Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil Melaka

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil atau nama ringkasnya SMK Bukit Katil, merupakan sebuah Sekolah Menengah kebangsaan yang terletak di Km 9, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil memiliki 932 pelajar lelaki dan 797 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1729 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru.

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil Melaka

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil merupakan salah sebuah sekolah daripada projek Jabatan Perdana Menteri, diserahkan untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diluluskan pembinaan mulai bulan Oktober 1999 dan dijangka siap pada bulan November 2000.

Pembinaan sekolah ini menggunakan konsep “Design and Build” yang diharap siap dibina dalam masa 1 tahun. Konsep pembinaan sedemikian disesuaikan dengan wawasan pendidikan masa kini berasaskan konsep “Pendidikan Bestari” dan “Sekolah dalam Taman”.

Projek pembinaan sekolah ini dimulakan seawal November 1999, di atas tapak yang asalnya sebuah ladang getah di, Km 9, Mukim Bukit Katil, Melaka. Pada awalnya, projek pembinaan sekolah ini berjalan lancar.

Namun sekolah ini tidak dapat disiapkan pada tarikh yang dirancang. Walaupun begitu, SMK Bukit Katil tetap memulakan pengurusan pentadbiran pendidikan mulai 10 Januari 2001 manakala sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Pengetua pertama SMKBK pada masa itu ialah Puan Hajah Sharifah Fadzilah binti Omar Al Habshi.

Kejayaan Sekolah

Dalam Sukan Bola Sepak SMK BUKIT KATIL telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak pada Tahun 2005