Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara Melaka

Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara atau nama ringkasnya SK Tanjung Bidara, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Tuan Hj Baba Syawal Tanjong Bidara.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara memiliki 329 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 626 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara Melaka

Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Tanjong Bidara. Ianya kemudian ditukar nama kepada Sekolah Umum Tanjong Bidara yang telah didirikan pada tahun 1907.

Ketika itu sekolah mempunyai seramai 2 orang guru dan 30 orang murid sahaja. Pada tahun 1922 sebuah bangunan kayu satu tingkat telah didirikan untuk menampung pertambahan murid dan menggantikan bangunan yang asal(bangunan kayu hutan dan beratap nipah). Bangunan tersebut telah didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ludin bin Mani.

Pada tahun 1963, satu bangunan tambahan separa kayu telah didirikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah.Pada masa itu bilangan murid hanya seramai 470 orang sahaja.

Pada tahun 1973, satu bangunan tambahan 2 tingkat dan sebuah kantin telah didirikan. Kawasan sekolah telah dipagari untuk menjamin keselamatan sekolah.

Pada tahun1980 , sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 10 bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan telah didirikan.

Pada tahun 1994, dua buah bilik darjah dibina unjuran dari bangunan kantin melalui projek gotong royong. Setahun kemudian, sebuah bangunan tambahan satu tingkat mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah setor untuk menyimpan kelengkapan peralatan perahu layar telah dibina.

Sejak sekolah di buka dari tahun 1907 hinggalah ke usia hampir 92 tahun, sekolah ini telah diterajui oleh 25 orang Guru Besar.

Pencapaian Sekolah

  • Johan Bola Tampar Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2010 dan 2011
  • Tempat ke-3 Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2012
  • Johan Bola Tampar Peringkat Kawasan Masjid Tanah, Melaka pada tahun 2011 dan 2012