

Bilik hotel yang disediakan selesa dan memuaskan sesuai dengan harga semalaman.

2. Syaz Meridien Hotel

BACA SINI >> Hotel melaka dan Penginapan Terbaik di Bandar Hilir

Syaz Meridien Hotel merupakan hotel bajet yang terletak di Bandar Hilir Melaka dengan kadar harga semalaman RM88. Terdapat lebih kurang 100 bilik disediakan.

Ia merupakan hotel 3 bintang yang lengkap dengan kemudahan seperti televisyen, alat mandian, tuala, permandangan laut dan terletak berdekatan dengan Menara Taming Sari, Mahkota Parade dan banyak lagi. 

3. Mercury Boutique Hotel

Hotel ini terletak ditengah-tengah bandaraya Melaka dan berdekatan dengan Muzium Kapal atau Kubu A Famosa, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

Ianya merupakan hotel 3 bintang yang menawarkan harga semalaman RM85 sahaja dan ianya juga sesuai untuk percutian bajet. 

4. Discovery Hostel Melaka

 Discovery Malacca Hostel merupakan hostel bajet yang berharga RM50 semalaman. Bilik yang disediakan adalah berkonsepkan bilik dorm. Terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

Hostel ini lebih sesuai kepada pelancong solo dan mempunyai bajet yang rendah. Hostel ini kurang sesuai kepada penginap berkeluarga kerana biliknya yang agak kecil.

Walaubagaimanapun, ianya hostel yang selesa dan menjadi pilihan para pelancong muda. 

5. Prima Hotel

hotel murah melaka

Suasana hotel yang meriah pada waktu malam kerana terletak berdekatan dengan Jonker Street dan Plaza Hang Tuah menjadi pihan pelancong yang inginkan penginapan yang bajet.

Harga semalaman sebanyak RM95 dengan bilik yang selesa membuatkan tempahan hotel ini sentiasa penuh.

Lokasinya yang strategik membolehkan para penginap ke tempat tarikan utama dengan hanya berjalan kaki.