Cuti sekolah dah dekat. Kalau korang nak tambah dalam senarai tempat bersejarah di Melaka yang mahu anda terjah atau nak tambah maklumat untuk cerita & misteri perigi Hang Tuah di Melaka ini boleh la.

Sejarah Perigi Hang Tuah

Masa pergi dulu seronok la jugak sebab kena buat report pasal perigi ni. Kalau nak tau best ke tak kena la datang sendiri untuk tau sendiri suasana kat sini ye. Ni ada serba sedikit pasal perigi yang menjadi bualan ramai selama ini:

misteri dan sejarah telaga hang tuah melaka

  • Mempunyai kaitan dengan cerita Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 1511).
  • Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Jambatan Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
  • Asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam.
  • Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang.
  • Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
  • Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Sehingga popularnya istilah ‘buaya putih perigi hang tuah’. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.
  • Kata orang, air perigi ini boleh dibuat ubat. Wallahualam

SUMBER: http://www.malacca.ws/attractions/perigi-hang-tuah.htm

Lokasi

  •  Terletak di Kampung Jambatan Duyong, Melaka
  •  Jaraknya lebih kurang 7 km dari Bandar Melaka

Waktu Operasi dan Bayaran

  • Ditanggung percuma.
  • Boleh datang bila-bila masa. Asal waktunya sesuai.

Soalan Lazim & FAQ

1. Berapa harga tiket perigi hang tuah

FREE dan PERCUMA