[vc_facebook type=”button_count” css_animation=”bounceIn”]

Kedai Makan Mee Besen Melaka. Cubalah Makan Dalam Besen atau Talam

MyMelaka perhatikan makin ramai pengusaha restoran dan kedai Makan di Melaka cuba mewujudkan keunikan dan kelainan daripada segi nama dan penyedian menu makanan yang ditawarkan.

Itu juga yang dilakukan oleh pengusaha kedai makan Mee Besen Melaka? Nama sahaja sudah pun menimbulkan tanda tanya samada pengunjung dan pelanggan perlu makan dalam besen? Ha…dah betullah tu. Tak silap lagi.

Jikalau sebelum ini, kita biasa dihidangkan makanan di pinggan ataupun di mangkuk, tetapi di kedai makan Mee Besen Melaka anda akan dihidangkan dalam saiz jambooo…Di mana menu yang pesan akan dihidangkan di talam ataupun di dalam besen.

[table sort=”desc,asc”]
Perkara;Butirannya
Nama Pengusaha Restoran; Azlan Idris (31 tahun) dan Nor Faezah Khalid (25 tahun)
Alamat dan lokasi;GF 11, Pangsapuri Laksamana I, Lorong Tambi Abdullah 4, Banda Hilir, Melaka
Waktu Operasi;3.30 petang-10 malam (Isnin Tutup)
Nombor Telefon;Telefon: 010-2737895 atau 011-28354784
[/table]

 

Pakej Harga di Mee Besen Ori Melaka

Pakej hidangan yang diberikan kepada anda boleh dipilih samada mi soya, kuey tiaw ataupun mi kuning selain sayur sawi, taugeh atau fishball sebagai pelengkap hidangan anda

[table sort=”desc,asc”]
Perkara;Julat Harga
Hidangan Saiz S (2-3 orang);RM6
Hidangan Saiz M (3-4 orang);RM10
Hidangan Saiz L (4-6 orang);RM15
Talam Western (Ada kentang goreng, spageti cabonara, chicken chop dengan sos istimewa dan bebola daging ala Ikea;RM35
Nestum float, chocolate float,rebina soda laici big,white lulu nestume, chocolate candy cocolicious,big chocolate candy, big delicious;Antara RM3.50 hingga RM10.90
[/table]

[vc_facebook type=”box_count” css_animation=”bounceIn”]
[stm_sidebar sidebar=”527″]